SAMA ADA PAS KELUAR DARI PAKATAN ATAU
GOLONGAN KONSERVATIF TINGGALKAN PAS
Aku teringat kata-kata J.F.Kennedy, Presiden
Amerika Syarikat,” "My fellow Americans, ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country."
Maknanya negara dan rakyat lebih penting dari segala-galanya dan fikirkanlah
apakah sumbangan anda kepada bangsa dan negara. Cuma yang aku hendak tekankan
disini ialah setiap pemimpin harus mementingkan kesejahteraan rakyat dan
elakkan daripada memikirkan hal diri dan keluarga.
Sehubungan dengan
itu, bagi aku Pakatan Rakyat berada dalam keadaan yang agak ‘tergugat’ kini.
Mahu tidak mahu itulah keadaanya. Tidak pula membimbangkan kerana dalam sekelip
mata sahaja ia pasti dapat dipulihkan dengan adanya ‘ubat’ mujarab yang boleh
dijadikan penwar kepada ‘penyakit’ yang dihidapi kini.
Penyakit dalam
Pakatan Rakyat kini ialah adanya pemimpin yang aku anggap tidak sehaluan dengan
pemimpin lain dalam usaha untuk menumbangkan BN dan mengambil alih Puterajaya.
Untuk dikatakan seperti musuh dalam selimut tentunya agak keterlaluan, namun
yang pastinya ‘barah’ ini lambat laun akan merebak ke seluruh badan juga
sekiranya tidak dibendung.
Kenyataan TG Haji
Hadi yang berkaitan dengan kedudukan TS Khalid Ibrahim merupakan kenyataan yang
menggambarkan bahwa TG Haji Hadi sudah hilang pedoman sebagai peneraju parti
yang dipandang tinggi oleh masyarakat sebelum ini. Namun dengan kenyataan yang
dikeluarkannya itu adalah diyakini lebih rami lagi ahli PAS tegar yang akan kehilangan
keyakinan kepada kepimpinannya dan yang paling menyedihkan akan ‘menggugat’
pilihanraya Kecil Pengkalan Kubur. Mungkin tidak……
Kenyataan TG Haji
Hadi mengenai kedudukan TS Khalid Ibrahim agak ‘memeranjatkan’. Sebagaimana
yang dikatakan oleh YB Nik Nazmi, "(Hadi insists on Khalid as MB) even though the issue of
appointing a (new) menteri besar has yet to be resolved, and Khalid is only
acting as a transitional menteri besar as requested by the Selangor sultan.
……What more, Khalid is an independent state assemblyperson without any party," Malaysiakini 13 September 2014
……What more, Khalid is an independent state assemblyperson without any party," Malaysiakini 13 September 2014
Menampakkan bahawa
disebabkan keghairahannya yang melampau untuk mempertahankan TS Khalid sebagai
Menteri besar Selangor beliau telah ‘melupakan’ dan terlepas pandang banyak
perkara. Yang agak serious ialah tentang perletakkan jawatan TS Khalid sudah
diterima oleh DYMM Baginda Sultan Selangor. Apakah TG Haji Hadi sudah mahu
menongkah arus tentang apa yang telah diputuskan oleh DYMM Sultan Selangor.
Berlainan dengan DAP
yang juga merupakan sekutu Pakatan Rakyat. Demi untuk memperjuangkan rakyat
Malaysia DAP sanggup membuat berbagai perubahan terutama dari segi imejnya.
Sejak zaman berzaman, DAP dilihat sebagai parti yang dimonopoli kaum Cina.
Namun kini DAP mengambil langkah drastik menukar iemjnya agar dlihat sebagai
sebuah parti yang dimiliki oleh berbagai kaum. Keadaan ini yang membimbangkan
UMNO (Barisan Nasional) yang sentiasa mengharapkan agar DAP terus menerus
mengekalkan identitinya sebagai parti orang Cina.
Dengan beberapa
tindakan yang dilakukan oleh DAP terutama dengan meletakkan Dyana sebagai calon
di Teluk Intan baru-baru ini telah dapat mengubah persepsi orang Melayu yang
semenjak sekian lama beranggapan sedemikian. Walaupun tewas sekurang-kurangnya
telah mula menambat hati dan mendekatkan diri orang Melayu kepada parti DAP.
