SUDAH SEKIAN LAMA PELAJAR DILETAK ‘ DI BAWAH
TEMPURUNG’
Pengumuman
Menteri Pendidikan (atau Menteri Pelajaran!) yang baru, saudara Maszlee Malik
mengenai kebebasan bersuara di pusat pengajian tinggi di Malaysia merupakan
sebagai turunnya setitik embun di tengah –tengah padang pasir yang tandus. Apa
tidaknya. Sudah sekian lama keadaan sebegini dinanti dan ditunggu-tunggu oleh
pelajar kita dan selama menanti dan menunggu itulah seolah-olah para pelajar
kita telah ‘dibawah tempurungkan’.
Aku
sering juga didatangi oleh pelajar-pelajar yang meminta diceritakan tentang
keadaan campus dan kegiatan pelajar pada awal-awal tahun 1970an yang sentiasa
didengar oleh mereka sebagai zaman yang begitu ‘colourful’ sekali dengan
peranan yang dimainkan oleh “Speaker’s Corner’nya. Aku hanya dapat menceritakan
tentang keadaan di University Malaya pada ketika itu yang sentiasa ‘dihidupkan’
dengan keadiran ‘manusia’ yang bernama Anwar Ibrahim.
Mungkin
ada lagi saki baki pemimpin yang ‘bermazhab’ mengatakan bahawa pelajar harus
menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran di university dan melupakan
penglibatan mereka sama ada dalam kegiatan politik atau kegiatan lain. Dan
mengikut pemahaman golongan yang ‘bermazhab’ sebegini, pelajar hanya terlibat
dalam politik setelah mereka lulus dan mendapat ijazah.
Bagi
aku tindakan yang dilakukan oleh Saudara Maszlee ini merupakan langkah tepat
yang perlu dilakukan serta merta. Sekiranya perlu, jangan ‘sesaat’ pun terlewat
dari usaha untuk melaksanakannya. Sudah begitu banyak ‘masa terbuang’ yang
seharusnya dimanfaatkan oleh anak-anak kita yang berada di university.
Seolah-olah kita telah kehilangan ‘satu generasi’ekoran daripada tindakan yang
dilakukan oleh kepimpinan negara yang yang samar-sama hala tuju untuk membawa
anak-anak muda ke mercu kejayaan.
Membiarkan
kebebasan bersuara diamalkan di pusat-pusat pengajian tinggi sebebnarnya
memberikan peluang yang seluas-luasnya kepada anak muda untuk menyuarakan
pendapat dan pandangan disamping mengenal pasti bakat-bakat anak muda yang bakal
menjadi pemimpin negara pada suatu ketika nanti. ‘Speakers Corner’ yang
terletak dihadapan Perpustakaan University Malaya (kini sudah dihilang dan
ditiadakan) sebenarnya menelurkan ramai pemimpin negara. Di situlah mereka mengasah
bakat mereka dalam berpidato dan memberikan ucapan. Di situlah mereka melatih
diri mereka untuk menjadi pemimpin.
Di
situ jugalah sebagai tempat mendapatkan ‘hiburan’mendengar ucapan-ucapan dari
para pemimpin pelajar yang ramai diantaranya menjadi pemimpin peringkat kebangsaan,
negeri dan daerah misalnya. Semacam kewujudan ‘Speakers Corner’ itu sebagai
satu kemestian bagi melahirkan pemimpin pada akan datang.
Dulu,
Minggu Orientasi pelajar (yang merupakan program menyambut kedatangan pelajar
baru) diisi dengan berbagai forum dan ceramah yang diadakan. Para penceramah
terdiri mereka yang mahir dalam lapangan-lapangan tertentu dengan tidak mengira
anutan fahaman politik mereka. Di situlah pelajar-pelajar baru dapat mengenali
apa sebenarnya bentuk pelajaran yang mereka akan perolhi. Melalui forum dan
debat itu juga para pelajar telah didedahkan dengan ‘pedoman’, ke arah
persiapan untuk menjadikan diri mereka sebagai seorang pelajar di pusat pengajian
tinggi. Di dedahkan juga bahawa mereka bukan lagi penuntut sekolah menengah tetapi
berada disebuah kampus untuk menimba berbagai ilmu.
Kesimpulannya
sekiranya diadakan forum dan bahas dan dihidupkan semula tradisi lama di
university-university tempatan (khususnya di University Malaya), aku yakin dan
peracaya, majlis yang sedemikian bukan sahaja dihadiri oleh para pelajar di
university berkenaan, tetapi akan dikunjungi juga oleh ‘orang lama’ yang amat
merindui suasana sedemikian. Jangan dilengahkan lagi.
abuhassanadam
10 Jun 2018
No comments:
Post a Comment