KREDIBILITI PAS YANG SEMAKIN LUNTUR
Keyakinan masyarakat Malaysia terhadap PAS
semakin terhakis ekoran daripada beberapa tindakan pemimpin tertingginya yang
seolah-olah tidak berpendirian tegas dan sentiasa berdoal-dalik mengenai
sesuatu isu. Keadaan ini merupakan keadaan yang amat malang bagi parti ini yang
sudah sekian lama berusaha untuk mendapatkan kepercayaan rakyat Malaysia
terutamanya rakyat bukan keturunan Melayu.
Tidak siapa yang dapat menafikan bahawa kejayaan
calon PAS menawan kerusi parlimen atau DUN pada PRU 13 yang lepas adalah diatas
sokongan golongan bukan Melayu juga, terutama bagi kawasan yang mempunyai
majoriti Melayu yang agak tipis. Golongan bukan Melayu telah dapat ‘dijinakkan’
untuk menyokong PAS. Dan ini bukan merupakan sutau usaha yang enteng dan
senang. Pemimpin PAS bersama-sama dengan pemimpin Pakatan Rakyat lain (PKR dan
DAP) bertungkus lumus untuk meyakinkan rakyat semua kaum bahawa Pakatan Rakyat
adalah parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua kaum yang tinggal di
Malaysia.
Dengan tindakan beberapa orang pemimpin tertinggi
PAS berkaitan dengan kemelut politik di Selangor telah menyebabkan golongan
muda Melayu yang progresif dan golongan bukan Melayu berfikir banyak kali untuk
memberikan sokongan kepada PAS. “Bertubi-tubi’ kenyataan yang dikeluarkan oleh
pemimpin tertinggi PAS yang menuju ke arah ‘keruntuhan’ keyakinan rakyat
terhadap kemampuan PAS meneruskan perjuangan membela rakyat di negara ini.
Yang terakhir dan yang terus menerus melunturkan
keyakinan rakyat terhadap PAS ialah apabila Timbalan Presiden dan Setiusaha
membuat kenyataan yang agak berbeza ‘arah dan tuju’nya berkaitan dengan
pelantikan menteri besar Selangor. Tuan Haji Mat Sabu agak jelas arah tujunya
apabila beliau menyatakan bahawa PAS akan menolak sekiranya ADUNnya dilantik
sebagai Menteri Besar Selangor berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh
jawatankuasa tertinggi PAS. Setiausaha PAS pula menyatakan bahawa PAS tidak
dengan tegas menolak jawatan berkenaan dan sebaliknya akan patuh kepada DYMM
Sultan Selangor.
Peristiwa ‘ satu persidangan media dan dua
kenyataan yang berbeza’ dari dua pemimpin tertinggi PAS ini merupakan antara ‘
the last straw that broke the camel’s back’. Ramai penyokong PAS sudah hampir
hilang keyakinan dengan cara dan tindakan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS
ini. Kelunturan keyakinan ini bukan sahaja dikalangan orang bukan Melayu tetapi
juga dikalangan orang Melayu yang merupakan penyokong kuat PAS semenjak PAS
mula ditubuhkan.Tentulah ini merupakan peristiwa yang agak malang.
Persoalannya ialah mengapa PAS bertindak
demikian?
PAS agak bernasib baik juga lagi kerana masih ada
pemimpin PAS yang agak ‘waras’ yang sentiasa mengikuti perkembangan zaman dan
perubahan cara berfikir masyarakat di Malaysia dan dunia umumnya, yang berusaha
untuk ‘menyelamatkan’ PAS dari terus diketepikan oleh masyarakat muda yang
progresif kini.
PAS mungkin juga akan mengkuti jejak langkah UMNO
yang kehilangan pengaruh dikalangan generasi muda Melayu khususnya. Tidak ramai
dikalangan generasi muda yang masih berpaut kepada perjuangan UMNO khsuusnya
Pemuda UMNO berbanding dengan pemuda-pemuda Melayu tahun-tahun zaman
kemerdekaan dan pasca kemerdekaan. Pada ketika itu sememangnya UMNOlah
merupakan wadah perjuangan generasi pemuda Melayu yang berjuang mendapatkan
kemerdekaan tanah air. Dan rentak dan tema perjuangan UMNO itu berterusan tanpa
ada perubahan yang drastik seiring dengan cara berfikir anak-anak muda zaman
yang berubah.
Kesannya UMNO seolah-olah akan menjadi ‘dinosaur’
akan hilang di bumi Malaysia sekiranya tidak bergerak dan berubah seiring
dengan zaman. Hakikat ini sudah disedari oleh UMNO dan sedang bergerak ke arah
pemulihan. Tidak diketahui pula sejauh mana kejayaannya.
Kini pemimpin tertinggi PAS menampakkan sudah
kehilangan haluan juga. Hendak dikatakan PAS sebuah parti yang berteraskan
Islam, maka sudah kelihatan banyak tindakan-tindakan yang dilakukan oleh
pemimpin tertinggi mereka amat jauh menyimpang daripada kepimpinan Rasulullah.
Dan kepimpinan tertinggi masih mendabik dada mengatakan bahawa itulah cara
kepimpinan ala islam, walaupun dilihat dari sudut lain kelihatan sudah ada
amalan-amalan yang berbentuk kediktatoran.
Keadaan inilah yang merunsingkan banyak penyokong
PAS prograsif yang meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada parti ini
untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP agar dapat mengubak landskap politik
Malaysia pada PRU 14 akan datang. Perkembangan terakhir menampakkan pemimpin
tertinggi PAS semacam tidak mahu peduli ‘kehendak’ akar umbi dan golongan
progreasif agar PAS ditadbirkan sesuai dengan peradaban Kurun ke21.
Penyokong PAS tegar sudah mula menyuarakan
pendapat dan pandangan ia itu demi untuk meneruskan perjuangan PAS dalam
Pakatan Rakyat, pemimpin yang sudah ‘lapuk’ cara berfikir harus meninggalkan
pertubuhan ini demi untuk merealisasikan hasrat kebanyakan rakyat Malaysia yang
terdiri dari berbagai kaum.
Hakikat ini memerlukan satu pengorbanan yang
bukan kepalang.
abuhassanadam
9 September 2014
Assalamualaikum. Amat bersetuju dengan pendapat dan ketelusan tuan dalam perkembangan politik terkini.Masyarakat Melayu umumnya bersikap dan bersifat " too polite to tell the truth" baik dalam kalangan agamawan sekalipun.Ini yang menyukarkan untuk berubah.
ReplyDeleteIbnu Khaldun pernah menyatakan bahawa sesuatu yang gah dan mencapai kejayaan yang tinggi pasti akan mengalami merudum dan kejatuhan.Sebelum ini tidak pernah orang bukan Islam menyokong pas, tetapi kini Pas mendapat sokongan dan dokongan masyarakat bukan Islam.Malah kejayaan besar telah tercapai, pernah memerintah Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan sekarang mungkin dapat Selangor.Jadi ego dan sombong menjadi pakaian manusia tak kira agamawan ataupun apa.Inilah antara keruntuhan yang disebut Ibnu Khaldun tersebut.Terima kasih tuan.