MENGAPA ANWAR IBRAHIM BEGITU ‘DITAKUTI’
Dalam satu kenyataannya ketika berucap di hadapan
pelajar-pelajar University Malaya (UM) baru-baru ini, Saudara Anwar ada
menyatakan,” mengapakah mereka begitu ‘takut’ kepada seorang Anwar?. Lebih
kurang begitulah bunyi kata-katanya.
Kenyataan itu pendek saja tetapi menyebabkan aku
berfikir buat seketika. Merenung kembali peristiwa-peristiwa lama, menyingkap
sejarah perjuangan ‘manusia’ yang bernama Anwar Ibrahim. Aku tidak perlu
menyingkap buku-buku sejarah atau majalah-majalah lama atau akhbar-akhbar lama
untuk mencari jawapan kepada persoalan itu. Yang aku hairan ialah mengapa
beliau begitu ditakuti. Dan mungkin jawapan yang paling tepat ialah hanya
mereka yang membuat salah sahaja yang takut kepada Anwar Ibrahim. Mungkin……
Peribahasa Melayu ada mengatakan,’berani kerana
benar dan takut kerana salah’. Maknanya betullah tanggapan ramai orang yang
selalu mengatakan bahawa disebabkan banyak kesalahan yang dilakukan menyebabkan
mereka begitu takut kepada Anwar Ibrahim. Tetapi yang peliknya pula, bagi
mereka yang tidak melakukan kesalahan atau tidak merasakan diri bersalah, maka
mereka akan sedaya upaya cuba merapati beliau disebabkan ‘charisma’nya yang
luar biasa.
Dari jauh aku mengikuti perkembangan dan
perjuangan Saudara Anwar Ibrahim yang sentiasa melaungkan slogan memperjuangkan
‘the conscience of the majority’. Semenjak zaman remaja sehinggalah ke zaman
‘tua’, diperhatikan bahawa asas perjuangannya adalah ‘consistent’,
memperjuangkan keadilan bagi semua rakyat tidak mengira bangsa, agama dan
keturunan. Berterusan memperjuangkan keadilan untuk rakyat. Lantas atas
semangat yang demikianlah yang telah menyebabkan ‘rakan-rakan lama’ yang terus
menerus memberikan sokongan kepadanya walaupun ada ‘rakan-rakan lama’ yang
menjauhkan diri disebabkan berbagai ‘tarikan’ yang diterima.
Sokongan padu yang diterima oleh Saudara Anwar,
terutama dari ‘rakan-rakan lama’ adalah disebabkan asas dan prinsip yang
diperjuangkannya dan bukan kerana ‘batang tubuh’ manusia yang bernama Anwar
Ibrahim. Antara ‘rakan’ dan ‘prinsip perjuangan’ adalah dua perkara yang sangat
berbeza. Sekiranya Saudara Anwar ‘tergelincir’ dari prinsip yang diperjuangkan
selama ini, aku pasti akan berlaku ‘pelarian beramai-ramai’ meninggalkan
beliau. Aku pasti. Namun selagi beliau masih tetap dan terus menerus
memperjuangkan keadilan sebagaimana yang diungkapkan setengah abad yang lampau,
maka beliau akan tetap mendapat sokongan padu.
Sudah setengah abad juga masyarakat Malaysia
melakukan ‘pencarian’ tokoh yang akan menggantikan Anwar Ibrahim. Bagi aku dan
rakan-rakan seperjuangan, ‘pencarian’ itu masih berterusan. Seolah-olah belum
ada lagi tokoh yang boleh menggantikan tempat Anwar Ibrahim. Ada wujud
‘pemimpin’ muda yang silih berganti di negara ini tetapi belum dapat
menggantikan manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Seolah-olah peribahasa Melayu
yang berbunyi,’ patah tumbuh hilang berganti’ tidak sesuai lagi digunakan…..
Dunia telah menyaksikan kelahiran beberapa orang
pemimpin dunia yang amat sukar dicari ganti. Belum wujud
lagi manusia yang bergelar pemimpin di India yang boleh menggantikan Gandhi.
Belum ada tokoh di Indonesia yang boleh ‘menewaskan’ kehebatan Sukarno yang
berjaya mendapatkan kemerdekaan Indonesia. Rakyat Afrika Selatan tentunya
sedang mencari-cari manusia yang boleh menggantikan Nelson Mandela dan rakyat
Britain pual tentunya membanding-bandingkan pemimpin yang ada disana yang ada
persamaan dengan Winston Churchill. Begitulah seterusnya. Maknannya Allah hanya
‘mengurniakan” seseorang pemimpin itu hanya sekali dalam beberapa puluhan tahun
kepada bangsa itu.