Ramai
yang tidak sedar dan melupai peribahasa Melayu lama yang berbunyi, ‘sekali air
bah sekali pasir berubah’. Dan kehadiran serikandi anak Perak untuk
bertanding dalam PRK Teluk Intan merupakan tindakan yang agak menepati peribahasa
berkaitan. Cuma ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak berapa sedar bahawa
‘air’ sudah bah tetapi ‘pasir’ yang tidak mahu berubah.
Kemunculan
Dyana ‘mengejut dan memeranjatkan’ banyak pihak terutama UMNO (BN). Ia
merupakan satu kemunculan luar biasa. ‘Excitement’ yang luar biasa yang
ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kini dengan kemasukan Dyana Sofya dalam ’ring’
di Teluk Intan ini mungkin juga disebabkan rakayat terlampau mengharapkan akan
terjelma suatu keadaan politik tanah air yang ‘menyamankan’. Ini
yang dikatakan anjakan paradigma politik. Tindakan DAP ini dengan serta merta
boleh mengubah pandangan dan paradigma poltik masyarakat Malaysia.
Seharusnya
momentum seperti yang berlaku di Teluk Intan dan PRU 13 itu diteruskan.
Maknanya kerjasama yang sungguh erat antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat
itu diteruskan. Malangnya akibat daripada tindakan beberapa orang pemimpin
tertinggi PAS terutamanya TG Haji Hadi yang merupakan Presiden PAS yang
dirasakan tentang ‘kelainan’nya berbanding dengan TG Haji Hadi sebelumnya.
Rakyat dari semua lapisan masyarakat dan dari semua kaum di Malaysia telah
meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada Pakatan Rakyat agar dapat merampas
Puterajaya pada PRU ke 14. Setiap rakyat dari semua kaum sudah begitu yakin
dengan hasrat dan perjuangan ini.
Sayang
seribu kali sayang. Beberpa tindakan TG Haji Hadi dan beberapa orang pemimpin
yang agak ‘usang’ dai segi pemikirannya telah seolah-olah cuba melambatkan
‘perjalanan’ Pakatan Rakyat menuju Puterajaya. Dan kadang-kadang kelihatan
seolah-olah ada ‘tangan’ yang menggerakkan pemimpin konservatif agar bertindak
sedemikian. Dan telah timbul juga tohmahan-tohmatah yang mengatakan bahawa
golongan pemimpin PAS berkenaan telah
pun semacam bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional.
Mungkin
beberapa orang pemimpin PAS ( yang berfikiran usang) perlu diketepikan demi
untuk meneruskan perjuangan kita ke Puterajaya. Mereka tidak seharusnya dilihat
sebagai batu penghalang ke arah pencapaian matlamat rakyat Malaysia untuk menegakkan
sebuah kerajaan yang adil dan berketerampilan terhadap rakyat.
Aku
semacam bersetuju dengan Abang Mat Sabu ( walaupun aku lebih tua darinya)
apabilau mengatakan,’ "The PAS Islamists
should be wary of using Islam alone to get the votes of the people, for there
will come a time when a "Jokowi" will be voted in by Malaysians and
PAS hardline Islamists would have to mellow (down) and give their support to
the one who will be getting the popular vote.”Malaysiakini 13 September 2014.
PAS bukan hanya untuk orang
Melayu yang beragama Islam sahaja. PAS sudah pun diiktiraf sebagai parti yang
memperjuangkan rakyat Malaysia beradasarkan keputusan PRU 13 yang lalu dimana
golongan bukan Melayu telah berduyun-duyun menyokong Pakatan Rakyat yang meletakkan
calon dari PAS. Sekali lagi diharapkan agar momentum sedemikian berterusan.
Akhirnya tentulah tidak
adil sekiranya aku memberikan suatu ‘ultimatum’ sebagai langkah untuk
menyelsaikan isu yang agak kusut dalam pakatan Rakyat kini. Aku merasakan tidak
ada jalan lain selain daripada samada samada PAS keluar dari Pakatan Rakyat
atau pemimpin konservatif dalam PAS meninggalkan PAS dan membiarkan
golongan progresif dalam PAS terus mengukuhkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.
Bukan merupakan sesuatu yang mudah……..
abuhassanadam
14 September 2014
No comments:
Post a Comment