BIAR TUN M DAN DS ANWAR SELESAIKAN – ORANG LAIN JANGAN CAMPUR
Mengapa ada pula
pihak yang ‘kacau daun’ memandai-mandai beri cadangan agar pentadbiran Tun
Mahathir sebagai Perdana Menteri dilanjutkan sehingga habis penggal. Dan yang
anihnya Presiden PAS dan beberapa orang pemimpinnya turut juga memberikan
cadangan walaupun sebarang cadangan tidak diminta dan mungkin juga tidak
diperlukan. Dan yang peliknya sanggup pula pemimpin-pemimpin PAS ini sanggup
mencampuri ‘urusan rumah tangga orang lain’.
Tidak mungkin Tun
Mahathir yang merestui agar golongan ‘pengampu’ini memberikan cadangan dan
saranan sedemikian. Tidak mungkin seorang negarawan ulung memberikan cadangan
sedemikian yang lebih merupakan ‘mainan anak-anak berhingus’. Tentu sekali
bukan Tun M yang bersikap demikian memandangkan kredibility Tun M yang
sedemikian. Ataupun mungkin ada ‘suara ghaib’ dar golongan yang berkepentingan yang
membisikkan ke telinga para ‘pengampu’ ini agar menyuarakan supaya pentadbiran
Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dilanjutkan sehingga ‘selesai’
Kenyataan YB Saudara
Saifuddin Nasution selaku selaku Setiausaha PKR amat tepat sekali.“There is no use of
talking repeatedly about the matter that has been agreed upon long before the
last general election. It won’t have a good effect on the people’
Dah
putus lama dah isu berkenaan. Takkan lah Tun Mahathir tak menghormati keputusan
yang telah dibuat oleh Jemaah tertinggi Pakatan Harapan. Sebagai pemimpin agung
tentulah Tun Mahathir tidak akan ‘mungkir janji’dan mengabaikan ketetapan yang
dibuat dalam majlis tertinggi Pakatan Harapan itu. Lagi pun rakyat sudah
diberitahu dan sentiasa ‘didendangkan’ yang Saudara Anwar akan mengambil alih
jawatan berkenaan selepas dua tahun. Jelas.
Tetapi
soalnya mengapa masih ada lagi suara-suara sumbang yang seolah-olah
mempersoalkan keputusan majlis tertinggi Pakatan Harapan itu. Dan harus juga
disedari bahawa kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 yang lalu bukan sahaja
kerana kepimpinan Tun M tetapi adanya persetujuan melantik Saudara Anwar
Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 8. Dengan sebab itulah Tun M bersungguh
benar dan sanggup ‘mencemar’ diri berjumpa dengan Saudara Anwar di penjara
untuk mendapat sokongan beliau. Itu bermakna baahwa rakyat bersetuju dengan
persetujuan yang telah dilakukan tentang penyerahan tugas Perdana Menteri
kepada Saudara Anwar sebagai Perdana Menteri ke8. Ini juga bermakna bahawa
sokongan yang diberikan oleh rakyat pada PRU14 adalah juga merupakan sokongan
kepada Saudara Anwar Ibrahim. Pasti rakyat akan ‘berkecil hati’ dan sedih pilu
sekiranya Tun Mahathir tidak memenuhi janji yang dibuat.
Rakyat
mula memandang serong terhadap suara-suara sumbang yang meminta agar
perkhidmatan Perdana Menteri dilanjutkan. Apakah agenda tersembunyi yang
‘memberanikan’ golongan ini untuk menentang keputusan yang telah dibuat oleh
majlis tertinggi Pakatan Harapan. Apakah kuasa yang ada pada mereka yang
sanggup meminta agar pentadbiran Tun Mahathir dilanjutkan. Apakah tindakan
mereka itu boleh dianggap sebagai ‘hidung tak mancung tetapi pipi yang
tersorong-sorong’
Ada
yang berpendapat bahawa bagi mereka yang mengemukakan cadangan sedemikian
adalah seperti menentang kehendak rakyat sebagaimana yang digambarkan dalam
PRU14. Kesannya amat buruk. Mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRU14
mungkin ‘ditarik balik’ pada PRU15. Mungkin tidak mudah untuk melakukannya
namun rakyat mampu melakukannya apatah lagi dengan ‘kuasa’ yang ada pada sosial
media kini.
Rakyat
mula memandang serong terhadap golongan atau pemimpin yang menyuarakan hasrat
agar Tun pentadbiran M dilanjutkan. Perlu disedari juga bahawa rakyat terbanyak
tidak pula menyuruh pentadbiran Tun M dipendekkan. Tidak timbul suara-suara
sedemikian. Mungkin golongan ini lebih beradab dalam menyuarakan sesuatu
pendapat berbanding dengan kumpulan tertentu yang tanpa segan silu meminta Tun
M melanjutkan pentadbiran. Walaupun tidak dinyatakan penafian terhadap
pengganti, namun ‘sekilas ikan di air sudah diketahui jantan betinannya’.
Maknanya golongan ini amat risau dan bimbang sekiranya DS Anwar Ibrahim menjadi
Perdana Menteri kelapan kelak.
Tidak
siapa yang dapat menafikan ketentuan Allah.
abuhassanadam
5 August 2019
No comments:
Post a Comment