Sunday, September 21, 2014

LANGKAH KAJANG – MENDEDAHKAN ‘LAKONAN’ PAS

‘Langkah Kajang’ amat berjaya. Walaupun tidak menepati apa yang dihasratkan ia itu meletakkan DS Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan TS Khalid Ibrahim, namun banyak ‘kejayaan’ lain yang tercapai dan terserlah. Hal ini pasti tidak diduga akan berlaku. Hanya Allah sahaja yang amat mengetahui.

Sebelum ‘Langkah Kajang’ kita merasakan bahawa PAS adalah sahabat sejati yang sanggup bersusah dan senang bersama dalam mengharungi arus politik tanah air yang mencabar, namun sudah terserlah kini bahwa sebilangan kecil kepimpinan tertinggi PAS telah menunjukkan ‘belang’ mereka dalam menjalinkan kerjasama dalam Pakatan. Jelas rupanya bahawa PAS bukan untuk semua tetapi sebaliknya PAS hanya untuk ahli PAS sahaja.

Apabila Presidennya sanggup mengeluarkan kata-kata seperi  ‘BARUA’ kepada ahlinya  dengan jelas menunjukkan rupa bentuk parti yang dipimpinnya. Ibarat kata peribahasa Melayu ‘jikalau guru kencing berdiri maka anak murid akan kencing berlari’. Begitulah ibaratnya. Aku belum pernah mendengar kata-kata kesat yang terkeluar dari mulut pemimpin negara seperti DS Najib ataupun Pak Lah Badawi atau pun Tun Mahathir Mohammed, apatah lagi dari mulut DS Anwar Ibrahim ataupun TG Nik Aziz. Belum pernah lagi.

Rupa-rupanya kehadiran PAS dibawah pimpinan TG Haji Hadi Awang dalam Pakatan Rakyat selama ini adalah seperti sebuah lakonan dan drama yang hebat. Kini kelihatan dengan jelas ‘perwatakan’ sebilangan kecil kepimpinan tertingginya selepas  berlaku ‘langkah kajang’ terutama dalam kemelut politik Selangor. Dengan jelas juga dapat dikatakan bahawa ‘lakonan’ setengah watak utama dalam PAS sememangnya ‘hebat’ sehingga tidak dapat dikesan langsung apa yang tersirat dalam hati dan perasaan  mereka apabila mereka bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat.

Muktamar PAS yang diadakan di Johor telah mendedahkan segala-galanya. Tentulah tidak adil sekiranya aku menuduh seluruh pemimpin PAS yang bersikap demikian.Maksud aku ramai dalam PAS yang sedia untuk berubah tetapi disebabkan oleh segelintir yang masih berpegang kepada ‘tardisi’ dan ‘adat lama’ mereka menyebabkan mereka masih berpegang teguh kepada cara dan tindakan lama. Mungkin mereka merasakan bahawa apa yang merka lakukan itu bersesuaian dengan zaman yang dilalui oleh mereka dan lantas mereka masih tidak mahu berubah. Mungkin…

Berbagai interpretasi diketengahkan mengenai ‘Langkah kajang’, Berbagai kesimpulan dibuat. Yang buruk dan yang baik. Bagi setengah pihak yang sentiasa memandang dari sudut keburukan, akan sentiasa mengatakan bahawa ‘Langkah Kajang’ adalah sesuatu yang membawa kepada keburukan semata-mata. Jarang sangat kelihatan analisis yang dibuat yang berdasarkan fakta yang sebeanr.

Bagi aku Langkah Kajang banyak mendedahkan perkara-perakara yang tersembunyi. Maksud aku sekiranya tidak berlaku ‘Langkah Kajang’ mungkin kita tidak tahu perkara-perkara yang tersembunyi dan terselindung. Misalnya,

