Sunday, September 7, 2014

PAS - PEMIMPIN BERFIKIRAN ‘USANG’ HARUS UNDUR

Tindakan TG Haji Hadi Awang ‘mengaibkan’ DS Wan Azizah amat bertentangan dengan prinsip keislaman. Ramai yang berkata begitu. TG Haji Hadi tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian rupa, apatah lagi apa yang diperkatakannya itu tidak dapat diterima oleh ramai rakyat Malaysia. Malah ‘musuh’ politik Pakatan pun merasakan bahawa apa yang diperkatakan oleh TG Haji Hadi amat tidak kena dengan kedudukan beliau sebagai Presiden parti yang sentiasa berlandaskan Islam sebagai wadah perjuangannya.

Antara ‘hujah’nya mengenai Dr Wan Azizah, "Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan jawab soalan di parlimen, untuk soal di parlimen, soalan dalam DUN, nak berdialog dengan lawan dalan Dewan Negara pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin…Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor”  MALAYSIAIKINI 6 SEPTEMBER 2014.

TG Haji Hadi sepatutnya ‘mencermin diri’ terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Apakah beliau lupa yang beliau terbukti gagal mentadbir negeri Terengganu sehinggakan dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional. Dan apakah beliau juga sudah tidak ingat tentang tokoh PAS yang dipilih oleh beliau untuk menerajui Kedah juga gagal meneruskan pentadbiran sehingga dapat ditawan juga oleh BN. Dan mengenai peranan beliau sebagai ahli Parlimen juga haru disentuh. Seingat aku tidak ada satu isu besar yang pernah diketengahkan oleh TG Hajid Hadi sepanjang beliau ‘memanaskan kerusi’ di parlimen. Dan kebanyakan isu yang disentuh hanya berlegar di sekitar soal-soal agama dan hampir tidak ada langsung kebolehan beliau untuk berbicara mengenai soal ekonomi dan hal-hal antarabangsa.

Dengan mengeluarkan kenyataan yang merupakan satu penghinaan kepada Presiden sebuah parti PKR yang merupakan rakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat sudah menampakkkan yang TG Haji Hadi sudah amat jauh ‘terpesong’ dari tindak tanduk sebagai seorang pemimpin sebagai sebuah parti berasaskan Islam. Kesanggupan beliau untuk mengeluarkan kata-kata sedemikian dengan sendirinya membayangkan bahawa PAS sememangnya berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Membayangkan juga bahawa TG Haji Hadi sememangnya bersedia untuk ‘berkerat rotan dan berpatah arang’ dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Hanya menunggu masa dan ketika.

Jika ditinjau tentang penglibatan TG Haji Hadi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ‘persahabatan’nya dengan pakatan sedemikian, menampakkan seolah-olah beliau hanya ‘berlakon‘ dalam memperjuangkan sesuatu isu yang berkait rapat dengan soal  keadilan bagi rakyat Malaysia. Seolah-olah TG Haji Hadi ‘hanya tidur sebantal tetapi berlainan mimpi’. Kini sudah terserlah hasrat dan impian TG Haji Hadi yang sebenar. Jikalau dulu kita hanya melihat ‘sekilas ikan di air’ dan belum begitu jelas tentang ‘ jantan dan betina’nya. Kini hal sedemikian sudah amat jelas dan tidak ada jalan lain bagi TG Haji Hadi melainkan mengundurkan diri dari perjuangan yang belum selesai ini. Rakyat Malaysia masih mahu meneruskan perjuangan yang telah tersedia diasaskan oleh tokoh-tokoh pakatan Rakyat yang sedar tentang erti perjuangan abad baru.

TG Haji Hadi dan beberapa orang pemimpin usang lain dalam PAS harus sedar bahawa mereka tidak sesuai lagi berada dalam PAS sekiranya mereka tidak bersedia untuk mengadakan anjakan paradigma dari segi tindakan mereka. Yang dimaksudkan dengan pemimpin usang adalah mereka yang berfikiran yang tidak selari dengan perjuangan nasional yang sedang ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin progresif dalam Pakatan Rakyat, PAS,PKR dan DAP. Ramai pemimpin yang sudah agak lanjut usia namun masih befikiran yang sesuai dengan Kurun ini. Sebaliknya ramai juga pemimpin muda yang masih ‘ditakuk’ lama dimana fikiran mereka sudah agak ‘usang’ dan ‘jumud’ dan amat tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Lantas harus mengundurkan diri.

