Thursday, October 19, 2023

 

ANTARA AHLI PARLIMEN DAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH:

GOLONGAN MANA YANG PATUT DICONTOHI?

Mungkin senang jawapan yang perlu diberikan sekiranya ketidakpedulian kita dalam hal ini diketepikan. Sekiranya rakyat Malaysia memandang enteng terhadap hal sebegini. Sekiranya kita merasakan bahawa keadaan atau isu sebegini tidak perlu diperbesarkan.

Bagi aku tidak begitu. Mungkin aku yang silap mengenengahkan perkara kecil (bagi setengah pihak) dan tentulah banyak isu-isu lain yang perlu difikir dan di perdebatkan. Sebenarnya sudah lama aku perhatikan hal sebegini berlaku dan tidak ada langsung yang cuba mempertikaikan keadaan yang wujud. Ada disentuh tentang keadaan ahli parlimen yang tidak sepatutnya bersikap sedemikian dan sepatutnya dan lebih bersopan ketika berada di dewan yang maha mulia itu.

Sebagai seorang guru (aku masih merasakan bahawa aku masih lagi seorang guru walaupun sudah dua puluh tahun bertaraf guru pencen) aku merasakan tidak begitu senang jika dibandingkan sikap seorang wakil rakyat di parlimen dengan pelajar di sekolah menengah yang terlibat dalam upacara perbahasan. Masih aku ingat lagi tentang suasana disekolah ( bukan di university dan kolej) ketika mana para pelajar bersiap siaga untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. 

Para guru tentunya mempersiapkan anak muridnya dengan fakta-fakta penting sebelum muridnya terlibat dalam perbahasan yang dianggap sangat penting bagi mereka apatah lagi sekiranya perbahasan itu diadakan di peringkat nasional yang mana yang mengambil bahagian terdiri dari pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh. Tentulah lebih hebat lagi persiapan.

Jikalau dibandingkan dengan perbahasan di parlimen oleh wakil rakyat dengan persembahan pelajar-pelajar sekolah menengah tentulah seperti 'jauh panggang dari api. Tidak akan kelihatan para pelajar yang terlibat dalam perbahasan terpekik dan terlolong sepertimana yang dapat diperhatikan dalam perbahasan di parlimen. Para wakil rakyat ( tidak semua ) seolah-olah mahu menunjukkan kejaguhan dalam menyampaikan hujjah agar dapat diperhatikan oleh rakyat Malaysia untuk menunjukkan yang mereka sedang 'bertugas' di parlimen.

Bandingkan sajalahn'tingkah laku' seorang wakil rakyat yang datang ke parlimen hanya sekadar untuk memanaskan kerusi parlimen yang diwakilinya.Rakyat faham bahawa kebanyakan mereka tidak melakukan 'persiapan' yang sepatutnya ketika hadir di parlimen. Dengan sebab itulah mereka sering 'mempamerkan' yang mereka sedang buat 'kerja' dengan menunjukkan kebolehan mereka dengan cara terjerit dan terlolong.

Yang anihnya anak murid di sekolah menengah tidak bersikap sedemikian rupa ketika terlibat dalam perbahasan. Penuh sopan dan sentiasa diawasi oleh para guru.Dan tentulah timbul persoalan yang bermain di kepala kita ia itu mengapa begitu sikap yang perlu ditunjukkan oleh para wakil rakyat kita di parlimen. Apakah para pemimpin kita tidak merasa malu walau sedikitpun kepada pelajar-pelajara di sekolah mennegah yang memerhatikan gelagat mereka.

Persoalannya: Golongan mana yang patut dicontohi: pelajar sekolah menengah atau wakil rakyat di parlimen?

abuhassanadam

20 Oktober 2023

Monday, October 16, 2023

 


MAS KAHWINNYA 'ENAM PULUH-DUA TENGAH TIGA'

Aku tak tahu samada masih lagi terpakai  'Enam Puluh Dua Tengah Tiga' ini sebagai mas kahwin di Perak khususnya di kawasan Padang Rengas. Seingat aku, itulah kenyataan yang perlu diucapkan oleh seseorang ketika menghadiri akad nikah  di kawasan ini. Mesti ikut cara sedemikian.

