MALAYSIA BELUM BERUBAH
Negara Malaysia
semenjak selesainya PRU14 nampaknya semacam tidak banyak berubah. Perubahan
yang agak ketara ialah ‘runtuh’nya pentadbiran Barisan Nasional dan gugurnya DS
Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia disamping keguguran
pemimpin-pemimpin UMNO yang didakwa sebagai korup dan tidak bertanggung jawab.
Selain itu tidak nampak sebarang perubahan besar sebagaimana yang telah
dijanjikan dalam kempen PRU14 dulu.
Pentadbiran negara
seolah-olah hanya bertukar daripada pentadbiran BN kepada pentadbiran Pakatan
Harapan. Semacam tidak nampak perubahan yang besar sama ada yang sedang
berjalan ataupun yang sedang direncamankan. Hanya perubahan dari BN kepada
PH. Jikalau sebelumnya para menterinya adalah
dari BN, kini para menterinya dipilih dari kalangan parti komponen Pakatan
Harapan. Apatah lagi Perdana Menterinya masih lagi Tun Dr. Mahathir Mohamed,
bekas pemimpin UMNO yang juga bekas peneraju BN beberapa tahun yang lampau.
Rakyat sebenarnya
menunggu perubahan yang akan dilakukan oleh kepimpinan baru. Dari sebulan ke
sebulan ada menteri yang kelihatan masih ‘merayakan’ ‘bulan madu’ yang semacam
tidak mempedulikan apa yang harus dilakukan untuk kemajuan rakyat. Ada pula
menteri yang begitu ghairah dengan dasar-dasar baru yang tidak tentu arah
hendak dituju. Ada pula menteri yang menunjuk pandai dengan dasar-dasar yang
boleh ditertawakan oleh masyarakat dunia
dengan dasar yang dikemukakannya.
Jikalau ditanyakan
apakah pembaharuan yang telah dilakukan oleh pentadbiran baru Pakatan Rakyat.
Kejayaan yang boleh ‘dibanggakan’ oleh kepimpinan baru ialah mendakwa DS Najib
yang berhubung kait dengan IMDB disamping mendakwa beberapa pemimpin lain yang
mengsonglap wang negara demi kepentingan peribadi dan keluarga mereka. Selain
dari itu agak sukar untuk mengenalpasti apakah sumbangan yang telah dilakukan
oleh menteri-menteri Pakatan Harapan.
Ada kelihatan
Menteri-menteri Pakatan Harapan yang seolah terpinga-pinga untuk melaksanakan
tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Mereka menunjuk pandai dengan
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang nampaknya hebat berkaitan dengan
kementerian yang mereka bertanggungjawab, tetapi belum nampak kesan yang
positif. Mereka lupa bahwa sudah lebih setahun mereka menjawat jawatan yang
mereka pikul tetapi mereka tidak melakukan apa yang diharapkan oleh rakyat.
Aku tertarik dengan
kenyataan Peter F. Drucker dalam bukunya, ‘Managing For The Future’ apabila
beliau menyentuh sedikit sebanyak mengenai pendidikan pada masa hadapan. Katanya,
‘The right kind of education is a new form of security. However our schools
have yet to accept the fact that in the ‘knowledge society’ the majority of
people make their living as employees. They work in an organization in which
they have to be effective…the ‘knowledge society’ is a society of large
organizations – government and businessthat necessarily operate on the flow of
information…The ‘educated person’ ought to be the new archetype of the
post-business socirty’
Manifesto Pakatan
Harapan pastinya menjanjikan satu harapan baru dalam merangka dan menerajui
pendidikan negara ke arah sesuatu yang gemilang. Bidang pendidikan harus
dijadikan landasan bagi melonjakkan kemajuan dan pembangunan negara dalam
bidang-bidang lain, khususnya dalam lapangan ekonomi.
Dari segi ekonomi
pula, Peter Drucker ada menyatakan dalam bukunya yang sama bahawa, ‘For 60
years, mainstream economic policy in the West was based on the ideas of John
Maynard Keynes. Now the assumption of his concept are obselete. Keynes could
not see the shape of the global economy which would undercut his
theories…indeed before he died, Keynes admitted his theory of the economy could
no longer work. But it was too late’.
Tentulah sudah sampai
ketikanya para menteri Pakatan Harapan mengorak langkah (sepatutnya sudah lama
mengorak langkah) untuk membuktikan kepada rakyat tentang kemampuan
masing-masing dalam mengangkat martabat bangsa Malaysia ke tahap yang lebih
tinggi dalam bidang-bidang tertentu. Dari segi perkembangan pendidikan misalnya
menteri yang bertanggungjawab seharusnya merenung jauh akan kesan dasar
pendidikan yang diperkenalkannya demi membawa bangsa Malaysia ke suatu era yang
dibanggakan.
Begitu juga dengan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar seolah-olah belum nampak sesuatu yang konkrit
yang dilakukan demi memajukan penduduk luar bandar. Mungkin telah ada. Mungkin!.
Namun apa yang diperlukan ialah sesuatu dasar yang innovative yang jauh lebih
constructive berbanding dengan apa yang pernah dilakukan dibawah naungan
Barisan Nasional yang terdahulu.
Terdapat juga dasar
yang terlampau innovative yang cuba diketengahkan sehinggakan tidak terjangkau
oleh pemikiran rakyat Malaysia tentang rancangannya. Melaksanakan kereta
terbang misalnya. Rakyat Malaysia tentunya terpinga-pinga untuk memahami dasar
dan inovasi yang cuba dilaksanakan. Walau bagaimanapun rakyat terus
mengharapkan agar hasrat sedemikian tercapai. Sekurang-kurangnya ada
angan-angan walaupun kadang-kadang semacam angan-angan Mat Jenin!
abuhassanadam
4 Ogos 2019
Jarang sekali comment, tapi terpanggil kerna geram melihat situasi negara hari ini. This is my point of view, as a minister; if any of them failed to carry out their task or responsbilities which will effetively giving an negative impact toward the people, as well as the nation generally...they must to remove regardless of any excuse or alibi. Today, after over a years; obviously there's several of our minister failed to executed their task of assignment, not only that; some of them even stirred up disaster that trouble tbe nation...I suggested a dismissal of minister of education & minister of economic due to their disqualified of their post, MB of Selangor & Zuraida as well. All of them only good in talking but nothing has been done, action speak louder than words. Tq
ReplyDelete