Pemimpin usang sedemikian harus sedar bahawa mereka sudah tidak sesuai berada untuk memimpin generasi kini yang sedang gigih untuk memperjuangkan  nasib rakyat sesuai dengan tututan masa. Hendaknya janganlah pemimpin sedemikian masih mahu ‘berpaut’ kepada perjuangan yang sudah ketinggalan zaman terutama bagi masyarakat majmuk seperti negara kita.

Harus disedari bahawa ‘ sekali air bah sekali pantai berubah’. Dan sekiranya ada pemimpin yang masih berdegil dan tidak mahu berubah mengikut zaman, janganlah hendaknya mengharapkan rakyat untuk ‘menolak’ mereka kerana adab dan budaya masyarakat Malaysia tidak menghendakkan keadaan sedemikian. Namun sekiranya keadaan amat mendesak dan memerlukan, tentulah rakyat tidak mempunyai pilihan lain.

Masyarakat Kurun ke 21 mungkin bertindak sedemikian rupa.

abuhassanadam
7 September 2014


8 comments:

  1. TG Haji Hadi kena letak jawatan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pasal pulak kau yg meroyan, kau kutuk org boleh , org kutuk kau tak boleh, pegiii dah

      Delete
  2. Everyone is after the $$$ in Sgor.

    This is all about the RM3 billion reserves and other income generating assets of the state and the capital gain from the sale of such assets.

    What else could it be ?

    The imbroglio and the relentless effort by all parties to seek this position....Don't tell me all that is done is to serve the public...

    For me, whoever sits there eventually, hopefully Khalid is spiteful enough to make sure that it is not an easy task to steal from the cookie jar....

    Disclose all sources of revenue/expenditure of the state and the cash and the approving process required to access them...

    Pass through legislation (doubt the others would vote it through) to make sure check and balance is there when it comes to accessing those funds....

    I'm just dreaming...

    Fyi: Never been a fan of Anwar all these years not even the early days of reformasi..For me, a leopard never changes its spots. I just don't understand the view of others as to why they are so agreeable in following him..

    ReplyDelete
  3. Again...just bcos I'm not with the opposition, doesn't make me a BN bi**ch...

    I just don't understand the lot who comments (esp msian chinese/indians) is that when someone criticize PKR, they are automatically UMNO's lap d*g or MCA or MIC dan lain lain...

    My philosophy on politics is rather naive...maybe bcos I spent time reading marvel comics all my life...

    All politicians are self serving (lust for either $$ and/or power and/or women)...And since all politicians are such, I would rather be ruled by someone superiorly intelligent as opposed to some dungu who irks my nerve....

    ReplyDelete
  4. Untuk orang ISLAM:
    diantara :
    Mahathir
    Najib
    Haji Hadi
    Anwar
    Azizah

    Siapa yang korang pilih unt pimpin korang di padang mahsyar nanti?

    ReplyDelete
  5. Ada lawak lagi bagi menggambarkan kemelut semasa di Selangor ni yang kumpulan serban puteh dalam PAS : -

    "bukan saja pandai halau jin
    buat jual bisnes pun pandai
    hebat sungguh
    bisnes bukan jual seluar jeans
    tapi bisnes jual tanah jin

    ini bukan jenayah kolar puteh
    ini jenayah serban puteh"

    ReplyDelete
  6. to me "Islam" is a beautiful religion....period !

    Among the 5 pillars of Islam, the Solat ritual requiring one to worship and converse with "GOD" 5 times a day, is an exceedingly tall order that have my utmost respect, for how could one continue to sin if he/she is constantly required to pray.

    What is regretful is for me to witness all these politicians continues to manipulate the people under the guise of fighting for Islam...be it from PAS, Umno, or those self declared righteous and religious NGOs.

    I wonder how these people face "GOD" in one of their daily praying session...can they live with their conscious knowing their true intention is laid bare before "HIM"..

    ReplyDelete