Tuan Kadhi akan memegang (bersalam) tangan pengantin dan memanggil namanya. Setelah si pengantin menjawab maka Tok Kadhi akan memulakan akad nikah dengan mengatakan, ' Aku nikah akan dikau dengan ( nama pengantin perempuan)  dengan mas kahwinya sebanyak 'enam puluh dua tengah tiga' yang kemudian tok Kadhi akan 'menghenjut' tangan si pengantin. Si pengantin pula akan 'response' sepontan dengan jawaban ,' Aku terima nikahnya (nama pengantin perempuan) dengan Mas kahwin sebanayak enam puluh dua tengah tiga'.

Yang 'memeningkan' kepala bakal pengantin pada ketika itu, terutama yang akan melalui istiadat pernikahan ialah maksud 'enam puluh dua tengah tiga' itu. Rupa-rupanya adalah ' enam puluh dua ringgit lima puluh sen' . 'Tengah tiga' itu maknanya 'dua ringgit lima puluh sen'. Maknanya tidak sampai tiga ringgit. Hanya dua ringgit lima puluh sen'. Mengapa 'tak dicukupkan tiga ringgit? Mungkin untuk mengkaji hal sedemikian perlulah dikaji zaman Sultan Alang Iskandar yang menjadi Sultan Perak pada suatu ketika dulu. Mungkin pada zaman itulah keadaan sedemikian berlaku.

Menghadhiri majlis pernikahan tahun 60an ( yang aku pernah lalui sebagai 'pengapit) dan tahun-tahun sebelumnya adalah suatu 'penyiksaan'. Keadaan pada zaman itu merupakan satu keadaan yang agak berbeza dengan zaman ini. Istiadat pernikahan yang sepatutnya boleh dilakukan hanya dalam masa beberapa minit sahaja kadang-kadang mengambil masa begitu lama. Berjam-jam. Kadang-kadang sampai pada keadaan terpaksa ditangguhkan majlis akad nikah berkenaan disebabkan tidak sempurna jawapan si pengantin tentang lafaz nikah. Ada yang terpaksa dimandikan terlebih dahulu sebelum dimulakan 'akad' seterusnya. Itu berlaku dan bukan satu jenaka.

Keadaan sedemikian bukan merupakan keadaan yang luar biasa. Pernah berlaku kepada seorang rakan aku yang kurang bernasib baik yang mana beliau dilahirkan 'gagap'. Beliau dipaksa juga melafazkan akad nikah itu dengan sempurna tanpa memikirkan kelemahan asal yang ada pada dirinya. Dan tidak pula 'ditegur' oleh orang kebanyakan (orang kampung) tentang perangai Tok Kadhi yang tidak berperi kemanusiaan itu. Walaupun akhirnya 'dilepaskan' namun pihak si pengantin sudah merasa amat malu dengan keadaan sedemikian.

Walaupun dengan cara bergurau dan 'direstui' oleh orang kampung sikap setengah Tok Kadhi dengan sikapnya yang suka 'membuli' pengantin di istiadat pernikahan, namun keadaan sebegini harus dihentikan. Dan tentulah diucapkan syabas dan tahniah kepada Dato Dr. Asri Zainal Abidin, Mufti Negeri Perlis yang berani 'memerangi' keadaan yang sudah tidak berapa sesuai dengan keadaan zaman ini.

Diharapkan keadaan sebegini sudah tidak wujud lagi di kampung-kampung sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman suatu ketika dahulu.

abuhassanadam

17 Oktober 2023


Saturday, October 14, 2023

 

KEADAAN PEMBANGKANG

SEPERTI ANJING MENYALAK BUKIT

Biar dikekalkan kenyataan DS Anwar  dalam bentuk asalnya sebagaimana dinyatakan dalam Malaysiakini 13 Oktober 2023. Katanya,

"I urge everyone to return to constructive politics, embrace togetherness to rebuild this country... We are in a strategic position to be an economic leader in Asia that we've always dreamed of.I urge everyone to prioritise the future of the country. Unity should be based on courtesy and mutual respect, which will ensure national stability.After six decades of independence, now it is time for us to right the wrongs to ensure that every rakyat will value happiness and peace in this country without feeling left out.

