Saturday, May 12, 2018

BOLEHKAH UMNO BERTINDAK  SEBAGAI PEMBANGKANG YANG BERKESAN?

            Mahu tak mahu UMNO (BN) telah pun menjadi parti pembangkang. Dan Pakatan Harapan telah menjadi parti kerajaan. Yang ditakuti kalau-kalau ada wakil rakyat UMNO yang ‘terlupa’ yang mereka telah bergelar pembangkang.  Mungkin juga ‘Tan Sri Speaker’ juga sudah lupa bahawa beliau juga sudah tidak boleh lagi ‘berlagak’ sebagai ‘tuan’ dalam parlimen. Mungkin juga beliau terlupa bahawa beliau juga boleh ditegah meneruskan ucapan sekiranya tidak dibenarkan oleh Speaker yang akan dilantik oleh Pakatan Harapan nanti.

            Terlalu banyak keadaan yang menyedihkan dan begitu juga terlalu banyak suasana yang mengembirakan. Yang aku ingin persoalkan ialah tentang kesanggupan wakil rakyat Barisan Nasional yang akan bertindak sebagai pembangkang. Memanglah mereka boleh jadi pembangkang. Tetapi yang aku persoalkan ialah samada mereka mampu menjadi wakil pembangkang yang berkesan.

            Tentulah parlimen yang akan terbentuk selepas ini bukan lagi parlimen yang semacam tidak ‘berperadababan’ sepertimana yang telah menjadi amalan perbincangan parlimen zaman ‘dahulu kala’. Maksud ‘dahulu kala’ ialah zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Tentu ramai yang masih ‘ternampak’ bagaimana ahli parlimen ‘beraksi’ ketika menyampaikan hujah-hujah mereka yang diselang selikan dengan ‘carut-capai’ seolah-olah mereka berada dalam zaman ‘Neolitik’. Tentu ramai yang masih ingat bagaimana ahli parlimen BN begitu angkuh seolah-olah memperkecilkan kemampuan ahli pembangkang (ketika itu). Mereka agak ‘angkuh’ disebabkan mereka merasakan bahawa pihak tertentu menyebelahi mereka. Lantas mereka merasakan bahawa mereka sebagai ‘king’ apatah lagi ‘falsafah’ yang diamalkan pada ketika itu ialah ‘cash is king’.

            Kini giliran ahli parlimen BN pula menjadi pembangkang. Persoalannya ialah dapatkah mereka mengeluarkan hujah-hujah yang bernas memperbahaskan sesuatu isu sekiranya mereka sudah lama tidak ‘memegang’ buku yang boleh membantu mereka mengukuhkan hujah yang diberi. Mereka sudah ‘hidup’ dalam zon selesa untuk buat beberapa ketika yang kehidupan mereka dalam keadaan yang begitu mewah ‘disumbat dengan dedak-dedak yang bertaburan’.

            Mungkin Tun Mahathir akan mengambil satu langkah yang drastik dengan membuat persidangan parlimen dibuat secara ‘LIVE’ sebagaimana yang berlaku pada parlimen British atau Amerika Syarikat. Aku rasakan sudah sampai masanya Parlimen Malaysia bertindak sedemikian mendahului persidangan parlimen dari negara-negar lain di Asia. Dengan berbuat demikian memungkinkan kita bergerak selangkah kehadapan untuk memastikan setiap ahli parlimen kita membuat persiapan yang cukup sebelum melangkah ke parlimen untuk berhujah.

            Tidak keterlaluan rasanya jikalau aku katakan bahawa rakyat Malaysia begitu sangsi dengan kemampuan wakil rakyat BN untuk beraksi di parlimen kita disebabkan sudah begitu lama berada di zon selesa. Telah kita perhatikan bahawa seolah-olah peranan ahli parlimen (BN) sebelum ini hanya untuk ‘mengangkat tangan’ meluluskan sesuatu undang-undang. Dan tidak lebih dari itu. Sekiranya diajak berhujah oleh wakil rakyat pembangkang ( pada ketika itu) maka akan kedengaranlah jeritan dan carut mencarut dari pihak BN. Dan kadang-kadang rakyat merasa tidak puas hati dengan kelulusan sesuatu rang undang-undang yang tidak dibahaskan secara ilmiah.

            Mungkinkah keadaan yang sedemikian akan berulang pada persidangan parlimen akan datang. Aku yakin bahawa keadaan sedemikian tidak berulang. Yang pastinya Perdana Menteri akan sentiasa berhujah dan mempertahankan sesuatu tindakan di parlimen dan bukan ‘lari’ dari tanggungjawab sedemikian. Dan sekirannga Saudara Anwar Ibrahim (Insyallah akan terjadi sedemikian) berada di Parlimen, maka tentunya parlimen Malaysia akan menjadi lebih menarik dan berkesan.

            Mampukah wakil Parlimen BN menjadi pembangkang yang berkesan? Sama-sama kita tunggu.

abuhassanadam
12 Mei 2018





2 comments:

  1. Salam untuk semua rakyat Malaysia yang membaca blog ini. Lagak MP BN dlm Parlimen yang sewajarnya dimeluati ialah yg cakap macam samseng, yg menyerang peribadi, yang suka mencarut dan panas baran,Ada yg pernah naik atas meja ajak MP lain bertumbuk! Mengaku Islam tapi cakap macam setan.
    Sda yang gatal sambil membuliu MP wanita

    MP macam ni pun ramai dipilih lagi oleh orang Islam UMNO.

    Setakat saya hidup selama 65 tahun, kini baru saya rasa kagum kepada seorang dua MP, yang kebetulan dulunya dari Pembangkang iaitu YB Rafizi, YB Tony Puah, Mendiang Karpal Seng dan Lim Kit Siang.Mereka berhujjah bukan dgn "kepala lutut" tetapi dgn daya fikiran yang bernas, matang dan ada, fakta . Saya juga belumn ternampak mana mana MP dari PAS yg biadap dalam Parlimen .

    Value buah fikiran MP BN khasnya yg tiada latarbelakang akedemik yang baik boleh di nilai grade C, melainkan yang ada otak@bagus akedemik seperti Rais Yatim, Ku Li, Rafidah

    Melihat kpd wakil dari UMNO nampaknya siapa yg kuat hentak meja, tunjuk baran, itulah dipilih sebagai pemimpin!

    Sedikit luahan hati di atas ini menyebabgkan saya tak ada rasa hormat kpd "puak "seperti itu dan lagi jauh untuki cium tangan mereka!

    Saya lihat juga MP dari PAS yang bisu dalam Parlime tetapi lantang bersyarah di majhlis majlis PAS atau tazkirah! Harap hebat nama bapa!

    Itulah .Kepada saya nilai nilai kurang ajar banyak terdaapat di kalangan MP BN

    MP Pakatan? Mari kita nilai nanti dan kita tolak jika mereka mengamalkan sikap bodoh tak boleh diajar dan cerdik tak boleh diikut!



    ReplyDelete
  2. Setuju. Parlimen tempat untuk buat undang-undang yang terpakai untuk semua rakyat jelata. Sewajarnya suatu perbincangan yang menyerluruh diperlukan sebelum sesuatu akta atau ordinan itu berkuatkuasa.

    ReplyDelete