Sunday, October 19, 2014

ANWAR ‘MEMBAKAR’ DIRI MENERANGI RAKYAT MALAYSIA

Aku senyum sendirian mendengar ‘nasihat’ ‘budak hingusan’ dari Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) yang cuba ‘menasihati’ DS Anwar Ibrahim agar ‘pencen’ dari perjuangannya kerana rakyat telah agak ‘letih’ memperjuangkan perjuangan yang tidak berkesudahan. Maknanya lepas ‘satu hal’ timbul pula hal yang lain yang memerlukan sokongan rakyat.

Berasaskan kepada perkiraan ‘pemimpin muda’ ini (apakah beliau layak bergelar sebagai pemimpin), DS Anwar Ibrahimlah yang bersalah yang sentiasa merayu, memohon sokongan rakyat untuk membela apa yang sedang dihadapinya kini. Orang Perak selalu berkata, “ jikalau tak tahu diam……” Maknanya sekiranya kita tidak mengetahui ‘hujung pangkal’ sesuatu perkara atau isu, lebih baik jangan terlibat dalam isu berkenaan. Malu!!…….

Seingat aku, sepanjang perjuangan Saudara Anwar Ibrahim memperjuangkan ‘the conscience of the majority’ beliau tidak pernah ‘meminta’ sokongan rakyat tetapi sebaliknya pengikutnya yang memberikan sokongan kepada beliau. Seingat aku juga tidak ada pemimpin lain di negara ini yang mendapat sokongan dan sanjungan sepertimana yang dinikmati oleh Saudara Anwar Ibrahim samada dalam negara atau dar luar negara.

‘Pemimpin’ Lensa mungkin terlalu ‘mentah’ untuk mengetahui sejarah perjuangan Saudara Anwar Ibrahim memperjuangkan sesuatu isu. Ia merupakan suatu sejarah yang panjang ia itu semenjak berada di bangku sekolah lagi (1960an) sehinggalah di peringkat University dan sehingga kini dan untuk selama-lamanya walaupun dipenjarakan….Harus disedari bahawa Saudara Anwar Ibrahim telah ‘melahirkan’ bukan seratus ‘Anwar’ tetapi jutaan ‘Anwar’ yang bukan sahaja  berada di negara ini tetapi diseluruh pelusuk Asia, Australia, Eropah dan Amerika.

Tahun 1990an, ke mana sahaja aku pergi di United Kingdom mereka akan mengenali nama dua orang pemimpin sahaja dari Malaysia – Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim. Dalam satu perjumpaan yang aku hadir di Paris, peserta hanya mengetahui ‘dengan dekat’ tokoh yang bernama Anwar Ibrahim. Apabila berada di Amerika Syarikat, terutama di Washington, mereka merasakan amat rapat dengan Anwar Ibrahim. Dan apbila berada di Medinah (untuk membeli buah kurma) penjual tersebut terus bertanya tentang Anwar Ibrahim.

Bermakna bahawa Anwar Ibrahim akan terus ‘hidup’ sampai bila-bila walaupun beliau tidak berada ‘di luar’. Adalah amat silap tanggapan ‘pemimpin muda’ dari Lensa yang membuat saranan agar Saudara Ibrahim ‘bersara’ sahaja dari ‘perjuangannya’ dan menumpukan kepada persoalan peribadi. ‘Pemimpin muda’ mungkin belum ‘tamat’ dalam banyak ‘babak’ untuk mengkaji erti perjuangan. Mungkin baru sahaja ‘tamat’ ‘Bab Pertama’ dan lantas menunjukkan ‘kepandaian’nya ‘berpencak dan bersepak terajang di gelanggang’.

Yang menyebabkan rakyat terus menyokong perjuangan Saudara Anwar Ibrahim adalah disebabkan bahawa rakyat merasakan beliau tidak bersalah dalam hal yang berkaitan dengan tuduhan ke atasnya. Itu adalah persepsi rakyat terbanyak walaupun pihak mahkamah mengatakan bahawa beliau bersalah. Dan rakyat tentulah tidak boleh dipersalahkan apabila mempunyai tanggapan yang sedemikian kerana rakyat juga adalah merupakan manusia yang boleh berfikir dengan waras, walaupun ada segelintir rakayat yang berpandangan sebaliknya.

Rakyat berarak menyokong Saudara Anwar Ibrahim pada tahun 1998 adalah disebabkan hakikat sedemikian. Ratusan ribu yang berkumpul di masjid negara Kuala Lumpur pada ketika itu adalah diatas dorongan hasrat rakyat yang merasakan bahawa beliau tidak bersalah. Dan sudah enam belas tahun peristiwa itu berlalu namum semangat perjuangan rakyat itu tidak kunjung padam. Rakyat masih memberikan sokongan padu dan berdiri teguh di belakangnya (kecualilah beberapa orang pemimpin Lensa agaknya).