Ringkasnya dapat dimengerti harapan Perdana Menteri PMX adalah:

  • menggesa semua orang kembali kepada politik yang membina, merangkul kebersamaan untuk membina semula negara ini...
  • Kita berada dalam kedudukan strategik untuk menjadi peneraju ekonomi di Asia yang sentiasa dimpikan.
  • Menggesa semua agar mengutamakan masa depan negara. Perpaduan harus berlandaskan budi bahasa dan saling menghormati, yang akan menjamin kestabilan negara.
  • Sudah iba masanya untuk kita memperbetulkan kesilapan bagi memastikan setiap rakyat menghargai kebahagiaan dan keamanan di negara ini tanpa rasa tersisih.

Persoalan penyelwengan nampaknya tidak pernah selesai. Kisah IMDB terus menerus menghantui pemikiran rakayat Malaysia yang dicetuskan oleh kepimpinan negara yang bukan calang-calang orang. Mungkin boleh dapat diredakan sekiranya pemimpin negara ( pemimpin dalam erti kata yang sebenarnya) mengambil sesuatu tindakan tegas.Tindakan bersepadu seluruh pemimpin ( kerajaan dan pembangkang) yang sedar tanggungjawab terhadap bangsa dan negara.

Pepatah Melayu ada mengatakan, kalua tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Dalam hal IMDB bukan sahaja angin sepoi-sepoi Bahasa yang menyebabkan terlintuk dan terliuknya daun kelapa ditepi pantai Terengganu, tetapi ribut dan taufan dari Amerika sendiri yang membawa berita menggemparkan itu. Anwar Ibrahim menyinga di parlimen ketika itu ketika berperanan sebagai pembangkang. Entah berapa kali sudah beliau ‘naik minyak’ mengenangkan kisah rasuah yang tidak menampakkan bila ‘padamnya’ isu berkenaan. Dalam hal sebegini seolah-olah menampakkan hanya segelintir ahli parlimen yang bersungguh-sungguh untuk membenteras penyelwengan sedemikian.

Malaysia sudah ada pengalaman dikejutkan dengan penyelwengan kewangan. Maknanya Malaysia sudah melalui peristiwa perit sedemikian. Rakyat mengharapkan agar pisang tidak akan berbuah dua kali. Diharapkann tidak akan berulang peristiwa seperti skandal Bank Rakyat dan Bumipuetra Finance (BMF). Masyarakat Melayu khususnya sudah begitu perit dengan peristiwa beberapa skandal kewangan yang hampir meruntuhkan keyakinan masyarakat terhadap agensi-agensi kerajaan yang diasaskan oleh orang Melayu. Kesannya terhakislah keyakinan orang Melayu terhdap yang ditubuhkan oleh bangsanya sendiri.

Mujurlah anggapan sedemikian belum meluas atau pun sudah cukup meluas! Mujurlah ada sedikit demi sedikit rekod kejayaan anak-anak Melayu dapat mengikis perasangka sedemikian. Apakah keyakinan positif ini akan terus mekar? Ini yang membimbangkan Saudara Anwar Ibrahim. Sebagai Perdana Menter yang memiliki kuasa yang cukup luas beliau mengharapkan sokongan dari rakyat terbanyak untuk meneruskan perjuangan 'menobatkan' hasrat rakyat agar negara Malaysia ini menjadi sebuah negara yang dihormati, yang akan terus menerus menentang dan membenteras perbuatan yang amat jijik ini. Mungkin bagi beliau kedudukan keyakinan bangsa Melayu sudah sampai ke peringkat yang amat membimbangkann . Tambahan pula ramai para pemimpin (secara diam) seolah-olah bersekongkol dengan kegiatan penyelewengan yang berlaku demikian.

