Wednesday, August 31, 2016

ORANG MELAYU DIGAMBARKAN SEBAGAI LEMBAGA YANG ‘HITAM LEGAM’

            Orang Melayu kini digambarkan sebagai satu lembaga yang ‘hitam legam’. Aku tak menyalahkan golongan yang menganggap begitu. Bukan kaum Cina yang menyebabkan orang Melayu (termasuklah aku ) berkeadaan begitu. Tidak juga kaum India. Tidak juga kaum-kaum lain di dunia ini. Yang patut dipersalahkan ialah orang Melayu itu sendiri. Tak semualah.  Aku tidak mahu tergolong dalam kumpulan yang ‘menghitam-legamkan’ orang Melayu.

Apa tidaknya…..

Pemimpin yang rasuah orang Melayu.
Pemimpin yang sentiasa berbohong kepada orang Melayu (yang bodoh tolol) orang Melayu juga.
Pemimpin yang hipokrit orang Melayu. Orang lain ada jugalah.
Yang diperbodohkan oleh Pemimpin Melayu yang rasuah adalah orang Melayu yang bodoh, tolol, tengin, bangang.
Alim ulamak yang merasakan dirinya sahajalah yang pandai dalam hal agama adalah orang Melayu.
Orang Melayu jugalah yang senang ditipu oleh golongan agama dari negara luar. Apa saja yang diperkatakan ‘diangguk’ belaka.
Orang Melayu jugalah yang lebih suka ditadbir oleh golongan kaum lain di negara ini.
Orang Melayu jugalah yang cepat percaya tentang apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka, walaupun pemimpin yang rasuah.
Orang Melayu mudah lupa…terutama apabila diberikan ‘dedak’.
Orang Melayu jugalah yang cepat termakan budi..
Pemimpin Melayu yang rasuah akan terus menerus bermaharajalela di negara ini selagi orang Melayu itu bersifat TENGIN, BODOH, TOLOL, PANDIR, BANGANG….

abuhassanadam

31 Ogos 2016

No comments:

Post a Comment