PAS MENGAMALKAN ‘REALPOLITIK’ UNTUK MENCAPAI
HASRATNYA
Dengan tindakan dan ‘putar belit’ politik yang
berbagai-bagai menampakkan bahawa PAS kini telah ‘meniru’ apa yang pernah
dilakukan oleh Bismarck dan Hitler di Germany. Realpolitik. Mungkin ada
perbezaan sedikit sebanyak. Tetapi seolah-olah ada pemimpin PAS yang sudah
mengkesampingkan nilai-nilai budaya orang Melayu/Islam demi untuk mencapai
cita-cita mereka yang terselindung. Apa tidaknya.
Kesanggupan setengah pemimpin tertinggi PAS untuk
tidak menyatakan sesuatu yang benar kepada sahabat dalam Pakatan merupakan
tindakan yang agak luar biasa. Ramai ahli PAS sudah mula keliru dengan
perjuangan PAS yang dikatakan berlandaskan perjuangan Islam sedangkan apa yang
diperhatikan dalam kemelut politik di Selangor adalah sebaliknya. Orang tua-tua
pernah menyatakan sebagai ‘politik cakap lain, buat lain’ ataupun ‘cakap pagi
tak boleh pakai petang’. Maknanya apa yang diperkatakan dan diucapkan tidak
boleh dipercayai.
Tentulah agak keterlaluan agaknya aku membuat
kesimpulan yang sebegini, terutama kepada pemimpin tertinggi PAS yang terkenal
dengan ‘alim’ dan ‘warak’nya dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama. Terus
terang aku nyatakan bahawa apa yang telah dilakukan oleh kepimpinan PAS
sehingga kini ( dalam hal kemelut politik di Selangor) amat mengejutkan.
Mungkin agaknya ramai lagi yang sependapat dengan aku mengatakan sedemikian.
Mungkin…
Tindakan PAS dan ‘putarbelit’ politik yang
dilakukan tidak menggambarkan bahawa ‘ a
friend in need is a friend indeed’. PAS semacam tidak peka dan simpati dengan
keadaan ‘kesusahan’ yang dialami oleh PKR. PAS seolah-olah masih mementingkan
diri dan sentiasa menjaga kesejahteraan partinya sahaja. Orang putih kata
‘selfish’. Seolah-olah PAS langsung tidak peka dengan ‘penderitaan’ yang
dialami oleh PKR. Berbanding dengan DAP yang sanggup ‘bersusah’ bersama-sama
dengan PKR dalam mengharungi kemelut politik di Selangor.
Sejarah telah menunjukkan dan membuktikan bahawa
PKR dan DAP telah menunjukkan sikap setiakawan yang sejati apabila berhadapan
dengan berbagai kemelut politik yang didepani. DAP dan PKR telah ‘bertungkus
lumus’ mempertahankan YB Nizar jamaluddin dari PAS dalam mempertahankan
kedudukannya di Perak. Malah PKR dan DAP telah dengan rela hati menyerahkan
kerusi MB Perak kepada PAS sedangkan bilangan kerusi yang dimiliki oleh PAS di
Perak adalah berkurangan berbanding dengan kerusi yang dimiliki oleh PKR dan
DAP.
Apakah pemimpin tertinggi PAS tidak pernah
terlintas untuk memikir dan mengenangkan episod politik ini. Apakah ‘ pemberian bunga
harus dibalas dengan tahi’?
PKR dan DAP tidak pernah pun mempersoalkan
tentang siapa yang akan dicalon oleh PAS untuk mengisi jawatan MB di Kelantan
dan di Kedah. Malah PKR dan DAP atas semangat setiakawan terus menyokong siapa
sahaja yang dikehendaki oleh PAS walaupun ‘terdetik’ di hati masing-masing
tentang ketidak- sesuaian calon yang dikemukan oleh PAS. Namun atas semangat
hormat menghormati dan semangat setiakawan yang sejati (kononnya!) PKR dan DAP
bersetuju dengan calon yang dikemukakan oleh PAS mengetuai kerajaan Kedah yang
mana akhirnya kecundang juga.
Melihatkan keadaan sedemikian, mengapakah agaknya
pemimpin teritinggi PAS sanggup ‘menyebuk’ untuk menentukan calon Menteri Besar
di Selangor yang telah diputuskan seharusnya dari PKR. Tindakan TG Haji Hadi
‘campurtangan’ dalam pelantikan MB di Selangor amat tidak kena, walau ditinjau
dari sudut mana sekali pun. Tidak salah menyatakan pandangan mengenai sesuatu
isu seperti mana yang disuarakan oleh TG Dato’ Nik Aziz tentang kedudukan TS Khalid Ibrahim. Kewarasan dan
keikhlasan TG Nik Aziz terserlah apabila beliau terus ‘menyepi’ diri setelah
dijelaskan rasional dan pertimbangan yang telah dibuat mengapa TS Khalid sepatutnya
ditukar dengan calon yang lebih sesuai.