Ketika mennyandang jawatan Menteri Kewangan Malaysia zaman pentadbiran Tun Mahathir ( sekitar 1990an) Anwar Ibrahim dengan bersungguh-sungguh berusaha untuk memerangi sebarang penyelwengan yang berlaku. Katanya,


“Saya akan berhadapan dan menceritakan hal seumpama itu 

          pada orang ramai khususnya ahli UMNO dan berharap mendapat 

          sokongan mereka. Jika usaha saya membenteras penyelewengan 

        dan pembaziran tidak mendapat sokongan saya rela meletakkan 

        jawatan. Jika usaha itu diterima, serahkan saja pada orang yang 

        hendak mengikut cara lama yang pernah mereka amalkan. 

        Hanya melalui kebenaran sahaja satu cabaran baru dan wawasan 

        yang diimpikan akan terlaksana sepenuhnya”

(Berita Harian 12 Oktober 1991)

Persoalan penyelewengan nampaknya tidak pernah selesai. Mungkin boleh dapat direda atau dikurangkan sekiranya ‘orang UMNO’ mengambil tindakan tegas mahu menghapuskan penyelewengan dan rasuah dalam ertikata yang sebenarnya berasaskan keadaan dan suasana negara pada ketika itu. Telah dikatakan bahawa amalan rasuah di Malaysia sudah semacam ‘berakar dan berumbi’ dan tentunya amat sukar untuk dicabut. Tentunya memerlukan satu tindakan bersepadu para pemimpin kerajaan dan pembangkang yang sedar tentang tanggungjawab terhadap bangsa dan negara.

Kelihatan juga bahawa pihak pembangkang di Parlimen Malaysia seolah-olah tidak begitu serious untuk bersama dengan kepimpinan negara dalam membawa negara Malaysia  kesuatu era yang dibanggakan. Kelihatan juga bahawa kebanyakan mereka lebih merupakan usaha untuk menukarkan kerajaan yang ada berdasarkan ucapan-ucapan dan tindakan mereka. Namun begitu dengan sokongan dan bantuan yang diberikan oleh rakyat Malaysia, usaha golongan ini hanyalah sebagai seperti yang digambarkan dalam peribahasa Melayu, 'seperti anjing menyalak bukit'.

Setakat mana kejayaan golongan ini dalam usaha 'merobohkan' bukit belum dapat dibuktikan sehingga kini. Namun usaha yang berterusan nampaknya sedang dilakukan dengan berbagai cara.

Hanya rakyat yang akan menentukan.

Abuhassanadam

14 Oktober 2023




Tuesday, October 3, 2023

 MEREKA BELUM 'MENGENALI' ANWAR IBRAHIM SEBENAR!

PRK DUN Pelangai pada 7 Okt ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, calon Perikatan Nasional Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni. Jika dibandingkan perjuangan Anwar Ibrahim dengan 'tokoh-tpkoh' muda yang mendabik dada menggelarkann diri sebagai pemimpin adalah ibarat antara 'malam dengan siang'. Mereka tidak mengenali siapakah Anwar Ibrahim yang sebenar kerana mereka tidak 'hidup' di zaman itu zaman anak muda 'menendang dan menerajang'. Mereka tidak terasa akan kehangatan perjuangan anak muda pada ketika itu. Ringkasnya tahun-tahun 1970an. Itulah zaman yang amat penuh dengan cabaran, zaman anak muda (yang ramai baru sahaja tamat pengajian di university)  yang mahu membuktikan bahawa mereka ( pemuda Melayu) mahu berperanan sebagai pejuang untuk menegakkan bangsa di tanah air sendiri.

Aku perhatikan kebanyakan komen-komen melalui media massa dan media sosial merasakan bahawa 'belum muncul 'Anwar Ibrahim sebenar ( yang tulin) berdasarkan tindakannya menangani serangan bertubi -tubi oleh pihak pembangkang terhadap tindakan pentadbirannya sehinggalah pada tarikh penyampaian ucapan Dasar Presiden bersempena Kongres Nasional Khas Keadilan 2023 yang berlangsung di Shah Alam  pada  18 Mac 2023 yang lalu. Barulah terasa puasnya hati dan perasaan OTAI dan golongan 'the unsung oldies' yang biasanya dihidangkann dengan ucapan Anwar Ibrahim sebenar.

