Monday, January 6, 2020

PAPAN BATU

PAPAN BATU

            Terpanggil aku untuk menulis mengenai ‘Papan Batu’ walaupun tidak ada perkara yang menariknya mengenai topik ‘Papan Batu’ ini. Namun sekurang-kurangnya dapat memberikan penjelasan tentang keadaan persekolahan pada tahun-tahun 1950an (pada zaman pemerintahan British di Malaya) yang ada kaitannya dengan peggunan ‘Papan Batu’.

            Sekurang-kurangnya anak zaman ini dapat membayangkan penggunaan papan batu oleh murid-murid Darjah Satu dan Dua di sekolah-sekolah pada zaman itu. Terjentik aku menulis keadaan ini bersesuaian dengan keadaan awal tahun dimana anak-anak kecil mula memasuki alam persekolahan. Dan keadaan yang dialami oleh anak-anak kini tentulah berbeza dengan keadaan yang dialami oleh anak-anak ketika bersekolah pada zaman British.

            Tahun 1951 aku berada dalam Darjah Satu di Malay Boys School Padang Rengas. Nama sekolah pada ketika itu ditulis dalam Bahasa Inggeris walaupun ia merupakan Sekolah Melayu Padang Rengas. Aku tak dapat menjelaskan mengapa ditulis sedemikian. Mungkin ia merupakan arahan daripada pentadbiran British pada ketika itu supaya menggunakan bahasa Inggeris walaupun ia merupakan sekolah Melayu tulin.

            Tidak ada persediaan yang rapi untuk memasuki Darjah Satu pada ketika itu berbanding dengan persediaan yang perlu disediakan oleh ibu bapa kini. Bukan tidak ada arahan yang diberikan oleh sekolah untuk diikuti oleh ibu bapa ketika itu tetapi kebanyakan ibu bapa tidak mempedulikan arahan sebegitu dan besar kemungkinannya kerana tidak mampu menyediakannya. Misalnya pelajar-pelajar diarahkan memakai baju putih dan seluar biru sebagai pakaian seragam sekolah tetapi kebanyakan pelajar memakai pakaian yang tidak seragam. Dan ada yang datang ke sekolah pakai sarong dan baju Melayu Teluk Belanga. Ramai juga yang tidak memamakai pakaian seragam sekolah.

            Emak bapak aku sejak dari mula aku dan adik aku bersekolah sentiasa patuh arahan Cikgu. Baju putih, seluar biru, kasut putih dibersih dengan berkapur pada setiap minggu. Awal ke sekolah mesti mandi pagi dan gosok gigi berbeza dengan kebanyakan rakan aku pada ketika itu yang tidak mandi pagi dan jauh sekali menggosok gigi ketika ke sekolah.

            Hanya Papan Batu yang digunakan oleh murid-murid untuk latihan menulis. Pada ketika itu belum ada lagi buku tulis yang boleh digunakan oleh murid-murid Darjah Satu. Murid-murid Darjah Satu dan Darjah Dua hanya dibenarkan menggunakan Papan Batu. Berwarna hitam dan berbingkai kayu yang boleh digunakan sebagai tempat menulis dengan menggunakan alat tulis khusus untuk Papan Batu sahaja.

            Pendek kata Papan Batu hanya sebagai tempat latihan menulis dan bukan sebagai tempat untuk melakukan rujukan tentang apa yang dipelajari di sekolah kerana apa yang ditulis di atas Papan Batu akan  terpadam dengan senangnya. Jadi pembelajaran pada ketika itu bergantung kepada kekuatan tenaga ingatan seseorang murid.

            Darjah Satu dan Darjah Dua masih menggunakan Papan Batu. Hanya apabila berada dalam Darjah Tiga baru boleh menggunakan buku dan pensil. Kemahiran menulis dengan pensil bermula dari Darjah Tiga sehingga Darjah Empat apabila murid-murid dibenarkan menggunakan pen dengan dakwat celup.

abuhassanadam
6 Januari 2020

Friday, January 3, 2020

DR MAZLEE – LANGKAH TERPUJI DAN AKAN MENYUSUL…

DR MAZLEE – LANGKAH TERPUJI DAN AKAN MENYUSUL…

            Tindakan yang dilakukan oleh mantan Menteri Pendidikan itu adalah merupakan langkah terpuji dan merupakan tindakan yang seingat aku belum pernah berlaku lagi di Malaysia. Dr mazlee sedar bahawa walaupum apa yang dilakukannya itu dianggap terpuji dan wajar bagi setengah pihak namum ramai juga yag merasakan segala dasar yang dijalankan olehnya tidak menepati hasrat banyak pihak rakyat di Malaysia. Lantas beliau mengambil keputusan yang begitu drastik. Syabas!

