ISU RASUAH DI MALAYSIA - IBARAT ‘GURU KENCING BERDIRI MURID KENCING
BERLARI’
Dapat
aku bayangkan tentang kebimbangan dan kerisauan yang dialami oleh banyak orang
di Malaysia kini yang sedikit sebanyak terlibat dengan kegiatan rasuah. Aku
yakin ramai pemimpin negara dan para pegawai tinggi kerajaan yang tidak berapa
lelap tidur memikirkan nasib yang akan menimpa mereka. Mungkin hanya menununggu
‘hari baik dan bulan baik’ untuk rumah mereka diserbu oleh pegawai SPRM. Dan
tentulah mereka juga faham dan sedar tentang lumrah alam ia itu
‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga’.
Peribahasa
ini harus disedari dan dihayati oleh mereka yang belum lagi terlibat dengan
kegiatan rasuah. Bermula dari Perdana Menteri sehinggalah Menteri-Menteri dan
Pegawai tinggi kerajaan harus sedar tentang hakikat ini. ‘Pembalasan’ di dunia
akan sampai juga lambat laun. Hanya masa yang menentukan. Sepandai mana ‘tupai
melompat’ akhirnya pasti jatuh ke tanah juga. Sebijak mana pun perasuah ini
cuba menyembunryikan diri namun akan ‘terserlah’ juga kegiatan mereka yang
terkutuk itu.
Aku
terasa sedih membaca berita pegawai tinggi kerajaan kita yang terlibat dengan
kegiatan rasuah berkenaan. Sebagai golongan ‘warga emas’ aku dapat merasakan
derita yang dialami oleh ‘tokoh’ yang dilibatkan dengan kegiatan rasuah itu.
Tidak
dapat aku bayangkan betapa ‘terhina’nya keluarga ‘tokoh’ yang terlibat dengan
rasuah itu. Bayangkanlah, dalam usia yang sedemikian, yang sepatutnya berada
‘diambang’ untuk merehatkan diri setelah ‘bertungkus lumus’ (kononnya!)
berkhidmat untuk negara, tiba-tiba nasib yang sedemikian yang menimpa. Bukan
lagi tilam empuk dan bilik berhawa dingin yang menanti dan menunggu tetapi
sesuatu keadaan yang tidak pernah terbayang di hati perasuah sedemikian.
Apakah
erti kekesalan dalam keadaan yang sedemikian. Ini yang dikatakan ‘sesal dahulu
pendapatan dan sesal kemudian tiadak berguna’. Tentulah tidak terfikir ‘tokoh’
yang menenerima rasuah, yang memiliki harta yang melimpah ruah, wang berjuta
disamping barangan-barangan yang berjenama mewah terjerumus dalam keadaan yang
amat terhina.Apalah ertinya wang berjuta apabila ‘ditenggelamkan’ dalam keadaan
sedemikian. Apakah erti hidup bagi ‘tokoh’ yang mengalami keadaan sedemikian.
Untuk
menambah peritanya derita yang dialami tentulah keluarganya ( yang turut
bersalah) dan yang tidak bersalah. Jikalau pun anggota keluarganya turut
bersubahat dengan keadaan sedemikian, tentulah ibu dan bapa yang tua di kampung
tidak dapat dipersalahkan kerana ‘mendidik’ anak yang sedemikian.
Tentulah
keadaan yang sedemikian tidak diinginkan oleh ibu bapa yang mendidik anak
semenjak dari kecil. Tentulah berbagai nasihat dan pengajaran yang telah
dicurahan oleh si ibu dan si bapa agar anak menjadi manusia yang berguna dan
bukannya menjadi perasuah dan ‘makan wang haram’. Tentulah sejarah hitam akan
terus berpanjangan sehingga melangkau beberapa generasi yang akan datang. Dan
kisah ‘hitam’ sebegini akan terus disebut dan diingati sehingga beberapa dekad
yang akan datang.
