Tuesday, April 7, 2015

RAKYAT AKAN BERDIRI DI BELAKANG DS NAJIB………

Rakyat Malaysia pastinya akan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri DS Mohd Najib sekiranya beliau sanggup berdepan dan menjelaskan dengan sejelas-jelasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir terhadap kepimpinan beliau. Aku merasakan inilah peluang keemasan bagi DS Najib untuk menjawab dan menjelaskan segala-galanya. Aku amat setuju dengan kenyataan YB Shahril Samad selaku Ketua Penyokong Kerajaan di Parlimen apabila beliau menyatakan bahawa,

"We have discussed this with the PM and we feel that we'll answer on things that we are able to, especially the purchase of the government jet, 1Malaysia Development Bhd and the goods and services tax…All this we can answer but we also advised him to speak up on this himself when the time is right. And I don't think this is a problem for him. Sometimes we cannot pretend nothing is happening, and I am confident Najib will answer the allegations made against him," Malaysiakini 6 April 2015.

Selaku Perdana Menteri dan pemimpin negara, DS Mohd Najib harus berhadapan dengan keadaan begini dan menjelaskan apa saja persoalan yang ditimbulkan oleh pihak-piha tertentu dan sekiranya perlu harus ‘menyerang’ semula serangan pihak ‘musuh’ yang dianggap cuba memutar-belitkan sesuatu isu.Selagi beliau bersikap berdiam diri maka selagi itulah serangan demi serangan akan dilancarkan.

Dan harus pula disedari bahawa pihak yang ‘menyerang’ bukan semata-mata ‘seronok-seronok’ menimbulkan persoalan dan keraguan dan tentulah ada juga asasnya mereka mempersoalkan sesuatu persoalan. Tentulah mereka merasakan ada yang tidak kena dengan pentadbiran yang dijalankan oleh Perdana Menteri itu. ‘Jikalau tidak ada angin tentulah pokok tidak bergoyang’ kata orang tua-tua.

Kini sudah kelihatan penyokong-penyokong DS Najib cuba menangkis serangan-serangan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir. Ramai yang meraskan ‘pertahanan’ yang disediakan oleh penyokong DS Najib tidak kukuh dan menampakkan hujah yang mirip kepada kebudak-budakan. Rasional yang diketengahkan oleh pihak tertentu semacam datangnya dari penulisan ‘hingusan’ berbanding dengan kemantapan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir.

Rakyat pasti akan mentertawakan kenyataan seorang penyokong DS Najib yang mengatakan bahawa tidak ada perbalahan antara Tun Mahathir dengan DS Najib dan tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Tun Mahathir mendesak supaya DS Najib meletak jawatan.

Apakah penyokong DS Najib benar-benar memahami apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir dalam blognya. Aku perhatikan soalan-soalan yang dikemukakan oleh Tun M tidak ada langsung berunsur peribadi dan tidak berbelit-belit. Mislanya beliau  mempersoalkan,
  • ·      Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib.
  • ·      Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14.
  • ·      Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.
  • ·      Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya.
  • ·      Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.
  • ·      Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan (membunuh Altantuya). Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.
  • ·      Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

Yang perlu dilakukan oleh DS Najib sendiri ataupun para menteri kabinet atau penyokong DS Najib ialah memperjelaskan kepada rakyat jelata apa yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir itu bukannya ‘memesongkan’ isu yang dibangkitkan. Ada yang mengatakan bahawa tidak ada masalah yang timbul antara kedua-dua pemimpin itu dan telah menyalahkan pihak-pihak tertentu yang mengembar-gemburkan keadaan perbalahan itu.
Kenyataan sebegini sebenarnya menimbulkan kemarahan rakyat kerana cuba memperbodohkan rakyat dengan memutar-belitkan isu. Rakyat tahu dan faham. Bak kata peribahasa Melayu, ‘sekilas ikan di air sudah diketahui jantan betinannya’. Rakyat yang dulunya tidak peka dengan isu sebegini sudah mula ‘sedar’ dan mula bertanya apakah sebenarnya isu yang dipersoalkan. Mencari kebenaran atau ‘menegakkan benang basah’. Aku perhatikan dalam kebanyakan tulisan penyokong DS Najib seoah-olah ‘membela’ dengan menegakkan benang basah berbanding dengan hujah yang dikemukakan oleh Tun Mahathir yang merupakan hujah mantap dan penuh dengan alasan-alasan yang konkrit.
Aku merasakan jalan penyelesaian kepada isu ini ialah sebagaimana yang disarankan oleh YB Shahril Samad agar DS Najib sendiri memperjelaskan kepada rakyat dan seelok-eloknya melalui RTM dan TV3 supaya dapat diikuti dengan jelas oleh rakyat seluruhnya. Berikan rakyat membuat pengadilan.
Itulah cara yang dilakukan oleh Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri suatu ketika dulu.
abuhassanadam
7 April 2015


No comments:

Post a Comment