CERAMAH AGAMA TAK SENTUH LANGSUNG FASAL
IMDB
Hampir
setiap malam ada ceramah agama di masjid persekitaran tempat aku tinggal.
Sampai tak larat nak dengar. Tak cukup dengan kuliah Maghrib, kuliah subuh
pulak. Setiap hujung minggu semacam satu ‘pesta’ kuliah subuh. Hampir setiap
masjid di persekitaran pasti mengadakan Kuliah Subuh.
Baguslah…dapat
menyedarkan yang masih lagi tak sedar. Isi dan tema kuliah hampir sama. Isu
yang berlegar disekitar sex tetap ada. Isu hubungan suami isteri tetap ada dan
diselangselikan pula dengan cerita-cerita jenaka untuk dijadikan bahan ketawa.
Kadang-kadang seperti menghadiri pesta Raja Lawak pulak.
Penceramah
agama ( panggilannya Ulamak) kini terdiri dari orang muda-muda. Pakaiannya
berjubah. Berserban. Berselindang. Macam orang Arab. Dan ketika berceramah akan
menggunakan buku-buku agama yang diperolehi di kedai-kedai buku di Jalan Tuanku
Abdul Rahman. Jarang sangat mereka merujuk kepada Quran.
Semacam
satu trend pulak dimana golongan pencen amat berminat untuk ke masjid. Mungkin
baru sedar yang saat dan ketika untuk bertemu Tuhan amat hampir. Lantas tidak
mahu membuang masa lagi untuk membuat ‘persiapan’. Lagi pun sentiasa ditegaskan
oleh si penceramah bahawa menghadiri kuliah agama seperti menghadiri ladang
syurga yang dipenuhi dengan pohon buah-buahan.
Yang
anihnya sehingga kini tidak satu pun kuliah agama (yang aku ikuti) menyentuh
tentang persoalan IMDB. Tidak seorang pun para ulamak yang menyentuh soal
rasuah pemimpin. Tidak seorang pun yang ‘berani’ membandingkan pemerintahan
Nabi Muhammad dengan pemerintahan di Malaysia kini. Tidak ada yang
membandingkan sikap pemimpin kini dengan sikap Khalifah Abu Bakar, Umar dan
lain-lain.
Yang
selalu mereka tekankan ialah mengenai sex dan hubungan suami isteri dan
diselang-selikan dengan cerita jenaka.
Mungkin
agaknya yang mendengar ceramah juga memerlukan hiburan!.. Mungkin.
abuhassanadam
31 Ogos 2016
Apa yang Pak Abu cakap memang betul..ceramah agama kini lebih fokus kepada SEX, hubungan suami isteri, nikah cerai dan khalwat...amat menyedihkan..
ReplyDelete