MENTERI PERLU DINILAI...
Sekurang-kurangnya
Dr Mazlee cuba membuat berbagai percubaan dalam memajukan kementrian
pendidikan. Ini diakui sendiri oleh Tun Mahathir. Dan sebagaimana kebiasaan
manusia yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan, maka Dr Mazlee juga
dikatakan melakukan kesilapan, suatu ‘kesilapan’ yang amat tidak disukai oleh
Tun Mahathir yang menyebabkan beliau dinasihatkan untuk meletak jawatan.
Bagaimana
pula dengan keadaan menteri-menteri lain?
Jikalau
dikatakan bahawa mereka tidak melakukan apa-apa kesilapan bermakna bahawa
mereka tidak langsung berusaha untuk melakukan perubahan dan pembaharuan dalam
kementerian yang mereka bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya ada menteri yang
cuba melakukan perubahan yang cukup besar dengan memperkenalkan kereta terbang
untuk Malaysia. Belum lagi kelihatan kereta terbang di negara kita. Sepatutnya
menteri berkenaan sudah terlebih dahulu meletak jawatan dari Dr Mazlee. Mungkin
kesilapan yang dilakukannya tidak menyakiti hati Tun Mahathir.
Tentulah
tidak adil sekiranya fokus kita hanya kepada menteri kereta yang tidak boleh terbang. Ramai lagi
menteri lain dalam kabinet Tun Mahathir yang belum mengorak langkah melakukan
perubahan ataupun sekurang-kurangnya berusaha untuk memperkenalkan perubahan.
Seolah-olah mereka berada dalam keadaan ‘berhoney-moon’ ataupun ‘kegiatan’
mereka tertumpu kepada usaha mengekalkan kedudukan mereka dari segi politik.
Ada yang lebih mementingkan keselamatan kedudukan mereka dalam politik lantas
terus menerus membuat kenyataan , ‘ Tun Mahathir harus meneruskan pentadbiran
sehingga tamat tempoh’.
Ada
menteri yang begitu berminat untuk membuat kenyataan demi kenyataan untuk
menyedapkan hati rakyat yang mendengar sedangkan tidak nampak pun sesuatu yang
konkrit hasil dari tindakannya. Memang gah bunyinya tetapi kadang-kadang
kelihatan seperti ‘angan-angan Mat Jenin’ saja.
Kadang-kadang
terfikir juga tentang mengapa keadaan di negara kita sekarang menjadi seteruk
ini. Kita menyedari bahawa puncanya tentulah pentadbiran yang terdahulu yang
telah banyak menimbulkan bencana kepada negara sehinggakan negara Malaysia
hampir muflis dengan tindakan pentadbiran yang terdahulu. Tetapi soalnya berapa
lama lagi kita perlu menyalahkan pentadbiran dahulu. Apakah langkah-langkah
yang perlu diambil bagi menegakkan semula pentadbiran yang berkesan kepada
negara.
Kelihatan
juga seolah-olah para Menteri tidak mengembelingkan tenaga pentadbir yang ada
di setiap kementerian. Kemana perginya Ketua Setiausaha Kementerian. Ke mana
hilangnya Ketua Pengarah. Berbilion ringgit dibelanjakan untuk membayar gaji
para pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas-tugas kementerian. Apakah mereka
sedang ‘lena’ menikmati gaji yang lumayan yang diberikan oleh rakyat Malaysia
melalui cukai-cukai yang dibiayai oleh rakyat.
Atau
mungkin juga disebabkan para menteri kita tidak ‘membuka mulut’ langsung
memberikan arahan kepada para pegawai kita tentang apakah yang sepatutnya
dilakukan oleh mereka. Sepatutnya para menteri mesti ‘berani’ memberi arahan
tentang apa yang sepatutnya dilakukan demi memajukan kementerian dan negara.
Dan sekiranya para menteri ‘mendiamkan diri’ tentulah para pegawai tidak berani
untuk bergerak bersendirian.
Mungkin
juga agaknya mesyuarat ‘post-kabinet’ yang diadakan selepas mesyuarat kabinet
tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh para menteri. Di situlah sepatutnya dijelaskan
dengan sejelas-jelasnya oleh Menteri apakah yang sepatutnya dilakukan oleh para
pegawai. Jika diteliti dan diperhalusi memang tidak sepatutnya berlaku keadaan
di mana sehingga kini negara kita masih belum bergerak dalam keadaan yang
sepatutnya.
Jika
betullah yang Perdana Menteri akan melihat dan meneliti ‘Report- Card’ setiap
menteri maka amat wajarlah tahun 2020 dijadikan titik tolak menilai pencapaian
yang dilakukan oleh seseorang menteri. Dan sampailah masanya Tun Mahathir
melakukan tindakan drastik menasihati para menteri yang tidak mencapai tahap
yang sepatutnya. Dan tentulah wajar juga mereka mengikutii jejak langkah Dr
Mazlee daripada mereka berada di situ semata-mata untuk memanaskan kerusi dan ‘menghabiskan
beras’ sahaja. Ataupun mungkin juga Perdana Menteri yang sepatutnya berundur.
abuhassanadam
8 Januari 2020
In this manner my colleague Wesley Virgin's biography starts with this SHOCKING and controversial VIDEO.
ReplyDeleteWesley was in the military-and shortly after leaving-he discovered hidden, "mind control" tactics that the CIA and others used to get anything they want.
As it turns out, these are the exact same SECRETS tons of celebrities (especially those who "became famous out of nothing") and the greatest business people used to become rich and famous.
You probably know that you utilize only 10% of your brain.
That's mostly because the majority of your BRAINPOWER is UNCONSCIOUS.
Perhaps that expression has even occurred IN YOUR own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head about 7 years ago, while riding an unlicensed, beat-up bucket of a vehicle without a driver's license and $3.20 on his debit card.
"I'm so fed up with living check to check! When will I finally succeed?"
You've taken part in those types of thoughts, ain't it so?
Your success story is going to happen. Go and take a leap of faith in YOURSELF.
WATCH WESLEY SPEAK NOW