TAK RASA MACAM ‘MERDEKA’
Sudah agak lama meninggalkan blog ini. Berehat
sekejap. Dan apabila menjelang hari kemerdekaan, tergerak pula hati ini untuk
menulis sesuatu. Sekurang-kurangnya untuk ‘memuaskan’ hati dan perasaan ini
agar tidak ‘dituduh’ semacam tidak menghormati hari kemerdekaan negara. Lantas
dikuatkan juga semangat untuk melahirkan sesuatu.
Sebenarnya
seluruh rakyat Malaysia sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan sememangnya
sayangkan negara ini. Di sinilah tempat tumpah darah mereka. Tidak ada
kesangsian dalam hal itu. Tidak timbul hasrat mereka untuk menderhaka. Tidak
pula terlintas di hati perut mereka untuk merosakkan negara ini.
Tetapi
yang menyedihkan ialah negara Malaysia ini rosak dan musnah disebabkan oleh
setengah pemimpin negara yang tidak ‘berhati perut’ dan yang sentiasa
memikirkan diri sendiri. Seolah-olah ada pemimpin negara yang semacam langsung
tidak memikirkan hal rakyat. Hanya ucapan sahaja yang ‘berapi-api’ kononnya
membela rakyat tetapi sebenarnya golongan inilah yang merupakan golongan ‘pelahap’
dan melakukan rasuah seolah-olah tidak ada batasan ‘malam-siang’. Bak kata
orang tua-tua, ‘kokoknya berderai tetapi ekornya bergelumang tahi..!’ Tepat
sekali.
Golongan
inilah yang terpekik dan terlolong meminta rakyat taat setia kepada negara ini
sedangkan perangai mereka tidak langsung mencerminkan sebagai seorang pemimpin.
Mereka bernasib baik kerana sebahagian besar orang Melayu masih ‘tengin, tolol,
pandir’ yang boleh diperbodohkan. Mereka bernasib baik kerana ramai orang
Melayu yang masih boleh ‘digula-gula’ dan diberikan ‘dedak’ supaya sentiasa
senyap dan menganggukkkan kepala.
Sampai
bilalah agaknya orang Melayu masih dalam keadaan begini. Lantas apabila
menyambut hari kemerdekaan negara semacam tidak terasa ‘seruan merdeka’ itu
menusuk ke dalam hati dan perasaan sebahgian besar rakyat.
Seruan
‘Merdeka’ itu sudah semacam slogan yang kosong. Aku rasa begitulah…..
abuhassanadam
31 Ogos 2016
Agak pedas artikel kali ni, mungkin pak Adam juga sudah letih tengok mentaliti orang kita.
ReplyDeleteTapi bagi saya itu lah yang betul. Call a spade, a spade. Tak payahlah cerita pasal orang kampung sudah sedarlah, sudah bangkitlah... itu ibarat mendodoi diri supaya tidur dan bermimpi indah. Hakikatnya sesudah bermimpi akhirnya kita terjaga dan terperanjat dengan realiti ngeri.
Baiklah kita terima hakikat, bila dihulur kain dan biskut, lembutlah hati para pengundi. Ranyanya ini fakta yang benar. Sekurang-kurangnya bila kita akui, boleh la juga buat corrective action dan bukan hanya berangan dan berharap.