MENYAMBUT ‘KEMERDEKAAN’ KALI KEDUA
Pada
malam kemerdekaan 31 Ogos 1957, aku dapat merasakan suasana menyambut
kemerdekaan ketika Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimah ‘kemerdekaan’ dan
diikuti penurunana bendera ‘Union Jack’. Pada ketika itu aku tak tahu dan tidak
dapat merasakan apakah yang diertikan dengan kemerdekaan.
British
tidak menekan rakyat Tanah Melayu sebagaimana pemerintah Belanda memperkenalkan
‘Culture System’ di Indonesia dan bagaimana rakyat Filipina ditindas melalui
Sistem Polonya. Tetapi bagi rakyat Tanah Melayu tidaklah ada penindasan yang
sedemikian. Dengan demikian tidak hairanlah jikalau ramai orang Melayu pada
ketika itu tidak begitu mementingkan sangat samada negara ini mencapai
kemerdekaan atau tidak.
Apa
tidaknya. Bagi aku tidak ada apa yang berubah di kampung aku selepas menyambut
kemerdekaan. Bapak aku terus ke sawah sepertimana orang kampung lain juga. Mereka masih lagi mencari rezeki,
kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Ramai kawan-kawan aku yang
tidak pergi sekolah atas berbagai sebab terutamanya berkait dengan masalah
kemiskinan yang dideritai oleh ibu bapa pada ketika itu.
Cuma
yang berubah tentunya pentadbiran negara pada ketika itu. Jikalau sebelum
kemerdekaan, pentadbiran dijalankan oleh pihak British, maka slepas meredeka
telah diserahkan kepada penduduk Tanah Melayu. Cuma yang nampak jelas ialah
tentang Pengetua di sekolah tempat aku belajar. Clifford School Kuala Kangsar.
Sebelum merdeka Pengetuanya ialah Mr Potter yang kemudiannya Mr Bunford. Dan selepas
itu digantikan oleh Mr Karam Singh.
Banyak
lah perubahan-perubahan yang berlaku selepas itu. Yang aku nak kisahkan dalam
coretan kali ini ialah suasana selepas sahaja negara mencapai kemerdekaan. Memang tidak terasa perbezaan
antara sebelum dan selepas merdeka. Malah ramai juga rakyat, terutama yang berada di kampung-kampung merasakan
bahawa seolah-olah mereka tidak memerlukan kemerdekaan dari British. Bagi
mereka tidak banyak bezanya kehidupan mereka samada sebelum atau selepas
kemerdekaan. Ada yang merasakan lebih baik berada dibawah British.
Suasana
di Malaysia pada akhir-akhir ini, sebelum PRU 14 agak berbeza. Kadang-kadang
kita merasa takut dan ‘ngeri’ untuk menghadapi hari-hari muka dengan keadaan
dalam negara. Ada masa dan ketikanya kita merasa amat cemas sekiranya kerjaan
BN terus memerintah negara Malaysia yang tercinta ini. Dan rakyat amat
bersyukur kerana PRU14 telah mengubah segala-galanya. Dan yang penting sekali
telah memberikan satu harapan kepada rakyat Malaysia bahawa masih ada ‘masa
hadapan’ dan peluang rakyat di negara ini untuk menikmati kehidupan seperti
rakyat di negara-negara lain.
Keperitan
hidup yang dilalui oleh rakyat dibawah pemerintahan BN bukan kepalang. Berbagai
kebimbangan telah melanda pemikiran rakyat terutama ‘bergelut’ dengan cukai GST
yang terpaksa dihadapi disamping ‘rompakan’ yang dilakukan melalui IMDB. Rakyat
cukup merasa gusar dengan keadaan sedemikian tetapi malangnya rakyat tidak
dapat melakukan apa-apa disebabkan ‘dikawal’ dengan ketat oleh ‘jentera’ kerajaan.
Tidak pula rakyat negara ini memilih untuk melakukan pemberontakan seperti
setengah negara lain kerana perbuaatan sedemikian belum lagi merupakan budaya
bangsa Malaysia. Mereka hanya menunjuk perasaan sepertimana yang dilakukan oleh
pertubuhan ‘Bersih’. Itu pun tidak dipedulikan oleh pemerintah. Mungkin pada
petika para pemimpin kerajaan mengatakan, ‘ biarkan anjing menyalak gunung’.
Rakyat
hanya mengeluh dan mengeluh mengenangkan nasib yang menimpa. Rakyat hampir
hilang keyakinan untuk terus hidup di bumi bertuah ini. Ramai yang merasakan
bahawa terlalu tipis peluang untuk membetulkan keadaan dalam negara ini. Rakyat
hampir tidak yakin yang pilihanraya boleh mengubah nasib rakyat di negara
disebabkan berbagai tindakan yang dilakukan demi mengawal dan mengongkong
pemikiran rakyat untuk bertindak.
Satu
keadaan yang betul-betul membingungkan rakyat Malaysia ialah penafian yang
dibuat oleh Peguam Negara yang mernagatakan bahawa tidak ada kes yang berkaitan
dengan IMDB sedangkan seluruh dunia sudah ‘berketak’ dan ‘berkokok’ mengatakan
ada yang tidak kena mengenai IMDB. Rakyat marah tetapi ke manalah kemarahan itu
ditujukan. Rakyat menyimpan perasaan yang memberontak tetapi ke manalah hendak
mengadu.
Yang
menyedihkan pula ialah terdapat sekumpulan rakyat yang bersukaria dan
bergembira menikmati berbagai habuan yang disediakan oleh parti pemerintah.
Bagi mereka tidak kelihatan langsung kesusahan yang dialami oleh rakyat. Mereka
dengan senang dapat menikmati hidup tanpa bersusah payah untuk mendapatkannya
berbanding dengan rakyat lain yang terpaksa berhempas pulas untuk
mendapatkannya.
PRU14
bukan sahaja kemenangan kepada Pakatan Harapan tetapi kemenangan itu merangkumi
berbagai segi. Boleh juga dikatakan bahawa PRU14 itu merupaka satu ‘watershed’
yang membahagikan zaman sebelum dan selepas. Pendek kata boleh juga diibaratkan
bahawa kenikmatan yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia kini adalah seperti
menikmati ‘kemerdekaan’ negar bagi kali kedua.
abuhassanadam
4 Jun 2018
No comments:
Post a Comment