PENYOKONG ANWAR TIDAK BERGANJAK
Berasaskan kepada pembaca yang mengikuti blog
aku, abuhassnadam.blogspot.com jelas menampakkan perkembangan yang
memberangsangkan terutama yang berkaitan dengan ‘cerita’ mengenai Saudara Anwar
Ibrahim. Ribuan peminat Anwar Ibrahim telah mengunjungi blog berkenaan.
Menampakkan bahawa seolah-olah para pembaca masih tidak berganjak daripada
sokongan mereka terhadap perjuangan Anwar Ibrahim walaupun usaha ‘memalukan’
beliau berterusan dengan berbagai cara dan kerenah. Seolah-olah sokongan
terhadap Anwar Ibrahim tidak pernah ‘surut’, walaupun ada juga segelintir yang
mengatakan sebaliknya.
Ini juga bermakna bahawa saranan pihak tertentu
yang menyarankan agar rakyat ‘membiarkan ‘sahaja Anwar Ibrahim menghadapi
perbicaraan terhadapnya dan menyerahkan sahaja kepada kebijaksanaan pihak hakim
untuk membuat sebarang penentuan. Seolah-olah golongan ini ‘sudah meletakkan
jawatannya’ untuk menjadi manusia yang boleh berfikir. Dan apakah golongan yang
segelintir ini sudah tidak dapat berfikir secara rasional untuk menentukan yang
mana betul dan yang mana salah. Apakah apabila ada segelintir yang mengatakan
yang Anwar Ibrahim bersalah maka kita perlu ‘mematuhi arahan’ sedemikian
sedangkan fikiran kita (yang dikurniakan Allah) kuat mengatakan bahawa beliau
adalah sebaliknya.
Penyokong tegar yang semenjak dulu lagi
memperjuangkan ‘the conscience of the majority’ ( Alumni UM awal 70an) masih
tidak berganjak daripada perjuangan asal yang dicetuskan oleh Saudara Anwar
Ibrahim. Walaupun sudah tidak berdaya untuk ‘berlari dan berkejar’ di jalan
raya, namun golongan ini masih ‘aktif’ memperjuangkan idealisme yang tidak akan
kunjung padam, walaupun dengan secara senyap tetapi bermakna. Cara dan
‘langkah’ mereka yang tersendiri.
Saudara Anwar mengambil langkah yang begitu tepat
sekali apabila beliau menolak pelawaan dan nasihat daripada rakan-rakan luar
negara yang meminta agar beliau meninggalkan saja Malaysia dan berpindah ke
negara-negara yang bersedia untuk memberikan ‘perlindungan’ kepadanya. Dan
Saudara Anwar telah menolak pelawaan tu dengan cara yang terhormat dan tindakan
Anwar yang sedemikian telah mengukuhkan lagi sokongan terhadap perjuangannya
dan terus yakin bahawa ‘sekali menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal
lengan’.
Dalam ucapanya kepada pelajar-pelajar di
University Malaya tempoh hari beliau telah menyatakan bahawa penolakannya
kepada pelawaan untuk terus tinggal di luar negara dalah disebabkan ‘tidak
sampai hati’nya beliau untuk meninggalkan ‘anak-anak’ pejuang di negara ini
yang sedang gigih memperjuangkan idealisme yang belum selesai. Dan teringat
pula aku kepada bait lagu ‘ Sayang Sarawak’ yang berbunyi, ‘ …hendak ku bawa
perahu ku sempit dan hendak ditinggalkan tak sampai hati..’
Keputusan yang dibuat oleh Saudara Anwar adalah
tepat bukan seperti tindakan setengah pemimpin dunia yang kononnya berjuang
untuk rakyat negaranya dan hanya kembali selepas keadaan sudah tenang. Mungkin
itu merupakan strategi masing-masing namun dilihat dari satu aspek yang lain,
menampakkan dengan jelas yang tindakan sedemikian bukanlah merupakan tindakan,’
bukit sama di daki dan lurah sama dituruni’ atau ‘berat sama dipikul dan ringan
sama dijinjing’.
Anwar tahu bahawa sebahagian besar rakyat di
negara ini mersakan ‘derita’ sebagaimana ‘derita’ yang dialaminya walaupun bak
kata peribahasa Melayu, ‘betapa berat mata yang memandang, lagi berat bahu yang
memikul’. Betul. Tetapi rakan-rakan lama yang terus menerus memperjuangkan ‘the
consciense of the majority’ tetap merasakan ‘pedih dan pilu’ sekiranya Saudara
Anwar berada dalam kesusahan. Dapat dirasakan bahawa, ‘jika peha kanan dicubit,
peha kiri juga terasa sakitnya’
‘Orang lama’ begitu gembira sekali apabila
melihatkan kemunculan anak-anak pelajar yang sudah sedar dan tahu tanggungjawab
mereka mepada rakyat dan negara, dengan kemunculan PMUM ( zaman dulu dipanggil
UMSU) yang seolah-olah mempelopori gerakan pelajar sedar di negara ini. Yang
dimaksudkan dengan gerakan sedar pelajar bukanlah bermakna untuk menentang apa
saja yang dilakukan oleh pemerintah tetapi membetulkan keadaan-keadaan yang
tidak berapa kena yang dilakukan oleh kerajaan. Dan tindakan sedemikian adalah
merupakan tindakan yang telah dilakukan oleh orang lama ketika menjalankan
kempen kesedaran pada awal-awal tahun 1970an dulu kepada penduduk-penduduk luar
bandar di seluruh negara.
Sudah agak lama pelajar-pelajar kita di pusat
pengajian tinggi di negara atau di luar negara begitu ‘menyepi’. Semacam tidak
ada aktiviti yang menampakkan yang golongan pelajar ini sebagai ‘voice of
conscience” kepada rakyat berbanding dengan apa yang telah dilakukan oleh orang
lama yang sentiasa memikirkan tentang kesejahteraan rakyat, terutama rakyat
luar bandar yang pada ketika itu amat memerlukan pembelaan. Dan merupakan tugas
para pelajar ketika itu untuk menyedarkan mereka dalam banyak perkara terutama
dalam hal pendidikan anak-anak.
Anwar masih ‘relevan’ dan merupakan pejuang yang
terus menerus meperjuangkan agenda yang belum selesai ini. Nampaknya secara
berterusan juga yang beliau tidak keseorangan dalam menerajui perjuangan ini.
Sebahagian besar rakyat Malaysia akan terus bersama beliau dalam meneruskan
perjuangan ini. Idealisme yang diperjuangkannya akan terus mekar dan segar dan
tidak kira samada beliau berada ‘di dalam’ atau ‘di luar’ walaupun majority
rakyat Malaysia masih mendoakan agar beliau berada di luar memandangkan usianya
yang sudah begitu lanjut untuk meneruskan perjuangan dari ‘dalam’.
Penyokong Anwar masih teguh dan kental dan tidak
berganjak dari perjuangan asal. Senario tahun 1999 agak berbeza dengan senario
2014. Kemunculan pelajar dan sokongan padu daripada kaum bukan Melayu merupakan
elemen yang menjadi pasak kepada perjuangan yang belum berakhir ini.
abuhassanadam
30 Oktober 2014
No comments:
Post a Comment