Friday, May 11, 2018

MENYAMBUT ‘KEHADIRAN’ TUN M KALI KEDUA

            Masih teringat dan terbayang dibenak aku. Tahun 1981. Ketika itu aku berada disebuah kedai buku di Manila Filipina. Seorang rakan kursus aku ketika itu (Ikhsan namanya dari Indonesia) menunjukkan kepada aku sebuah majalah antarabangsa yang muka hadapan nya memaparkan gambar Dr. Mahathir Mohamed. Ikhsan menunjukkan gambar itu  kepada aku sambila mengatakan, ‘The world is watching this man, Abu’.

            Aku tidak berkata apa-apa sebab pada ketika itu Dr. Mahathir baru saja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Dan dari berita-berita yang aku terima di Manila menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sedang mengalu-alukan kehadiran Dr. Mahathir sebagai pemimpin Malaysia yang baru.

            Tidak sabar rasanya aku mahu pulang ke Malaysia ketika itu walaupun kursus aku di Manila baru saja bermula. Tidak sabar rasanya aku menunggu agak lama di sana sedangkan rakyat Malaysia sedang bergembira, menikmati suasana menyambut ‘kelahiran’ pemimpin yang akan meletakkan nama Malaysia di persada antarabangsa suatu ketika selepas itu. Aku memang tidak sabar.

            Kependekan ‘cerita’ setelah aku kembali ke Malaysia, bermula jugalah ‘kehidupan’ baru bagi aku. Seolah-olah aku mendapat inspirasi dari ‘penjelmaan’ Dr. Mahathir. Bermulalah aku ‘bermain’ dengan pena menghasilkan makalah-makalah yang berkisar tentang dasar dan perjuangan Dr. Mahathir. Sepanjang lebih kurang lapan belas tahun
( dari 1981 sehingga 1998), hampir setiap hari kebanyakan masa aku digunakan untuk menghasilkan makalah-makalah yang berbentuk ke arah membina negara.

            Bermula dari dasar ‘memutar jarum jam kebelakang’, dasar ‘Pandang Ke Timur’, ‘Buy British last’ dan lain-lain, apa saja dasar yang dikemukakan oleh Dr. Mahathir pastinya aku ulas. Tak kiralah samada ulasan itu bermutu atau tidak. Yang pastinya aku mahu ‘sama-sama membangunkan negara’ bersama Dr. Mahathir. Dan kebanyakan artikel aku tersiar dalam Berita Harian/Berita Minggu, Mingguan Malaysia. Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya turut juga memuatkan artikel yang  aku tulis.

            Semangat untuk terus menulis ‘membina negara’ terus diperhangatkan apabila Saudara Anwar Ibrahim dipelawa dan diterima masuk dalam Kabinet Malaysia oleh Dr. Mahathir. Kegiatan penulisan terus menerus terangsang, apatah lagi apabila mengenangkan hasrat dan harapan yang membara, tersemai dari kehidupan yang dilalui ketika berada di University Malaya pada awal tahun-tahun 1970an.

             Pada ketika itulah anak muda dari kampung yang berkesempatan ke menara gading telah disemaikan dengan hasrat untuk membantu membangunkan anak bangsa ( terutama yang berada di luar bandar) yang masih ketinggalan. Moto perjuangannya pada ketika itu adalah memperjuangkan ‘the conscience of the majority’. Dan apabila menamatkan pengajian dan bertugas, maka segala hasrat dan cita-cita itu hendak direalisasikan. Maka ‘menggilalah’ kegiatan anak muda yang ingin memperjuangkan kemajuan bangsa dan negara.

            Kata P. Ramlee, ‘ ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’. Peritiwa 1998 yang menimpa Saudara Anwar Ibrahim betul-betul ‘mengguris’ perasaan para pejuang 70an.  Seolah-olah seperti peristiwa ‘orang Laut’ yang meletakkan senjata apabila didapati bahawa Sultan Johor yang dilatik bukan dari keturunan Bukit Seguntang sebagaiama yang terdapat dalam Sejarah Kesultanan Johor.

            Kini rupanya betul juga peribahasa Inggeris yang mengatakan bahawa ‘ every cloud has a silver lining’. Muncul juga rupanya suasana sepertimana yang harapan sepertimana pada tahun 1981 dahulu. Dr. Mahathir muncul kembali menerajui negara bagi kali kedua. Dan selepas ini akan disusuli pula oleh Saudara Anwar Ibrahim.

            Kita berdoa agar mereka ‘menyudahkan’ apa yang belum selesai. Semangat aku juga masih membara untuk membangunkan negara tetapi apakah mungkin dapat dialaksanakan dalam suasana yang ‘diserang’ usia.

abuhassanadam
10 Mai 2018

            

2 comments:

  1. Alhmdulillah pd umur sy yg ke 52 dpt mlihat di depan mata sndiri prubahan yg berlaku ini. Ini akan mnjadi kenangan paling bersejarah utk di kenang bahkan utk diceritakan pd cucu2 nanti. T kasih tuan atas tulisan tuan yg penuh santun tp mmpunyai maksud yg mendalam. Ssunggunhnya tuan juga telah menyumbang kepada agenda perubahan ini.. Teruskan menulis tuan.

    ReplyDelete
  2. rindu update dari blog ni....akhirnya tiba..terima kasih..semoga ada lagi ulasan dari tuan...amin

    ReplyDelete