APAKAH DAP YANG MENYEBABKAN ORANG
MELAYU MUNDUR?
Tak
habis-habis kutukan mereka kepada DAP. Yang dimaksudkan dengan ‘mereka’ ialah
segelintir golongan pemimpin di Malaysia yang seringkali meletakkan kesalahan
kepada DAP yang menyebabkan orang Melayu mundur. Sikit-sikit DAP. Seolah-olah
tidak ada langsung kebaikan yang ditonjolkan oleh DAP demi kepentingan orang
Melayu.
Terus
terang aku katakan bahawa yang dimaksudkan oleh mereka itu adalah kaum Cina
atau orang Cina. Dengan perkataan lain mereka memarahi orang Cina. Dan demi
kepentingan politik golongan tertentu maka sasaran mereka adalah orang Cina
yang kononnya menyebabkan orang Melayu mundur sebegini.
Timbul
pula persoalan. Betulkah orang Melayu masih mundur. Jawapnya BETUL jika
dibandingkan dengan pencapaian kaum-kaum lain di Malaysia. Orang Melayu tetap
terkebelakang. Namun sekiranya dibandingkan orang Melayu pada zaman sebelum
merdeka, sememangnya orang Melayu sudah begitu maju sekali. Yang kita mahukan
ialah kemajuan orang Melayu yang selari dan seiring dengan perkembangan zaman.
Awal
Kurun ke 21 orang Melayu masih merintih. Tahun 2019 orang Melayu masih
meminta-minta, masih mengemis. Bak kata Aminuddin Baki pada suatu ketika dahulu
bahawa orang Melayu masih seperti ayam yang mati di kepuk padi dan itik
kehausan di air tenang. Aminuddin Baki melafazkan kata-kata ini pada
tahun-tahun 1950an dan pada ketika itu beliau menggambarkan tentang keadaan
orang Melayu pada ketika itu. Rupa-rupanya orang Melayu masih dalam keadaan
yang hampir serupa pada awal Kurun ke 21.
Kononnya
yang menyebabkan orang Melayu mundur adalah disebabkan oleh DAP. Sehingga kini
masih lagi ‘didendangkan lagu-lagu’ sedemikian. Dan yang malangnya masih ramai
lagi rakyat Malaysia berbangsa Melayu percaya dengan kata-kata sedemikian.
Mereka masih terus menerus menyalahkan DAP.
Tidak
pula aku mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh DAP itu semuanya betul.
Begitu juga tidak pula aku mengatakan apa yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan
Harapan kini semuanya betul belaka. Serupa jugalah yang aku tidak meletakkan
kesalahan kepada Barisan Nasional yang menyebabkan orang Melayu mundur. Tetapi
yang anihnya segelintir pemimpin Melayu (pembangkang)
yang terus menerus meletakkan kesalahan kepada DAP. Dan ramai pula pengikut
yang terus menerus membabi buta menerima kenyataan sedemikian dan menyokongnya.
Maknanya bagi mereka yang menyebabkan orang Melayu masih mundur adalah
disebabkan oleh orang Cina (DAP).
Kekalahan
Barisan Nasional dalam PRU14 yang lalu seharusnya membuka mata seluruh orang
Melayu. Orang Melayu harus sedar bahawa kerajaan BN yang dipimpin oleh
sebahagian besar orang Melayu tidak dapat memajukan orang Melayu semenjak 60
tahun yang lampau. Ibarat kata Usman Awang, ‘ perahu sudah di air dan pengayuh
berada ditangan – kayuhlah…”Sepatutnya pemimpin Melayu sudah cukup matang untuk
memikirkan demi memajukan orang Melayu selama 60 tahun itu. Kuasa sudah berada
di tangan.
Apakah
ada halangan-halangan yang ditimbulkan oleh kaum Cina yang menyebabkan orang
Melayu tidak maju. Apakah orang Cina yang menjadi batu penghalang kepada
kemajuan orang Melayu? Orang Cina seolah-olah membenarkan apa sahaja rancangan
kerajaan yang bertujuan untuk memajukan orang Melayu. Beberapa rancangan lima
tahun kerajaan tetap disokong oleh orang Cina walaupun jelas menampakkan rancangan
kerajaan itu menguntungkan orang Melayu. Dasar Ekonomi Baru misalnya tetap
berusaha untuk memajukan orang Melayu dan disokong oleh orang Cina. Tamat
tempohnya pada tahun 1990. Namun disambung lagi demi untuk terus menerus
memajukan orang Melayu.
‘Tenggelam’nya
Barisan Nasional pada PRU 14 membawa bersamanya ‘menenggelamkan’ beberapa
pemimpin Melayu yang menggunakan mandat yang diberi untuk mengkayakan diri dan
keluarga masing dan semacam tidak terlintas di hati perut mereka untuk
memajukan orang Melayu. Yang tersenarai oleh SPRM hampir tidak kelihatan nama
pemimpin Cina. Ada tetapi tidak seramai pemimpin Melayu.
Orang
Melayu sudah hampir ‘tenggelam’ dalam arus kehidupan di bumi ini. Orang Melayu
sememangnya amat ketinggalan berbanding dnegan kaum lain terutamanya orang Cina.
Malah jikalau dibandingkan dengan orang India pun, orang Melayu masih
ketinggalan. Sudah sampailah masanya orang Melayu (termasuk penulis sendiri)
tidak menyalahkan orang lain yang menyebabkan orang Melayu mundur. Sudahlah
sikap menyalahkan orang lain. Hentikanlah menuding jari yang satu ke arah lain
sedangkan empat jari lagi menuding ke diri sendiri.
abuhassanadam
3 Ogos 2019
Syabas kami mengucapkan kepada penulis untuk menegakkan keadilan dan kenyataan[reality] yang benar. Ada sedikit bayangan perangkaan gambar yang tidak berapa mencerminkan realiti bersabit Malaysian Indian Poverty level-berasakan : https://www.malaymail.com/news/malaysia/2015/05/15/yps-40pc-of-indians-in-malaysia-still-at-bottom-rung-of-the-income-ladder/897033
ReplyDeleteQuote, "A substantial 40 per cent of the 2.6 million Indians in the country is said to be languishing at the bottom rung of the income ladder, according to Yayasan Pemulihan Social (YPS), the MIC’s social welfare arm. " Realitinya: Quote, " It noted that the top 20 per cent and middle 40 per cent of Indians were able to access assistance, improve their income levels and raise their quality of life on their own by “plugging into the system” (either the public or private sectors) and, thus, were able to attain upward social mobility. "