Dan menyusuli sejarah perjuangan
pemimpin-pemimpin ini menampakkan dengan jelas yang mereka sangat ditakuti
disebabkan mereka tidak pernah takut dan gentar kepada apa yang diperjuangkan
oleh mereka. Aku teringat kata-kata Nelson Mandela apabila hakim mahkamah
menasihatinya dalam satu perbicaraan supaya, ‘ …don’t play with fire’. Dan
jawapan yang diberikan oleh Mandela ialah,’ ....playing with fire is my game’.
Rujukan: ‘Long Walk to Freedom’
Kebiasaannya pemimpin yang memperjuangkan
keadilan sentiasa ditakuti oleh pihak-pihak tertentu. Jose Rizal dari Filpinan
terpaksa membayar ‘perjuangannya’ dengan nyawanya sendiri apabila beliau
ditembak mati oleh penjajah Sepanyol. Begitu jugalah dengan pejuang-pejuang
keadilan dunia lain yang terpaksa membayar
perjuangannya dengan ‘harga’ yang begitu mahal.
Aku teringat satu peristiwa pada tahun 1972 apabila
aku ditugaskan oleh PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia)
untuk mendapatkan peruntukan dari sebuah kerajaan negeri bagi menjalankan
aktiviti ‘Kempen Kesedaran’ kepada penduduk luar bandar di negeri berkenaan.
Bersama dengan seorang rakan, aku telah dijemput untuk berbincang dengan
Menteri Besar negeri berkenaan berkaitan dengan pembiayaan projek berkenaan.
Menteri Besar negeri berkenaan telah memberitahu
kami bahawa kerajaan negeri berkenaan bersetuju membiayai projek berkenaan
dengan perbelanjaan sebanyak RM3000.00. dengan syarat supaya Saudara Anwar
Ibrahim tidak dijemput sebagai salah seorang penceramah dalam projek berkenaan.
Apabila aku mengenangkan peristiwa itu telah mengimbaukan kenangan aku bahawa
semenjak awal tahun 1970an lagi Saudara Anwar telah mula ditakuti.
Bermakna sudah hampir setengah abad Saudara Anwar
Ibrahim memperjuangkan idealismenya dan terus ditakuti oleh pihak yang sentiasa
merasakan diri mereka bersalah.
abuhassanadam
29 Oktober 2014
Pak Abu, manusia yang paling takut jika Anwar menjadi PM adalah Mahathir. Sebagai Menteri Kewangan tentu banyak rahsia serta bukti dokumen yang ada pada Anwar sabit penyelewengan Mahathir. Tetapi OSA yang menyekat. Lain pula ceritanya jika Anwar jadi PM. Mungkin PM mempunyai kuasa! Jadi jangan di cemoh kalau dia benar benar berhasrat untuk menjadi PM, dia tidak gila kuasa, tapi ada tugas yang lebih besar, untuk merampas kembali Khazanah Negara yang di curi!
ReplyDeleteSalam Pak Abu.
ReplyDeleteSosok Anwar adalah seorang yang berkarismatik dan berwibawa.Konsistan dalam perjuangannya.Golongan para ustaz yang memandang enteng dan sinting kepada Anwar perlu celik mata dan bongkarlah sejarah kerana sejarah amat penting memberikan kita kesedaran dan arif dalam berbicara dan berhujah.Sosok Anwar inilah yang membawa pembaharuan dan memperkenalkan integrasi dalam pembelajaran di sekolah sekolah agama.Adanya pelajaran agama dan akademik sehingga wujudnya sekolah agama asrama penuh yang menjalankan sistem pelajaran integrasi ini.Kini sehingga berkembang wujudnya tahfiz sains.Sekolah integrasi ini dimulai oleh ABIM lebih tiga puluh tahun lalu.Kalau dulu hendak menjadi tokoh agamawan yang pandai matematik amatlah payah.Pernah seorang professor satu ketika dulu bercerita, katanya ramai ustaz tidak tahu matematik sebab sistem pelajaran di sekolah agama dulu dan sekolah pondok tidak diajar matematik.Zakat fitrah berkait rapat dengan matematik.Anwar adalah diantara mempelopori dan berjuang ke arah menjadikan ulama yang professional dengan memperkenalkan sekolah agama integrasi dan melaksanakannya ketika beliau menjadi menteri pendidikan.
Sdra Nazi
DeleteBila sdra s3but sesetengah ustaz memandang enteng dan sinting kepada Anwar, ia benar berlaku dan golongan ini ramai di dalam PAS. Yang lebih menyedihkan golongan ustaz2 muda PAS ini jika dibandingkan kefahaman Islam dengan Anwar, pastinya Anwar lebih jauh kedepan.
Apalah jika kita membincangkan sumbangan kepada Islam yang buat oleh anwar. Sumbangan ustaz ini tidak terbanding dengan sumbangan ustaz2 muda PAS ini. Malah hendak banding dengan bayang Anwar pun mereka tidak layak.