Anwar seolah-olah membiarkan kerajaan pimpinan dicemuh, dikutuk dengan berbagai kutukan yang kadang-kadang tidak masuk akal manusia yang berakal namun beliau masih membiarkan keadaan sedemikiann berbertali arus. Ada jawapan yang diberikannya di Parliament, namun demikian seolah-olah bukan sebenarnya datangnya dari jiwa dan perasaan Anwar. Mungkin para ahli Keadilan (orang muda) merasakan bahawa mereka cukup berpuas hati dengan jawapan yang diberikan di Parlimen itu. Sebab itulah agaknya tidak kelihatan dan tidak begitu terdengar dan kelihatan jawapan orang muda mempertahankan boss mereka. Ada jawapan yang dikemukakan namun bagi kumpulan OTAI masih tidak berpuas hati kerana itu bukan jawapan 'tulin' mempertahankan Anwar Ibrahim! Jawapannya kepada YB Radzi Jidin di Parlimen baru-baru ini barulah menampakkan sedikit 'percikan api' perjuangan dari Anwar Ibrahim.

Apa yang diperlukan oleh anak muda (yang tidak mengenali Anwar Ibrahim sebenar) kini ialah dengan cara mendampingi golongan OTAI atau 'the silence majority'yang mendapat 'didikan' dari 'The Speakers Corner' dihadapan Perpustakaan University Malaya pada awal-awal 1970an. Kini golongan 'the silence majority' ramai  yang sudah pergi meninggalkan kita tetapi aku pasti yang masih ada tidak mudah meninggalkan perjuangan sedemikian apatah lagi apabila Anwar Ibrahim sudah berada dipuncak. Sampailah masanya untuk beliau 'mengkotakan' apa yang selalu diucapkan dulu sebagai memenuhi 'the conscience of the majority'.

Musuh politik Keadilan seolah-olah 'berpesta dan bergumbira'  apabila kelihatan Anwar seolah-olah mendiamkan diri dan hanya memberikan jawapan yang hambar di parlimen seolah-olah menggambarkan bahawa sudah tidak ada Anwar di Parlimen. Golongan OTAI hampir kecewa dengan kemunculan keadaan sedemikian. Golongan OTAI merasa sungguh kecewa apabila melihat Anwar Ibrahim 'diperlakukan 'sedemikian rupa di parlimen oleh ahli Parlimen Puterajaya yang langsung tidak beradab terhadap seorang Perdana Menteri. Itu merupakan satu sikap amat biadab dan semacam 'kurang ajar'. Apakah yang telah terjadi amat merunsingkan golongan yang merasakan 'cubit peha kiri, maka peha kanan pun terasa sakitnya.. Golongan OTAI saling berhubung antara satu dengan yang lain bertanyakan apa yang telah terjadi.

Perlu juga dijelaskan bahawa golongan 'the silence majority' ini sememangnya telah tidak dapat lagi menyumbang tenaga (fizikal) untuk membantu perjuangan golongan muda kini. OTAI hanya mampu meniupkan semangat anak muda dengan slogan, 'membujur lalu melintang patah'. Tetapi aku yakin bahwa yang mengikuti  ucapan Dasar Presiden bersempena Kongres Nasional Khas Keadilan 2023  pastinya terus bersemangat dan bersedia untuk 'berjuang'

Aku mungkin bersalah apabila mahu rasanya menyalahkan ahli dan pemimpin keadalan yang semacam tidak sederap dengan perjuangan Anwar. Mahu rasanya menyampaikan 'ilmu' yang diwarisi demi penerusan perjuangan yang bertunjangkan REFORMASI. Mahu rasanya meninggalkan kerusi roda demi penerusan perjuangan yang diperjuangkan yang ramai juga yang tidak tahu jerih payah yang dilalui. Anak muda harus mentelaah terlebih dahulu dan bertanyakan selok perjuangan yang telah dilalui oleh pejang-pejuang awal REFORMASI.

