ANWAR IBRAHIM MEMBENTERAS PENYELEWENGAN YANG BERTERUSAN
Persoalan penyelwengan nampaknya tidak pernah selesai. Kini kisah IMDB terus menerus menghantui pemikiran rakayat Malaysia yang dicetuskan oleh kepimpinan negara yang bukan calang-calang orang. Mungkin boleh dapat diredakan sekiranya pemimpin negara ( pemimpin dalam erti kata yang sebenarnya) mengambil sesuatu tindakan tegas.Tindakan bersepadu seluruh pemimpin ( kerajaan dan pembangkang) yang sedar tanggungjawab terhadap bangsa dan negara.
Pepatah Melayu ada mengatakan, kalua tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Dalam hal IMDB bukan sahaja angin sepoi-sepoi Bahasa yang menyebabkan terlintuk dan terliuknya daun kelapa ditepi pantai Terengganu, tetapi rebut dan taufan dari Amerika sendiri yang membawa berita menggemparkan itu. Anwar Ibrahim menyinga di parlimen. Entah berapa kali sudah beliau ‘naik minyak’ mengenangkan kisah rasuah yang tidak menampakkan bila ‘padamnya’ isu berkenaan. Dalam hal sebegini seolah-olah menampakkan hanya segelintir ahli parlimen yang bersungguh-sungguh untuk membenteras penyelwengan sedemikian.
Malaysia sudah ada pengalaman dikejutkan dengan penyelwengan kewangan. Maknanya Malaysia sudah melalui peristiwa perit sedemikian. Rakyat mengharapkan agar pisang tidak akan berbuah dua kali. Diharapkann tidak akan berulang peristiwa seperti skandal Bank Rakyat dan Bumipuetra Finance (BMF). Masyarakat Melayu khususnya sudah begitu perit dengan peristiwa beberapa skandal kewangan yang hampir meruntuhkan keyakinan masyarakat terhadap agensi-agensi kerajaan yang diasaskan oleh orang Melayu. Kesannya terhakislah keyakinan orang Melayu terhdap yang ditubuhkan oleh bangsanya sendiri.
Mujurlah anggapan sedemikian belum meluas atau pun sudah cukup meluas! Mujurlah ada sedikit demi sedikit rekod kejayaan anak-anak Melayu dapat mengikis perasangka sedemikian. Apakah keyakinan positif ini akan terus mekar? Ini yang membimbangkan Saudara Anwar Ibrahim. Sebagai ketua pembangkang beliau akan terus menerus menentang dan membenteras perbuatan yang amat jijik ini. Mungkin bagi beliau kedudukan keyakinan bangsa Melayu sudah sampai ke peringkat yang amat membimbangkann dengan berleluasanya IMDB. Tambahan pula ramai para pemimpin dari pihak kerajaan seolah-olah bersekongkol dengan kegiatan penyelewengan IMDB itu.
Ketika mennyandang jawatan Menteri Kewangan Malaysia Anwar Ibrahim dengan bersungguh-sungguh berusaha untuk memerangi sebarang penyelwengan yang berlaku. Katanya,
“Saya akan berhadapan dan menceritakan hal seumpama itu
pada orang ramai khususnya ahli UMNO dan berharap mendapat
sokongan mereka. Jika usaha saya membenteras penyelewengan
dan pembaziran tidak mendapat sokongan saya rela meletakkan
jawatan. Jika usaha itu diterima, serahkan saja pada orang yang
hendak mengikut cara lama yang pernah mereka amalkan.
Hanya melalui kebenaran sahaja satu cabaran baru dan wawasan
yang diimpikan akan terlaksana sepenuhnya”
(Berita Harian 12 Oktober 1991)
Persoalan penyelewengan nampaknya tidak pernah selesai. Mungkin boleh dapat direda atau dikurangkan sekiranya ‘orang UMNO’ mengambil tindakan tegas mahu menghapuskan penyelewengan dan rasuah dalam ertikata yang sebenarnya. Telah dikatakan bahawa amalan rasuah di Malaysia sudah semacam ‘berakar dan berumbi’ dan tentunya amat sukar untuk dicabut. Tentunya memerlukan satu tindakan bersepadu para pemimpin kerajaan dan pembangkang yang sedar tentang tanggungjawab terhadap bangsa dan negara.
PRN Johor akan menjadi kaya pengkurnya kesediaan para pengundi di sana menentang penyelwengan khususnya yang berkaitan dengan IMDB. Sekiranya isu IMDB masih bermaharajalea di PRN Johor dan membawa kemenangan kepada Barisan Nasional bermakna persoalan penyelwengan akan terus menghantui negara dan bangsa kita Malaysia yang tercinta.
Abuhassanadam
3 Mac 2022
ASSALAMUALAIKUM CIK GU. SAYA MOHD RUSDI BIN MOHD BASRI ANAK MURID CIK GU BATCH 76-77 SMK BUKIT MERCHU. SAYA MEMERLUKAN NO KONTEK CIK GU. NO HP SAYA 018 9405868. TERIMA KASIH
ReplyDelete