            Kini rakyat telah menyatakakan sokongan terhadap apa yang dilakukan oleh Dr Mazlee. Namun yang anihnya sebelum ini ramai yang membisu seribu bahasa dan tidak pun menampakkan sokongan padu tentang apa yang dilakukan oleh beliau. Dr Mazlee seolah-olah ‘terkapai-kapai’ keseorangan mempertahankan segala dasar yang diperkenalkan. Dan tentunya segala dasar yang hendak diperkenalkan tentunya telah mendapat sokongan dari Tun Mahathir sendiri. Dan begitulah nasib seorang menteri apabila berhadapan dengan masalah maka hadapilah bersendirian.

            Lumrah alam sebagai kebiasaan ada pihak yang bersetuju dan ada juga pihak yang menentang tentang apa yang dilakukan. Dan jangan pula dipersalahkan pihak yang merasakan bahawa Dr Mazlee tidak layak untuk menerajui kementerian pendidikan, walaupun banyak pihak yang merasakan Dr Mazlee cukup berjasa dalam menangani berbagai masalah yang berkait dengan guru dan pelajar yang berkait dengan menjaga kebajikan pelajar dan  gruru. Dalam hal sedemikian maka Dr Mazlee tentunya sudah boleh diberikan markah penuh.

            Sebaliknya Menteri Pendidikan bukan saja bertugas untuk menjaga kebajikan pelajar dan guru tetapi lebih jauh dan luas daripada itu. Cabaran yang dihadapi oleh rakyat dan negara dalam mengharungi Kurun ke 21 adalah amat besar dan mencabar dan banyak memerlukan peranan pendidikan dalam menentukan hala tuju negara. Negara-negara maju dunia sangat bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pendidikan yang diberi kepada anak negeri. Dan dalam usaha untuk memajukan pendidikan negara tidak pula harus hanya sebagai melepaskan batuk ditangga.

            Mungkin sebahagian besar masyarakat di Malaysia kini melihat ‘sumbangan’ Dr Mazlee dari sudut itu. Dalam masa hampir dua tahun mengemudi kementerian Pendidikan, tidak kelihatan sesuatu yang konkrit dilakukan untuk membawa negara ke arah itu sedangkan negara-negara yang dulunya mundur dari kita sudah berada di hadapan kita. Inilah yang merunsingkan sebahagian besar rakyat Malaysia.

            Ramai yang meramalkan bukan Dr Mazlee seorang yang harus meletakkan jawatan. Maknanya ramai lagi menteri yang dilantik oleh Tun Mahathir perlu mengundur diri setelah sekian lama ‘bertakhta’ dan tidak menunjukkan kemajuan yang diharapkan oleh rakyat. Malaysia pada tahun 2020 mahu melihat para menteri yang cekap dan berwibwa dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dan bukan lagi menteri yang suka berangan-angan dan mengajak rakyat memasang angan-angan bersama.

            Rakyat mahu melihat para menteri mengotakan janji yang dibuat. Jikalau seorang menteri menjanjikan kereta terbang untuk Malaysia (semacam angan-angan Mat Jenin) maka mereka mahu melihat terjelma kereta terbang walaupun rakyat yakin perkara sedemikian tidak akan terjadi dan hanya merupakan angan-angan seorang Menteri.

            Serupa juga dengan janji yang diberikan untuk menyediakan rumah bagi rakyat, hanya merupakan angan-angan untuk ‘menyedapkan’ hati rakyat. Dikatakan lah oleh menteri berkenaan bahawa pada tahun-tahun sekian akan terbinalah berapa ribu buah rumah untuk rakyat. Maka senanglah hati rakyat mendengar perkhabaran sedemikian. Soalnya apakah betul akan terjelma keadaan sedemikian.