·      Kisah kenyataan kepimpinan PAS yang ‘flip flop’. Ibarat kata orang tua-tua, ‘ pagi cakap lain, petang cakap lain’.
·      Suasana Muktamar PAS yang lebih kurang sama sifatnya dengan Mesyuarat Agung UMNO juga dimana ada terdapat para pembahasnya yang melupakan adab dan tatasusila ketika mengemukakan hujah-hujah. Dan terdapat juga tindakan yang agak terkeluar dari batas-batas kesusilaan yang diamalkan oleh penganut islam sejati.
·      Hilangnya adab dan sopan dan cara menghormati rakan dan kawan.Tindakan TG Haji Hadi ‘mengutuk’ DS Dr Wan Azizah dengan mengatakan yang beliau tidak layak sebagai Menteri Besar Selangor adalah sesuatu yang diluar dugaan pemikiran manusia yang waras. Tentulah ada cara dan bahasa yang sesuai untuk menyatakan sesuatu kepada rakan seperjuangan, demi untuk menjaga hati dan perasaan rakan dan taulan.
·      Tindakan TS Khalid Ibrahim yang enggan meninggalkan jawatan Menteri Besar walaupun telah dilucutkan keahliannya dalam PKR. Tindakannya yang sedemikian telah menghairankan banyak pihak yang sudah sekian lama menghormatinya sebagai seorang tokoh yang disegani.
·      Dan banyak lagi.

Pakatan Rakyat harus menyelesaikan isu-isu yang berbangkit ini sebagai persediaan ke arah menguasai Puterajaya. Jangan lah nanti timbul peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa,’ rumah siap pahat berbunyi’ kerana kita telah mengetahui bahawa ‘pahat sudah pun berbunyi ketika rumah masih belum lagi siap’.Kita merasa bertuah kerana ‘signal’ telah diberikan oleh parti-parti yang menganggotai Pakatan Rakyat, tentang siapa kawan dan siapa lawan, dan ‘siapa yang sanggup menikam dari belakang’.

Pakatan Rakyat tentunya dapat meneka dan mengagak kini selepas ‘Langkah Kajang’ siapakah yang sanggup ‘bersusah dan bersenang’ bersama-sama dalam kesusahan. Terdapat pemimpin yang brcakap berlainan bahasa ‘antara pagi dan petang’. Pagi cakap lain, dan petang cakap lain. Dan ada juga yang cuba mensabotaj ‘kawan’ dengan menikam dari belakang, demi untuk kepentingan diri dan parti sendiri. Apakah ini setiakawan namanya?

Kesemua ini berlaku kesan dari ‘LangkahKajang’.

abuhassanadam
21 September 2014





4 comments:

  1. Dalam episod 'Langkah Kajang' ni, apa yang nyata dan ketara boleh kita saksikan ialah penampilan Hadi Awang selaku Presiden PAS, insan 'maksum' dan dikira sebagai sarjana ulama PAS yang petah dalam mengguna istilah 'islam, neraka dan pelbagai istilah yang ada kaitan dengan agama' bagi meyakinkan tindakan PAS adalah mengikut hidayah daripada Tuhan meskipun dia begitu jelas telah bertindak bersendirian melewati AKP PAS. Seorang sarjana yang bijak mengandalkan politik agama melawan rakan dalam satu pakatan dan pura-pura tak nampak yang MB yang mendapat dukungan majoriti yang wajar menerima lantikan melainkan buat kacau daun semaksimumnya juga mengandalkan kaedah ketuanan Melayu.

    ReplyDelete
  2. DS Najib menggunakan perkataan HARAMJADAH keatas peneroka Felda yang tidak menyokong beliau. Yes/no? maseh ingat?

    ReplyDelete
  3. Saudara timor,

    Harus dilihat dari perspektif yang lebih besar. Seseorang yang bergelar pemimpim tidak harus melafazkan perkataan sedemikian walaubagaimana marah dan benci sekali pun.

    Pak Abu

    ReplyDelete
  4. lakonan PAS yg nampak lakonan PKR macam mana pula? menyuruh wakil rakyat yang dah menang letak jawatan dengan alasan kononnya itu ini tut tut terbongkar adalah untuk naikkan DSAI tetapi akhirnya tukar kepada DSWA... tidak kah itu mengkianati rakyat dan pengundi? menipu pengundi demi survival politik PKR? Dan adakah duit untuk PRK Kajang 100% adalah dari poket PKR dan bukan duit rakyat yg dibazirkan? kamu hany buat2 nampak penentangan PAS tapi kamu sorok kebusukan yg sebenarnya, jangan jadi munafiq hanya hentam sebelah pihak jika kamu ingin menjadi blogger yang jujur

    ReplyDelete