Sebaliknya setengah pemimpin tertinggi PAS telah
menunjukkan ‘belang’ mereka yang mereka sebenarnya ‘sedang menangguk di air
keruh’ dan ‘ menahan lukah dipergentingan’. Seolah-olah mereka amat ‘licik’
berpolitik menggunakan idea ‘realpolitik’ sepertimana yang dilakukan oleh
tokoh-tokoh politik dunia yang berpaut kepada fahaman ini. Seolah-olah pemimpin
tertinggi PAS sudah melupakan apa saja nilai-nilai yang diamalkna oleh orang
Melayu dalam soal ‘bermasyarakat’ dan ‘bersahabat’. Seolah-olah pemimpin
tertinggi PAS akan melakukan apa saja demi mencapai matlamat yang hedak dituju.
Ramai juga yang melihat pemimpin PAS yang telah menunjukkan ‘belang’
mereka sebenarnya. Sudah ada yang menampakkan begitu ‘garang’ mengeluarkan
kenyataan-kenyataan yang langsung tidak memikirkan hati dan perasaan seorang
kawan. Dan yang paling menyedihkan ialah tentang sudah ada cadangan dan hasrat
untuk bekerjasama dengan UMNO demi untuk menerajui pentadbiran negeri Selangor.
Rakyat yang dulunya meletakkan harapan yang begitu
tinggi kepada PAS untuk sama-sama dengan PKR dan DAP demi memperjuangkan
sesuatu yang baik kepada Malaysia sudah mula merasa sangsi dengan tindakan yang
dilakukan oleh PAS.
Hanya masa dan ketika yang menentukan.
abuhassanadam
5 September 2014
Dari satu sudut kita boleh lihat atau menilai yang PAS ni tiada politik cerdik melainkan menjadi opocunis atau perusak program satu projek yang mahu meleburkan rejim zalim dan korap. Sudah jelas lagi terang yang MB Selangor itu milik PKR atas persetujuan bersama PKR/DAP/PAS sebelum ini dan Wan Azizah dah ada majoriti, tapi apabila PAS mula masuk perangkap UMNO dengan himbauan 'Ketuanan Melayu', PAS mula jadi sibuk untuk merosakan program PR seperti yang kini sedang berlaku. PAS dah gelap mata kerana jika ia keluar atau ditendang keluar drp PR masa depannya adalah gelap walaupun pada mulanya UMNO akan bergabung dgnnya namun PAS lupa yang musuh ketat UMNO adalah PAS, maka tunggu masa isu akan timbul yang mana ideologi Islam ala PAS tidak dapat diterima oleh UMNO seperti HUDUD dan Negara Islam. Sementara itu PAS dan UMNO akan bergaduh bersaing mahu kerusi majoriti Melayu di Kelante dan Terengganu. Orang bukan Melayu terus mencampah dengan kelibat tidak tulus PAS terhadap ikatan semasa dengan DAP dan PKR.
ReplyDeleteIdeologi PAS dahlah konsevatif adakalanya usang dan medieval sifatnya. Ideologi PAS tak boleh ngam dengan kemajuan manusia dan sains ketika ini. dapat pasung sejumlah Melayu yang masih terpesona dan tak pandai merenung akan ideologi PAS dalam konteks dunia moden. Perkara ini pun tidak disedari oleh PKR dan DAP maka apa yang berlaku kini adalah pengajaran paling berguna bagi DAP dan PKR dan PR.
Sedih satu keadaan yang terang alagi logik bahawa PR dah ada majoriti dan tugas Sultan seharusnya melicinkan proses pemilihan MB dan tidak turut melecehkan bagaikan keadaan tergantung sedang wujud.
Hai bani Melayu PAS, bila nak jadi cerdik?
Saudara Matahari Bulan,
ReplyDeleteLanjutan daripada perbincangan saudara, bermakna PAS memerlukan satu anjakan paradigma bagi mengharungi Kurun ke 21.
Pak Abu
Ada lawak mengatakan pak ulama PAS yang pakai serban berlilit ketat harus dilonggarkan sedikit agar boleh masuk oksigen ke kepala mereka yang maksum itu semoga dapat menghirup dan terima idea dan fikiran baru yang lebih terbuka sikit.
Deletesukanya AnwarIbrahim mendengar kejatuhan Perak adalah angkara PAS? Bodo dan buta kau ape Anwar Buat dengan memancing ADUN Behrang yang masuk 24jam dan bawak keluar 2PKR 1DAP?
ReplyDeleteHingga Karpal berkata `AnwarIbrahim mesti bertaubat!'
Hanchur, tak boleh pakai langsung tengok luaran aje. Kejatuhan Perak baruanya ialah Anwar Ibrahim (tanya Nga Ngeh)mahu PKR jadi Menteri Besar DAP tolak, bahlol!