MEREKA BELUM 'MENGENALI' ANWAR IBRAHIM SEBENAR!
PRK DUN Pelangai pada 7 Okt ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, calon Perikatan Nasional Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni. Jika dibandingkan perjuangan Anwar Ibrahim dengan 'tokoh-tpkoh' muda yang mendabik dada menggelarkann diri sebagai pemimpin adalah ibarat antara 'malam dengan siang'. Mereka tidak mengenali siapakah Anwar Ibrahim yang sebenar kerana mereka tidak 'hidup' di zaman itu zaman anak muda 'menendang dan menerajang'. Mereka tidak terasa akan kehangatan perjuangan anak muda pada ketika itu. Ringkasnya tahun-tahun 1970an. Itulah zaman yang amat penuh dengan cabaran, zaman anak muda (yang ramai baru sahaja tamat pengajian di university) yang mahu membuktikan bahawa mereka ( pemuda Melayu) mahu berperanan sebagai pejuang untuk menegakkan bangsa di tanah air sendiri.
Aku perhatikan kebanyakan komen-komen melalui media massa dan media sosial merasakan bahawa 'belum muncul 'Anwar Ibrahim sebenar ( yang tulin) berdasarkan tindakannya menangani serangan bertubi -tubi oleh pihak pembangkang terhadap tindakan pentadbirannya sehinggalah pada tarikh penyampaian ucapan Dasar Presiden bersempena Kongres Nasional Khas Keadilan 2023 yang berlangsung di Shah Alam pada 18 Mac 2023 yang lalu. Barulah terasa puasnya hati dan perasaan OTAI dan golongan 'the unsung oldies' yang biasanya dihidangkann dengan ucapan Anwar Ibrahim sebenar.
Anwar seolah-olah membiarkan kerajaan pimpinan dicemuh, dikutuk dengan berbagai kutukan yang kadang-kadang tidak masuk akal manusia yang berakal namun beliau masih membiarkan keadaan sedemikiann berbertali arus. Ada jawapan yang diberikannya di Parliament, namun demikian seolah-olah bukan sebenarnya datangnya dari jiwa dan perasaan Anwar. Mungkin para ahli Keadilan (orang muda) merasakan bahawa mereka cukup berpuas hati dengan jawapan yang diberikan di Parlimen itu. Sebab itulah agaknya tidak kelihatan dan tidak begitu terdengar dan kelihatan jawapan orang muda mempertahankan boss mereka. Ada jawapan yang dikemukakan namun bagi kumpulan OTAI masih tidak berpuas hati kerana itu bukan jawapan 'tulin' mempertahankan Anwar Ibrahim! Jawapannya kepada YB Radzi Jidin di Parlimen baru-baru ini barulah menampakkan sedikit 'percikan api' perjuangan dari Anwar Ibrahim.
Apa yang diperlukan oleh anak muda (yang tidak mengenali Anwar Ibrahim sebenar) kini ialah dengan cara mendampingi golongan OTAI atau 'the silence majority'yang mendapat 'didikan' dari 'The Speakers Corner' dihadapan Perpustakaan University Malaya pada awal-awal 1970an. Kini golongan 'the silence majority' ramai yang sudah pergi meninggalkan kita tetapi aku pasti yang masih ada tidak mudah meninggalkan perjuangan sedemikian apatah lagi apabila Anwar Ibrahim sudah berada dipuncak. Sampailah masanya untuk beliau 'mengkotakan' apa yang selalu diucapkan dulu sebagai memenuhi 'the conscience of the majority'.
