PAS KENA
TERIMA HAKIKAT MENGENAI KEKALAHANNYA DI PENGKALAN KUBUR
Disebabakan sikap dan tindakan sebahagian kecil
pemimpin tertinggi PAS telah menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan
keyakinan terhadap PAS, khususnya bagi pengundi Pengkalan Kubur yang telah
memberikan kemenangan besar kepada BN. Ini tidak bermakna bahawa pengundi
Pengkalan Kubur begitu sayang dan sudah berubah hati kepada BN. Tidak. Masih ramai
yang tidak ‘berminat’ kepada BN. Namun disebabkan sikap kepimpinan tertinggi
PAS yang dianggap bertindak diluar batas-batas kepimpinanan maka seolah-olah pengundi
telah menghukum mereka.
Tentulah tidak adil menuduh PAS secara
keseluruhannya yang menyebabkan kekalahannya di Pengkalan Kubur dan kesalahan
itu sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada setengah pemimpin tertinggi yang
telah ‘melukakan’ hati dan perasaan ramai orang khususnya ahli PAS itu sendiri.
Biarlah aku berterus terang dalam mengemukakan
pandangan dan pendapat aku mengenai keadaan PAS kini. Telah banyak aku hubungi
rakan-rakan yang merupakan ahli PAS tegar merasa begitu kecewa dengan tindakan
beberapa orang pemimpin tertinggi PAS yang sentiasa merasakan bahawa mereka
adalah sentiasa berada di landasan yang betul sedangkan mereka sudah jauh
menyimpang dari ‘landasan yang sebenar’. Dan yang menjadi ‘the straw that broke
the camel’s back’nya ialah apabila TG Haji Hadi Awang mengeluarkan perkataan
“BARUA’ dalam Muktamar PAS yang diadakan di Johor tempoh hari. Seolah-olah
mereka tidak percaya yang perkataan sedemikian boleh terkeluar dari mulut
seorang pemimpin tertinggi PAS.
Bukan sahaja rakyat umum yang amat kecewa dengan
tindakan sedemikian, tetapi ramai ahli PAS yang sudah merasa agak ‘fed-up’ dengan
kepimpinan tertinggi PAS. Ini merupakan luahan hati kebanyakan rakyat
terutamanya yang sentiasa taat dan setia kepada perjuangan PAS. Mereka
merasakan bahawa sekiranya PAS masih diterajui oleh pemimpin yang sebegini, PAS
juga akan menjadi ‘dinosaur’ lamabt laun.
Yang anihnya pula terdapat juga beberapa orang
‘pengikut’ yang sentiasa membuta tuli dalam ‘menegakkan benang basah’ yang
berkaitan dengan tindakan kepimpinan tertinggi PAS itu. Bagi mereka apa yang
disarankan oleh pemimpin mereka adalah betul belaka dan tidak berani untuk
‘membetulkan’ kesalahan pemimpin mereka. Tindakan sebegini sudah tidak dapat
diterima lagi oleh masyarakat yang hidup dalam Kurun ke 21. Mereka harus faham
bahawa rata-rata golongan muda kini adalah golongan terpelajar yang sekurang-kurangnya
memiliki kelulusan bertaraf Sijil Pelajaran Malaysia. Dan sudah ramai anak muda
kita yang berkelulusan Diploma dan Ijazah. Justeru tentulah mereka dapat
berfikir dan dapat berfikir dengan waras dan kritikal.
Saranan Tuan Haji Mat Sabu (Abang Mat) Timbalan
Presiden PAS agar PAS seharusnya membuat perubahan mendapat reaksi yang
berbagai-bagai. Tinjauan rambang yang dibuat merasakan bahawa apa yang
disuarakan oleh Abang Mat itu agak bersesuaian dengan keadaan yang dilalui oleh
PAS kini. Namun saranan itu telah disanggah dan ditentang habis-habisan oleh
sebahagian ahli PAS dalam muktamar yang diadakan. Malah ada sebahagian kecil
ahli PAS yang telah berani memecah tradisi PAS dengan mengadakan ‘tunjuk
perasaan’ dengan cara keluar dari dewan ketika Abang Mat menyampaikan
ucapannya. Apakah ‘sehebat’ itu PAS kini yang pimpinan oleh golongan ulamak?
