Friday, January 3, 2020


DR MAZLEE – LANGKAH TERPUJI DAN AKAN MENYUSUL…

            Tindakan yang dilakukan oleh mantan Menteri Pendidikan itu adalah merupakan langkah terpuji dan merupakan tindakan yang seingat aku belum pernah berlaku lagi di Malaysia. Dr mazlee sedar bahawa walaupum apa yang dilakukannya itu dianggap terpuji dan wajar bagi setengah pihak namum ramai juga yag merasakan segala dasar yang dijalankan olehnya tidak menepati hasrat banyak pihak rakyat di Malaysia. Lantas beliau mengambil keputusan yang begitu drastik. Syabas!

            Kini rakyat telah menyatakakan sokongan terhadap apa yang dilakukan oleh Dr Mazlee. Namun yang anihnya sebelum ini ramai yang membisu seribu bahasa dan tidak pun menampakkan sokongan padu tentang apa yang dilakukan oleh beliau. Dr Mazlee seolah-olah ‘terkapai-kapai’ keseorangan mempertahankan segala dasar yang diperkenalkan. Dan tentunya segala dasar yang hendak diperkenalkan tentunya telah mendapat sokongan dari Tun Mahathir sendiri. Dan begitulah nasib seorang menteri apabila berhadapan dengan masalah maka hadapilah bersendirian.

            Lumrah alam sebagai kebiasaan ada pihak yang bersetuju dan ada juga pihak yang menentang tentang apa yang dilakukan. Dan jangan pula dipersalahkan pihak yang merasakan bahawa Dr Mazlee tidak layak untuk menerajui kementerian pendidikan, walaupun banyak pihak yang merasakan Dr Mazlee cukup berjasa dalam menangani berbagai masalah yang berkait dengan guru dan pelajar yang berkait dengan menjaga kebajikan pelajar dan  gruru. Dalam hal sedemikian maka Dr Mazlee tentunya sudah boleh diberikan markah penuh.

            Sebaliknya Menteri Pendidikan bukan saja bertugas untuk menjaga kebajikan pelajar dan guru tetapi lebih jauh dan luas daripada itu. Cabaran yang dihadapi oleh rakyat dan negara dalam mengharungi Kurun ke 21 adalah amat besar dan mencabar dan banyak memerlukan peranan pendidikan dalam menentukan hala tuju negara. Negara-negara maju dunia sangat bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pendidikan yang diberi kepada anak negeri. Dan dalam usaha untuk memajukan pendidikan negara tidak pula harus hanya sebagai melepaskan batuk ditangga.

            Mungkin sebahagian besar masyarakat di Malaysia kini melihat ‘sumbangan’ Dr Mazlee dari sudut itu. Dalam masa hampir dua tahun mengemudi kementerian Pendidikan, tidak kelihatan sesuatu yang konkrit dilakukan untuk membawa negara ke arah itu sedangkan negara-negara yang dulunya mundur dari kita sudah berada di hadapan kita. Inilah yang merunsingkan sebahagian besar rakyat Malaysia.

            Ramai yang meramalkan bukan Dr Mazlee seorang yang harus meletakkan jawatan. Maknanya ramai lagi menteri yang dilantik oleh Tun Mahathir perlu mengundur diri setelah sekian lama ‘bertakhta’ dan tidak menunjukkan kemajuan yang diharapkan oleh rakyat. Malaysia pada tahun 2020 mahu melihat para menteri yang cekap dan berwibwa dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dan bukan lagi menteri yang suka berangan-angan dan mengajak rakyat memasang angan-angan bersama.

            Rakyat mahu melihat para menteri mengotakan janji yang dibuat. Jikalau seorang menteri menjanjikan kereta terbang untuk Malaysia (semacam angan-angan Mat Jenin) maka mereka mahu melihat terjelma kereta terbang walaupun rakyat yakin perkara sedemikian tidak akan terjadi dan hanya merupakan angan-angan seorang Menteri.

            Serupa juga dengan janji yang diberikan untuk menyediakan rumah bagi rakyat, hanya merupakan angan-angan untuk ‘menyedapkan’ hati rakyat. Dikatakan lah oleh menteri berkenaan bahawa pada tahun-tahun sekian akan terbinalah berapa ribu buah rumah untuk rakyat. Maka senanglah hati rakyat mendengar perkhabaran sedemikian. Soalnya apakah betul akan terjelma keadaan sedemikian.

            Mungkin selepas ini ramai lagi Menteri yang mengikut jejak langkah Dr Mazlee ataupun mungkin mereka akan digugurkan.

abuhassanadam
3 Januari 2020

           

           

1 comment:

  1. As reported by Stanford Medical, It's indeed the ONLY reason this country's women live 10 years more and weigh on average 42 pounds less than we do.

    (And really, it has NOTHING to do with genetics or some secret exercise and EVERYTHING to do with "how" they are eating.)

    BTW, What I said is "HOW", not "what"...

    TAP this link to discover if this brief quiz can help you unlock your true weight loss potential

    ReplyDelete