            Mungkin selepas ini ramai lagi Menteri yang mengikut jejak langkah Dr Mazlee ataupun mungkin mereka akan digugurkan.

abuhassanadam
3 Januari 2020

Monday, December 2, 2019

BUKAN SALAH ANWAR DAN BUKAN SALAH AZMIN

BUKAN SALAH ANWAR DAN BUKAN SALAH AZMIN

            Reading between the lines, aku mula yakin bahawa tercetusnya kemelut politik dalam PKR bukan diletakkan ke bahu DS Anwar Ibrahim ataupun DS Azmin Ali. Aku merasakan bahawa ‘pengikut’ yang baru ‘tumbuh tanduk’ dan ‘berubun lembut’ kedua-dua pihak yang menjadikan keadaan dalam PKR terus ‘menjadi kelamkabut’. Yang menyebabkan aku terus membuat kesimpulan sedemikian adalah apabila ada ura-ura yang datangnya dari pengikut Azmin untuk mengadakan kongres yang berasingan selain dari Kongres Nasional yang akan diadakan di Melaka pada hujung minggu ini.

            Merancang mengadakan satu lagi perhimpunan pada hari yang sama adalah merupakan tindakan kumpulan yang ‘baru tumbuh tanduk dan berubun lembut’ yang tidak memikirkan kesan buruk yang akan menimpa parti PKR kemudiannya. Kumpulan sedemikian sebenarnya tidak langsung memikirkan betapa ‘gembiranya’ pihak lawan melihatkan apa yang telah berlaku dalam PKR itu. Dan yang paling menyedihkan ialah sikap segelintir golongan sedemikian yang tidak langsung memikirkan ‘jerih payah’ golongan reformis ( Otai Reformasi) untuk menubuhkan parti keramat ini.

            Mungkin pada tahun 1998, golongan yang ‘baru tumbuh tanduk’ ini masih kanak-kanak dan tidak tahu apa sebenarnya erti perjuangan. Mereka tidak tahu jerih payah yang dialami oleh golongan reformis yang sentiasa meneriakkan slogan ‘Reformasi’ dan berarak di jalan-jalan raya setelah DS Anwar ditangkap, dimalukan dan dipenjara. Pada ketika itulah lahirnya dan berputiknya Parti Keadilan Rakyat yang diasaskan oleh ‘golongan tua’ seperti Azmin, Syed Hussein Ali, Tien Chua, Sivarasa dll. DS Wan Azizah ‘terpaksa’ mengorbankan diri menceburkan diri dalam politik bersama-sama dengan Nurul Izah yang masih dalam belasan tahun. ‘Mengorbankan’ masa remajanya demi perjuangan menegakkan keadilan.

Golongan ‘yang baru tumbuh tanduk’ tidak dapat merasakan pedih payahnya golongan reformis ( golongan tua (kini) yang pada ketika itu masih muda dan bertenaga) ‘berjuang’ untuk menegakkan kebenaran tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Malah bukan ganjaran wang yang diharapkan tetapi ada kalanya terpaksa mengorbankan wang ringgit demi meneruskan perjuangan. REFORMASI!

            Anak muda yang kononnya berjuang dalam PKR kini tidak dapat merasakan jerih payah yang dideritai oleh Otai Reformasi pada ketika itu. Mungkin golongan muda tahu dan mendengar kisah perjuangan Otai Reformasi itu. Dan yang anihnya ramai juga golongan Otai Refformasi itu tidak menjadi ahli PKR tetapi merupakan pengikut yang amat setia perjuanagan yang dilakukan oleh PKR.

            Bayangkanlah sekiranya berlaku perpecahan dalam PKR kini dan beberapa hari lagi, tentulah hancur luluh hati dan perasaan golongan Otai Reformis yang kebanyakannya hanya menghabiskan sis-sisa usia mereka untuk melihat tokoh Reformasi – Saudara Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke 8. Itulah impian dan harapan golongan Otai Reformasi yang berselerak di seluruh negara kini. Mereka merupakan ‘Wira yang tidak didendang’ – The Unsung Hero!

abuhassanadam
2 Disember 2019