KEADAAN PEMBANGKANG
SEPERTI ANJING MENYALAK BUKIT
Biar dikekalkan kenyataan DS Anwar dalam bentuk asalnya sebagaimana dinyatakan dalam Malaysiakini 13 Oktober 2023. Katanya,
"I urge everyone to return to constructive politics, embrace togetherness to rebuild this country... We are in a strategic position to be an economic leader in Asia that we've always dreamed of.I urge everyone to prioritise the future of the country. Unity should be based on courtesy and mutual respect, which will ensure national stability.After six decades of independence, now it is time for us to right the wrongs to ensure that every rakyat will value happiness and peace in this country without feeling left out.
Ringkasnya dapat dimengerti harapan Perdana Menteri PMX adalah:
- menggesa semua orang kembali kepada politik yang membina, merangkul kebersamaan untuk membina semula negara ini...
- Kita berada dalam kedudukan strategik untuk menjadi peneraju ekonomi di Asia yang sentiasa dimpikan.
- Menggesa semua agar mengutamakan masa depan negara. Perpaduan harus berlandaskan budi bahasa dan saling menghormati, yang akan menjamin kestabilan negara.
- Sudah iba masanya untuk kita memperbetulkan kesilapan bagi memastikan setiap rakyat menghargai kebahagiaan dan keamanan di negara ini tanpa rasa tersisih.
Persoalan penyelwengan nampaknya tidak pernah selesai. Kisah IMDB terus menerus menghantui pemikiran rakayat Malaysia yang dicetuskan oleh kepimpinan negara yang bukan calang-calang orang. Mungkin boleh dapat diredakan sekiranya pemimpin negara ( pemimpin dalam erti kata yang sebenarnya) mengambil sesuatu tindakan tegas.Tindakan bersepadu seluruh pemimpin ( kerajaan dan pembangkang) yang sedar tanggungjawab terhadap bangsa dan negara.
Pepatah Melayu ada mengatakan, kalua tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Dalam hal IMDB bukan sahaja angin sepoi-sepoi Bahasa yang menyebabkan terlintuk dan terliuknya daun kelapa ditepi pantai Terengganu, tetapi ribut dan taufan dari Amerika sendiri yang membawa berita menggemparkan itu. Anwar Ibrahim menyinga di parlimen ketika itu ketika berperanan sebagai pembangkang. Entah berapa kali sudah beliau ‘naik minyak’ mengenangkan kisah rasuah yang tidak menampakkan bila ‘padamnya’ isu berkenaan. Dalam hal sebegini seolah-olah menampakkan hanya segelintir ahli parlimen yang bersungguh-sungguh untuk membenteras penyelwengan sedemikian.
Malaysia sudah ada pengalaman dikejutkan dengan penyelwengan kewangan. Maknanya Malaysia sudah melalui peristiwa perit sedemikian. Rakyat mengharapkan agar pisang tidak akan berbuah dua kali. Diharapkann tidak akan berulang peristiwa seperti skandal Bank Rakyat dan Bumipuetra Finance (BMF). Masyarakat Melayu khususnya sudah begitu perit dengan peristiwa beberapa skandal kewangan yang hampir meruntuhkan keyakinan masyarakat terhadap agensi-agensi kerajaan yang diasaskan oleh orang Melayu. Kesannya terhakislah keyakinan orang Melayu terhdap yang ditubuhkan oleh bangsanya sendiri.
Mujurlah anggapan sedemikian belum meluas atau pun sudah cukup meluas! Mujurlah ada sedikit demi sedikit rekod kejayaan anak-anak Melayu dapat mengikis perasangka sedemikian. Apakah keyakinan positif ini akan terus mekar? Ini yang membimbangkan Saudara Anwar Ibrahim. Sebagai Perdana Menter yang memiliki kuasa yang cukup luas beliau mengharapkan sokongan dari rakyat terbanyak untuk meneruskan perjuangan 'menobatkan' hasrat rakyat agar negara Malaysia ini menjadi sebuah negara yang dihormati, yang akan terus menerus menentang dan membenteras perbuatan yang amat jijik ini. Mungkin bagi beliau kedudukan keyakinan bangsa Melayu sudah sampai ke peringkat yang amat membimbangkann . Tambahan pula ramai para pemimpin (secara diam) seolah-olah bersekongkol dengan kegiatan penyelewengan yang berlaku demikian.
Ketika mennyandang jawatan Menteri Kewangan Malaysia zaman pentadbiran Tun Mahathir ( sekitar 1990an) Anwar Ibrahim dengan bersungguh-sungguh berusaha untuk memerangi sebarang penyelwengan yang berlaku. Katanya,
“Saya akan berhadapan dan menceritakan hal seumpama itu
pada orang ramai khususnya ahli UMNO dan berharap mendapat
sokongan mereka. Jika usaha saya membenteras penyelewengan
dan pembaziran tidak mendapat sokongan saya rela meletakkan
jawatan. Jika usaha itu diterima, serahkan saja pada orang yang
hendak mengikut cara lama yang pernah mereka amalkan.
Hanya melalui kebenaran sahaja satu cabaran baru dan wawasan
yang diimpikan akan terlaksana sepenuhnya”
(Berita Harian 12 Oktober 1991)
Persoalan penyelewengan nampaknya tidak pernah selesai. Mungkin boleh dapat direda atau dikurangkan sekiranya ‘orang UMNO’ mengambil tindakan tegas mahu menghapuskan penyelewengan dan rasuah dalam ertikata yang sebenarnya berasaskan keadaan dan suasana negara pada ketika itu. Telah dikatakan bahawa amalan rasuah di Malaysia sudah semacam ‘berakar dan berumbi’ dan tentunya amat sukar untuk dicabut. Tentunya memerlukan satu tindakan bersepadu para pemimpin kerajaan dan pembangkang yang sedar tentang tanggungjawab terhadap bangsa dan negara.
Kelihatan juga bahawa pihak pembangkang di Parlimen Malaysia seolah-olah tidak begitu serious untuk bersama dengan kepimpinan negara dalam membawa negara Malaysia kesuatu era yang dibanggakan. Kelihatan juga bahawa kebanyakan mereka lebih merupakan usaha untuk menukarkan kerajaan yang ada berdasarkan ucapan-ucapan dan tindakan mereka. Namun begitu dengan sokongan dan bantuan yang diberikan oleh rakyat Malaysia, usaha golongan ini hanyalah sebagai seperti yang digambarkan dalam peribahasa Melayu, 'seperti anjing menyalak bukit'.
Setakat mana kejayaan golongan ini dalam usaha 'merobohkan' bukit belum dapat dibuktikan sehingga kini. Namun usaha yang berterusan nampaknya sedang dilakukan dengan berbagai cara.
Hanya rakyat yang akan menentukan.
Abuhassanadam
14 Oktober 2023
No comments:
Post a Comment