Harus disedari juga bahawa yang menyebabkan rakyat menyokong perjuangannya adalah disebabkan aspirasi perjuangannya membela rakyat terbanyak. Telah terbukti bahawa sepanjang beliau memegang jawatan penting dalam kerajaan Malaysia ( sebagai Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri dan Pemangku Perdana Menteri ) tidak terdapat sebarang penyalahgunaan kuasa yang dilakukannya. Tidak ada bukti langsung yang beliau terlibat dalam kegiatan rasuah samada untuk diri atau keluarga atau kroninya. Sekiranya ada terdapat bukti walau sekecil zaharah sekali pun pasti akan didedahkan oleh pihak pemerintah kini.

Itu sebenarnya hakikat yang menyebabkan rakyat terus menerus memberikan sokongan dan berdoa tentang kesejahteraan beliau. Sokongan rakyat bukan membabi buta. Rakyat tahu Saudara Anwar Ibrahim sudah dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah tetapi rakyat sangsi dan curiga tentang bagaimana keputusan sedemikian boleh tercapai. Apakah salah dari segi undang-undang negara rakyat menunjukkan kecurigaan mereka terhadap sesuatu keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

Hakikat inilah yang mendorong rakyat untuk terus berdoa ke hadrat Allah supaya memberikan keadilan seadil-adilnya kepada Saudara Ibrahim. Saudara Anwar Ibrahim tidak pernah meminta simpati dari rakyat tetapi rakyat yang sebaliknya memberikan simpati kepada beliau. Bukan saja kerana diri dan peribadinya tetapi tentang obor perjuangannya.

Aku teringat kata-kata Mandela dari kandang orang bersalah pada 20 April 1964. “During my lifetime, I have dedicated myself to this struggle of the African people. I have fought against white dominations, and I have fought against black domination. I have chesrished the ideal of a democratic and free society in which all persons live together in harmony and with equal opportunities. It is an ideal which I hope to live for and to achieve. But it needs be, it is an ideal for which I am prepared to die” (dari “ SPEECHES THAT CHANGED THE WORLD”)

Apakah perjuangan Saudara Anwar Ibrahim juga begitu?


abuhassanadam
19 Oktober 2014


2 comments:

  1. Jwapan pda soalan yg mengakhiri article.....ya,begitu jua perjuangan Anwar.

    ReplyDelete
  2. Pada perbicaraan Sodomi 1 dulu peguam Anuar bertanyakan kepada mangsa liwat apakah kamu diliwat sehingga 3 kali dan jawapannya tidak, tapi Hakim Paul Augustin kalu tak silap tetap meyakini yang AI dah menyondol mangsanya dan mengikut seorang mantan Hakim Hashim jika dia menjadi hakinpada kes Sodomi 1 dah lama dia buang kes itu.
    Kes Sodomi 2 pula Hakim mendapati cara air mani AI berada di jubur Saiful adalah diragukan dan memutuskan AI dibebas tapi dengan kelicikan hujahan dari aspek teknikal Mohamad Shafee pada tahap Mahkamah Rayuan AI didapat meliwati Saiful. Apa nak dikato Hakim memberi kata putus yang AI betul-betul dah liwat Saiful.
    Nasihat’ ‘budak hingusan’ dari Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) yang cuba ‘menasihati’ DS Anwar Ibrahim agar ‘pencen’ dari perjuangannya kerana rakyat telah agak ‘letih’ memperjuangkan perjuangan yang tidak berkesudahan adalah satu taktik bagi mempengaruhi persepsi pendukung AI akan jangan lagi nak diandalkan daripada AI sebagai orang berpengaruh bagi menyisihakan kuasa UMNO yang semua orang tahu adalah penguasa yang korap lagi bobrok. Lensa ni mirip agenda Hadi Awang yang memang tak mahu AI meneruskan perjuangannya sebaliknya mahu AI pencen bagi memberi laluan yang lebih hebat kepada UMNO bermaharajalela mengurus tadbir negara dengan lebih teruk lagi.
    PR mungkin terbantut sedikit tanpa AI tapi lapisan pengganti AI berpontensi juga menggusarkan UMNO. Yang sedihnya UMNO dah berjaya mempengaruhi golongan konservatif lapuk ulama untuk tidak memberi dukungan padu lagi terhadap AI.

    ReplyDelete