· Apakah ibu bapa kepada perasuah
boleh lena dan dapat melelapkan mata pada waktu malam apabila mengenangkan anak
didikannya berada di dalam lokap dan berkemungkinan akan terus berada di
penjara suatu ketika nanti.
· Apakah ibu bapa kepada perasuah
dapat mengelakkan diri dari cemuhan masyarakat ekoran daripada tindakan anak
(perasuah) yang tidak berhati perut.
· Apakah anak atau cucu kepada
perasuah dapat merasa tenang ketika berada di sekolah, apabila berhadapan
dengan rakan-rakan sekolah yang tahu kisah ‘pencurian wang’ yang dilakukan oleh
datuk nenek mereka.
· Dan yang paling menyedihkan lagi
ialah apabila ada anggota keluarga yang sanggup bersubahat dan terus melakukan
kegiatan rasuah yang dilakukan oleh bapa mereka. Dan ada juga terdengar tentang
kisah isteri pegawai tinggi yang perasuah itu adalah merupakan seorang guru.
· Ke manalah agaknya hilang pedoman
dan ‘perjuangan’ seorang guru yang sepatutnya menjadi contoh dan cermin
masyarakat, membiarkan sang suami bermaharajalela ‘membaham’ wang rakyat yang
merupakan titik peluh petani dan nelayan. Apakah tidak merasa berdosa dan
bersalah ketika ‘mendidik’ anak-anak di sekolah?
Rakyat
Malaysia sedar dan faham bahawa kegiatan menerima rasuah dan pembaziran merupakan
satu fenomena yang lumrah di Malaysia kini. Kegiatan sedemikian seolah-olah
sudah menjadi perkara biasa dan ‘darah daging’ dikalangan pemimpin negara dan
pegawai tinggi kerajaan di Malaysia. Saban tahun Ketua Audi Negara
membentangkan keteresan yang berlaku dalam perbelanjaan wang negara oleh
kementerian-kementerian di Malaysia. Seolah-olah apa yang disuarakan oleh Ketua
Audit Negara itu dipandang sepi oleh pihak-pihak tertentu.
Terjadi
kegiatan rasuah yang berleluasa ini mungkin juga didorongkan oleh prinsip
‘Kepimpinan Melalui Teladan’. Mungkin juga disebabkan oleh para pemimpin negara
yang sudah tidak segan silu melakukan kegiatan yang terkutuk ini telah
menyebabkan pemimpin bawahan dan pegawai kerajaan negara ini sudah tidak segan
silu lagi melakukan kegiatan sedemikian. Mungkin…
Mungkinkah
suatu ketika nanti negara ini diberi gelaran Negara Rasuah? Aku sentiasa
memikirkan tentang nasib anak cucu aku yang akan datang yang terpaksa
menanggung beban hutang yang membebankan.
abuhassanadam
15 Januari 2017
Sepandai tupai melompat terkadang tidak terjatuh ditanah Pak Abu, kerana terlalu ramai yang akan menyambut sebelum sampai ketanah. Yang menyambut juga ada lah dari kalangan tupai2 yang hidup mati bergantung kepada rasuah.
ReplyDeleteCerita apa ni? Dgn nama perasuah pun xada. Apa yg admin nk selindungkan. Kalau admin benar tentang cerita di atas sila nyatakan sipelaku rasuah. Jgn dok berselindung dgn teka teki. Jgn jd pengecut dgn menggunakan nama tupai, warga emas, anak bini, mak bapak. Admin pengecut...asyik nak menyalahkan pemimpin negara.
ReplyDeleteKini baru tersedar dari lena yang panjang ke sehingga terkial2 tak tau hujung pangkal cerita Pak Abu?
ReplyDeleteATAU baru kini mengenali garam dan ingin mencuba kemasinan?
Andai belum melalui hari tua usah cuba mengolah hari muda kerana Pak Abu sudah melalui hari kamu.