Apa yang berlaku dalam PAS kini tidak ubah
seperti apa yang berlaku pada masyarakat Melayu/Islam pada awal kurun ke 20
apabila berlaku pertentangan pendapat antara Kaum Muda dan Kaum Tua. Kaum Muda
yang dipelopori oleh Syed Sheikh Al Hadi, Dr Burhanuddin Hilmy dan beberapa
orang tokoh lain telah berusaha untuk membuat perubahan kepada masyarakat
Melayu sepertimana yang disarankan oleh Tuan Haji Mat Sabu dan rakan-rakannya
dalam PAS sekarang. Namun apa yang disarankan oleh Kaum Muda telah ditentang
habis-habisan oleh Kaum Tua yang juga mendapat sokongan dari pihak British dan
istana. Golongan Kaum Tua merasakan apa yang disarankan oleh Kaum Muda itu
tidak sesuai dengam mansyarakat Melayu ketika itu.
Tentulah ada perbezaan antara konflik ‘Kaum
Muda-Kaum Tua’ awal Kurun ke 20 itu dengan konflik “Konservatif-Progresif’ yang
berlaku dalam PAS kini. Namun begitu ternampak juga bibit-bibit persamaannya.
“Kedegilan’ pihak Konservatif dalam PAS mempertahankan ‘keulamakan’nya begitu
jelas dan seolah-olah tidak boleh diubah dan dirungkai. Mereka seolah-olah
tidah faham dan tidak mahu faham bahawa
masyarakat Malaysia kini sedang berubah dan ‘berputar’ dengan cepat dan
rancak.
Apakah mereka tidak sedar dan nampak tentang
suatu perubahan yang cukup besar berlaku dalam PRU 13 yang lalu dimana
kelihatan golongan bukan Melayu ‘berlumba-lumba’ untuk menyokong Pakatan Rakyat
walaupun calonnya dari parti PAS. Apakah itu bukan merupakan satu pertanda yang
psoitif yang sepatutnya dihayati oleh golongan Konservatif dalam PAS. Apakah
golongan ulamak dalam PAS ini tidak melihat bagaimana petugas-petugas PRU 13
yang terdiri dari golongan bukan Melayu sanggup mengibarkan bendera PAS dan
sanggup memacakkan bendera PAS pada kereta dan kawasan rumah mereka. Apakah itu
bukan perubahan drastik yang perlu diperhati dan difikirkan secara serious oleh
kepimpinan PAS.
PAS masih mahu ‘menegakkan benang basah’nya
dengan mengatakan kekalahan PAS di Pengkalan Kubur bukan disebabkan oleh
konflik yang berlaku dalam PAS kini. Mereka masih mengatakan bahawa kekalahan PAS itu bukan disebabkan
tindakan kepimpinan PAS yang ‘tidak patut’ dalam menyelesaikan konflik
pelantikan Menteri Besar Selangor. Pengundi Pengkalan Kubur tentu juga mahu
memberi isyarat kepada PAS terutamanya kepada kepimpinan tertingginya agar
menghormati prinsip setiakawan terutama ketika rakan seperjuangan dalam keadaan
kesusahan dan memebrlukan pertolongan.
Tindakan PAS yang seolah-olah menikam kawan dari
belakang dalam kemelut politik di Selangor itu telah dizahirkan oleh sebahagian
pengundi Pengkalan Kubur yang memberikan isyarat jelas kepada PAS bahawa
perbuatan yang sedemikian tidak harus diamalkan oleh pemimpin tertinggi PAS
yang sentiasa mendasarkan tindakan mereka kepada prinsip keislaman
abuhassanadam
26 September 2014
I only wish there are more Malaysians like you. Thank you.
ReplyDeleteNatijahnya, pengundi bawah 35 tahun mula menyertai DAP yg dilihat lebih firm dalam politik Malaysia
ReplyDelete