Prime Minister Anwar Ibrahim telah memberikan cahaya harapan sebagaimana yang diidam-idam dan dinanti-nantikan oleh golongan REFORMASI apabila Anwar memberikan amaran agar jangan dianggap apa yang dilakukannya sebagai satu kelemahan. "Instead, Anwar said he had chosen to maintain decorum both in and out of Parliament, a stand which he discarded today when speaking as PKR president at the party's special congress in Shah Alam."This is my turf, PKR's turf... for the past four months, I have been guarded in my speeches.Today I speak as the president of PKR, as a part of the reform movements," he said in his keynote address.

Sengaja aku gunakan bahasa Inggeris. Sedap bunyinya. Puas hati benar aku mendengar kenyataan itu.

Sudah berpanjangan kerajaan Harapan  berada ' ' on the defensive'. Seolah-olah tidak ada 'pahlawan' yang berani menyerang ataupun semacam dalam ketakutan. Ini memberi peluang kepada pihak musuh untuk terus berani 'menyerang' walaupun peluru yang mereka gunakan lebih merupakan fitnah dan hujjah yang dangkal.

Lebih menyenang dan meyakinkan golongan kami ( yang sudaah lemah dan tidak berdaya) ialah dengan kenyataan Anwar yang tegas menyatakan“You want to threaten me by (conducting) an assembly? You want to threaten me from acting against corruption? You chose the wrong PM! I will not be influenced. If you want to try to attempt a coup, by all means. But it will not be easy.” - Ini rupa kenyataan yang mirip dengan slogan dan kata-kata yang diucapan samada di Speakers Corner atau pun Dewan Tunku Chancellor sekitar tahun awal 1970an.

Dalam uaha memerangi perasuah Anwar Ibrahim telah memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan bertindak zalim dan sentiasa bertindak di atas semua aspek.Telah di tegaskannya banyak kali bahawa kerajaan pimpinannya akan sentiasa berhati-hati menangani masalah rasuah dan namun demikian akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap semua rakyat dengan tidak mengambil kira kedudukan dan warna kulit. Matlamat akhirnya ialah penghapusan kegiatan rasuah dan melahirkan sebuah negara yang menangani derita rakyat.

Semoga direstui Allah.

abuhassanadam

 4 Oktober 2023




Monday, October 2, 2023

 

KE MANA HILANGNYA ‘ORANG PERJUANGAN’

PRK tentunya mengingatkan kita tentang perjuangan pahlawan Pahang ketika menentang penjajah British. Tidak ada tolak bandingnya perjuangan mereka menegakkan keadilan demi untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah British. Itulah merupakan jasa orang perjuangan pada ketika itu. Mereka tidak menggelarkan diri mereka nasionalis atau patriot tetapi perjuangan mereka adalah untuk mempertahankan tanah air dari dicerobohi oleh penjajah British.

Mungkin rakyat Malaysia sudah merasakan bahawa negara ini sudah ketandusan ‘orang perjuangan’ kini dan tidak seperti Tanah Melayu zaman penjajahan yang memiliki ramai ‘orang perjuangan’ seperti Dato’ Maharajalela Perak, Dato Bahaman dan Mat Kilau dari Pahang, Tok Janggut dari Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbung Terengganu. Sumbangan mereka terhadap bangsa dan negara tidak dapat dinilai dengan wang ringgit walaupun bernilai RM2.6 billion.

Pada waktu dan saat ketika lain, orang Melayu ketika itu terus menerus berasa bertuah kerana memiliki ‘orang perjuangan’ seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad, Ibrahim Haji Yaakub. Mereka sebenar-benarnya pejuang tulin yang sanggup mengabdikan diri kepada perjuangan bangsa tanpa rasa takut dan bimbang dan jauh daripada memikirkan tentang laba dan keuntungan seperti yang terdapat kepada pemimpin hari ini. Matlamat hidup dan perjuangan mereka adalah semata-mata membebaskan tanah air daripada penjajahan walaupun terpaksa ditebus dengan nyawa.

Amat berbeza sekali dengan ‘pemimpin’ (jikalau masih boleh lagi digelar sebagai pemimpin) kini yang matlamat hidup mereka seolah-olah hanya mementingkan wang dan mengenepikan persoalan perjuangan menegakkan bangsa.

