‘BOM DIA’ DAN ‘JET ROSMAH’ AKAN MENUMBANGKAN BN DI
KUALA KANGSAR
Sebagai
‘Oghang Kuale’ aku yakin bahawa pengundi kawasan Kuala Kangsar khususnya tidak
bersikap seperti dua tiga ‘kerat’ ‘orang kuale’ yang membuat laporan polis
terhadap kenyataan YB Rafizi Ramli (secara melawak dan bergurau) yang akan
‘mengembom DS Najib’ di parlimen. Biasanya ‘oghang kuale’ (setahu aku) faham
dan mengerti erti bergurau dan bersenda gurau atau berjenaka dalam perbualan
harian mereka.
Dan
aku hairan ada pula antara ‘oghang kuale’ yang tidak faham erti gurau dan
berjenaka yang lantas terus menerus membuat laporan polis berkaitan dengan
jenaka YB Rafizi berkenaan. Dan untuk menambahkan lagi ‘kekalutan’ yang ada dan
‘memeriahkan’ suasana ‘kebodohan dan kepandiran’ ini, maka ada pula pemimpin
(kononnya bergelar pemimpin) yang ‘tumpang semangkuk’ menyokong tindakan
‘oghang kuale’ yang membuat laporan polis berkenaan. Dan tidak pula ada
pemimpin BN yang agak waras pemikirannya (mungkin aku tak tahu ada pemimpin
yang berbuat demikian) yang cuba ‘menenangkan’ suasana demikian. Malah keadaan
sedemikian semakin ‘rancak’ apabila pihak polis akan memanggil YB Rafizi untuk
mengambil keterangan dari beliau.
Aku
amat yakin ‘Oghang Kuale’ akan ketawa terbahak-bahak melihatkan ‘cerita jenaka’
ini. Aku amat yakin. Setahu aku dan
seingat aku, tanda kemesraan yang ditunjukkan oleh seorang sahabat dan kenalan
ialah dengan cara berjenaka. Kalau kata orang putih menggunakan ‘metaphor’. Orang
Melayu kata menggunakan ‘kata kiasan’. Dan bukan orang Melayu namanya jika
dalam tutur katanya atau dalam perbualannya tidak menggunakan kata-kata kiasan
dan peribahasa.
Oleh
itu kata kiasan yang digunakan oleh YB Rafizi itu tidak ada cacat cela jika
dilihat dari kacamata seorang yang berbangsa Melayu (kecualilah jika dilihat
dari kacamata kaum lain). Dan aku yakin juga bahawa ramai rakyat Malaysia dari
keturunan bukan Melayu yang tidak ada masalah langsung dengan kenyataan YB
Rafizi itu. Mereka faham apa yang dimaksudkan. Mungkin golongan ‘pemakan dedak’
sahaja yang tidak faham atau terpaksa menunjukkan sikap tidak faham disebabkan
‘kekenyangan’.
Kini
para pengundi di Kuala Kangsar akan lebih faham tentang setengah sikap yang
ditunjukkan oleh orang dari bandar apabila melihatkan ‘gelagat’ mereka ketika
berkempen. ‘Perkara kecil’ sedemikian dibesar-besarkan demi untuk menarik
perhatian para pengundi. Dan berkemungkinan juga tujuan mereka
membesar-besarkan isu berkenaan semata-mata untuk mengelirukan para pengundi
dan cuba ‘menenggelamkan’ isu yang lebih besar.
Sebenarnya
‘bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru’. Sebelum aku melanjutkan
perbincangan ini, perlu juga aku jelaskan bahawa aku bukan berhasrat untuk
bercerita tentang bangkai gajah. Aku bimbang pula kalau-kalau ada yang membuat
laporan polis mengatakan bahawa pihak perhilitan tidak bertindak mengawal
gajah-gajah di Kuala Kanngsar atau di kawasan Suak Petai di Manong atau
membiarkan gajah berkeliaran dekat Istana Iskandariah, Bukit Chandan.
Yang
aku maksudkan banyak perkara besar yang melibatkan negara kini yang perlu
diambil perhatian oleh pengundi-pengundi di Kuala Kangsar. Kisah negara kita
yang akan ‘tenggelam’ ekoran dari ‘ledakan IMDB’ harus dipertimbangkan dengan
secara serious. Pengundi Kuala Kangsar harus sedar dan peka bahawa inilah
masanya para pengundi di Kuala Kangsar menunjukkan kepekaan mereka tentang apa
yang berlaku kini dalam negara kita. Janganlah ‘Oghang Kuale’ bersikap seperti
Si Luncai yang sentiasa meneriakkan, ‘ biarkan…biarkan…’.
PRK
Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebenarnya akan meletakkan ‘demarcation line’
dalam negara. Maknanay apa saja keputusan yang dicetuskan dalam PRK itu nanti
akan menentukan nasib negara samada akan timbul atau tenggelam. Tentulah aku
tidak dapat meramalkan apa yang akan terjadi selepas peristiwa berkenaan.
Sekurang-kurangnya akan memberikan isyarat kepada para pemimpin kerajaan kini
bahawa rakyat sudah sedar dan tahu apa yang mereka lakukan. Apakah yang mereka
lakukan sebagai pemimpin itu betul-betul untuk kepentingan bangsa dan negara ataupun
hanya mementingkan diri dan ‘tembolok’ sendiri sahaja.
Rakyat
akan menjadi pengadil di Kuala Kangsar dan di Sungai Besar. Rakyat Malaysia
akan memberikan pengiktirafan kepada pengundi Kuala Kangsar samada pengundi di
sini sudah sedar dan peka dengan keadaan yang berlaku kini ataupun masih lagi
‘tenggelam dan khayal’ dengan mimpi- mimpi’ indah zaman ‘penjajahan’. Dengan
berbagai-bagai penjelasan yang telah disampaikan tentunya para pengundi dapat
membuat penilaian dan keputusan yang jitu.
Ini
bukan cerita ‘durian dengan mentimun’ dimana yang menggolek luka dan yang kena
golek punluka. Ini bukan cerita sedemikian. PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar
adalah kisah ‘pisau sudah berada ditangan’ dan hanya menunggu masa untuk
melakukan….
abuhassanadam
15 Jun 2016
Pak Abu, selamat hari raya!
ReplyDeleteSelamat hari raya Pak Abu
ReplyDeleteRindu tulisan pak abu
Pak Abu mesti sudah merajuk tak mahu menulis lagi kerana pengundi2 kuale masih lagi tidak mampu memilih mana yang buruk dan baik.
ReplyDeleteKepala hotak dah jadi bonsai...
Pak Abu, are u ok? Dah lama tak jumpa online in...
ReplyDeletePak Abu, kemana ?? Lama tak buat artikel..
ReplyDeleteAbu..lama tak keluar artikel.U org Pdg Rengas saya org Kota lama kiri, K. Kangsar. Kita sama 2 frust BN masih menang KK walaupun BN ni teruk. Allah SWT masih belum memperkenankan lagi kemenangan pembangkang
ReplyDeleteWelcome back.... !!!:)
ReplyDelete