Musuh politik Keadilan seolah-olah 'berpesta dan bergumbira' apabila kelihatan Anwar seolah-olah mendiamkan diri dan hanya memberikan jawapan yang hambar di parlimen seolah-olah menggambarkan bahawa sudah tidak ada Anwar di Parlimen. Golongan OTAI hampir kecewa dengan kemunculan keadaan sedemikian. Golongan OTAI merasa sungguh kecewa apabila melihat Anwar Ibrahim 'diperlakukan 'sedemikian rupa di parlimen oleh ahli Parlimen Puterajaya yang langsung tidak beradab terhadap seorang Perdana Menteri. Itu merupakan satu sikap amat biadab dan semacam 'kurang ajar'. Apakah yang telah terjadi amat merunsingkan golongan yang merasakan 'cubit peha kiri, maka peha kanan pun terasa sakitnya.. Golongan OTAI saling berhubung antara satu dengan yang lain bertanyakan apa yang telah terjadi.
Perlu juga dijelaskan bahawa golongan 'the silence majority' ini sememangnya telah tidak dapat lagi menyumbang tenaga (fizikal) untuk membantu perjuangan golongan muda kini. OTAI hanya mampu meniupkan semangat anak muda dengan slogan, 'membujur lalu melintang patah'. Tetapi aku yakin bahwa yang mengikuti ucapan Dasar Presiden bersempena Kongres Nasional Khas Keadilan 2023 pastinya terus bersemangat dan bersedia untuk 'berjuang'
Aku mungkin bersalah apabila mahu rasanya menyalahkan ahli dan pemimpin keadalan yang semacam tidak sederap dengan perjuangan Anwar. Mahu rasanya menyampaikan 'ilmu' yang diwarisi demi penerusan perjuangan yang bertunjangkan REFORMASI. Mahu rasanya meninggalkan kerusi roda demi penerusan perjuangan yang diperjuangkan yang ramai juga yang tidak tahu jerih payah yang dilalui. Anak muda harus mentelaah terlebih dahulu dan bertanyakan selok perjuangan yang telah dilalui oleh pejang-pejuang awal REFORMASI.
Prime Minister Anwar Ibrahim telah memberikan cahaya harapan sebagaimana yang diidam-idam dan dinanti-nantikan oleh golongan REFORMASI apabila Anwar memberikan amaran agar jangan dianggap apa yang dilakukannya sebagai satu kelemahan. "Instead, Anwar said he had chosen to maintain decorum both in and out of Parliament, a stand which he discarded today when speaking as PKR president at the party's special congress in Shah Alam."This is my turf, PKR's turf... for the past four months, I have been guarded in my speeches.Today I speak as the president of PKR, as a part of the reform movements," he said in his keynote address.
Sengaja aku gunakan bahasa Inggeris. Sedap bunyinya. Puas hati benar aku mendengar kenyataan itu.
Sudah berpanjangan kerajaan Harapan berada ' ' on the defensive'. Seolah-olah tidak ada 'pahlawan' yang berani menyerang ataupun semacam dalam ketakutan. Ini memberi peluang kepada pihak musuh untuk terus berani 'menyerang' walaupun peluru yang mereka gunakan lebih merupakan fitnah dan hujjah yang dangkal.
Lebih menyenang dan meyakinkan golongan kami ( yang sudaah lemah dan tidak berdaya) ialah dengan kenyataan Anwar yang tegas menyatakan“You want to threaten me by (conducting) an assembly? You want to threaten me from acting against corruption? You chose the wrong PM! I will not be influenced. If you want to try to attempt a coup, by all means. But it will not be easy.” - Ini rupa kenyataan yang mirip dengan slogan dan kata-kata yang diucapan samada di Speakers Corner atau pun Dewan Tunku Chancellor sekitar tahun awal 1970an.
Dalam uaha memerangi perasuah Anwar Ibrahim telah memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan bertindak zalim dan sentiasa bertindak di atas semua aspek.Telah di tegaskannya banyak kali bahawa kerajaan pimpinannya akan sentiasa berhati-hati menangani masalah rasuah dan namun demikian akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap semua rakyat dengan tidak mengambil kira kedudukan dan warna kulit. Matlamat akhirnya ialah penghapusan kegiatan rasuah dan melahirkan sebuah negara yang menangani derita rakyat.
Semoga direstui Allah.
abuhassanadam
4 Oktober 2023
No comments:
Post a Comment