Kaum guru pada zaman penjajahan lebih merupakan ‘orang perjuangan’ yang berjuang mendidik anak bangsa disamping memperjuangkan kemerdekaan tanah air dari belenggu penjajahan. Sumbangan pelatih guru (yang kemudiannya menjadi guru dari Sultan Idris Trainning College –SITC) tidak ada tolak bandingnya dalam sejarah memperjuangan rakyat khususnya orang Melayu. Golongan guru inilah yang telah menyemaikan benih perjuangan dikalangan anak-anak bangsa yang kemudiannya tumbuh bercambah disegenap pelusuk tanah air. Benih yang ditanam oleh guru inilah yang telah mencetuskan semangat perjuangan menentang penjajahn yang kemudiannya menghasilkan kemerdekaan tanah air.

Malang sekali bagi rakyat Malaysia kini. Walaupun peranan guru sebagai pendidik masih berterusan namun kaum guru kini tidak merupakan ‘orang perjuangan’ seperti peranan yang telah dimainkan oleh guru-guru zaman penjajahan. Mungkin agaknya para guru sudah ‘berpuas hati’ dengan keadaan masyarakat Malaysia kini yang sudah pun dianggap ‘merdeka’ dan maju. Dan seolah-olah kaum guru sudah ‘menyarungkan’ semula segala senjata-senjata yang digunakan dalam zaman penjajahan dulu.

Persatuan guru dan kesatuan guru-guru semacam sudah tidak berperanan lagi selain dari berperanan mendidik anak-anak di sekolah. Kesatuan guru-guru semacam sudah amat berpuas hati dengan perjalanan pentadbiran dalam negara kita. Mereka bukan lagi berperanan semacam ‘mata dan telinga’ masyarakat untuk ‘memerhatikan’ perjalanan jentera kerajaan. Apakah mereka sudah tidak ada ‘taring’ lagi untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati terhadap apa yang berlaku di negara kini. Dan apakah para guru atau khususnya kesatuan guru sudah tidak berani langsung ‘angkat muka’ untuk menyuarakan sesuatu yang benar. Dan apakah pemimpin kesatuan guru kini sudah begitu ‘kekenyangan’ sehinggakan ‘terlelap’ dan tidak dapat bersuara lagi.

Rakyat Malaysia juga ‘merindui’ tokoh-tokoh wartwan seperti ZABA, Abdul Rahim kajai,Usman Awang, Keris Mas, A.Samad Ismail yang seolah-olah seluruh hidup mereka ‘diabdikan’ kepada perjuangan membela bangsa dan negara. Mereka sebenar-benarnya ‘orang perjuangan’ tulin. Mereka tidak takut dimasukkan ke dalam penjara. Mereka berjuang bukan kerana ada agenda-agenda tertentu atau menjadi ‘kuda tunggangan’ golongan politik tertentu. Mereka sanggup ‘berpanas dan berhujan’ demi untuk menyelamatkan bangsa dan negara. 

Apakah masih ada sifat kewartawanan sedemikian di Malaysia kini. Aku merasakan mungkin ada tetapi tidak ramai ‘species’ yang sedemikian. Mungkin ramai para wartawan dan penulis tanah air kini yang menulis mengikut rentak dan ‘arahan’ sebagaimana yang diarahkan dari masa kemasa. Lantas apakah mereka layak bergelar ‘orang perjuangan’ sepertimana golongan wartwan zaman penjajahan.

Rakyat Malaysia kini seolah-olah amat kecewa dengan ketiadaan pemimpin yang sebenar-benarnya dapat berjuang untuk negara dan memperjuangkan kesejahteraan rakyat berlandaskan keihklasan sebenar-benarnya. Semacam sudah betul-betul pupus tokoh yang boleh disandarkan harapan untuk memimpin negara ini.  Dan rakyat juga meletakkan harapan yang begitu tinggi agar PMX  terus memimpin rakyat Malaysia yang tercinta ini untuk mengisi kekosongan 'orang perjuangan'.

Bagi aku tokoh inilah antara tokoh-tokoh yang boleh dianggap sebagai ‘orang perjuangan’ di negara ini yang ‘bermati-matian’ membela bangsa dan negara.

abuhassanadam

3 Oktober 2023