DR MAZLEE – LANGKAH TERPUJI DAN AKAN MENYUSUL…
Tindakan
yang dilakukan oleh mantan Menteri Pendidikan itu adalah merupakan langkah
terpuji dan merupakan tindakan yang seingat aku belum pernah berlaku lagi di
Malaysia. Dr mazlee sedar bahawa walaupum apa yang dilakukannya itu dianggap
terpuji dan wajar bagi setengah pihak namum ramai juga yag merasakan segala
dasar yang dijalankan olehnya tidak menepati hasrat banyak pihak rakyat di
Malaysia. Lantas beliau mengambil keputusan yang begitu drastik. Syabas!
Kini
rakyat telah menyatakakan sokongan terhadap apa yang dilakukan oleh Dr Mazlee.
Namun yang anihnya sebelum ini ramai yang membisu seribu bahasa dan tidak pun
menampakkan sokongan padu tentang apa yang dilakukan oleh beliau. Dr Mazlee
seolah-olah ‘terkapai-kapai’ keseorangan mempertahankan segala dasar yang
diperkenalkan. Dan tentunya segala dasar yang hendak diperkenalkan tentunya
telah mendapat sokongan dari Tun Mahathir sendiri. Dan begitulah nasib seorang
menteri apabila berhadapan dengan masalah maka hadapilah bersendirian.
Lumrah
alam sebagai kebiasaan ada pihak yang bersetuju dan ada juga pihak yang
menentang tentang apa yang dilakukan. Dan jangan pula dipersalahkan pihak yang
merasakan bahawa Dr Mazlee tidak layak untuk menerajui kementerian pendidikan,
walaupun banyak pihak yang merasakan Dr Mazlee cukup berjasa dalam menangani
berbagai masalah yang berkait dengan guru dan pelajar yang berkait dengan
menjaga kebajikan pelajar dan gruru.
Dalam hal sedemikian maka Dr Mazlee tentunya sudah boleh diberikan markah
penuh.
Sebaliknya
Menteri Pendidikan bukan saja bertugas untuk menjaga kebajikan pelajar dan guru
tetapi lebih jauh dan luas daripada itu. Cabaran yang dihadapi oleh rakyat dan
negara dalam mengharungi Kurun ke 21 adalah amat besar dan mencabar dan banyak
memerlukan peranan pendidikan dalam menentukan hala tuju negara. Negara-negara
maju dunia sangat bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pendidikan yang
diberi kepada anak negeri. Dan dalam usaha untuk memajukan pendidikan negara
tidak pula harus hanya sebagai melepaskan batuk ditangga.
Mungkin
sebahagian besar masyarakat di Malaysia kini melihat ‘sumbangan’ Dr Mazlee dari
sudut itu. Dalam masa hampir dua tahun mengemudi kementerian Pendidikan, tidak
kelihatan sesuatu yang konkrit dilakukan untuk membawa negara ke arah itu
sedangkan negara-negara yang dulunya mundur dari kita sudah berada di hadapan
kita. Inilah yang merunsingkan sebahagian besar rakyat Malaysia.
Ramai
yang meramalkan bukan Dr Mazlee seorang yang harus meletakkan jawatan. Maknanya
ramai lagi menteri yang dilantik oleh Tun Mahathir perlu mengundur diri setelah
sekian lama ‘bertakhta’ dan tidak menunjukkan kemajuan yang diharapkan oleh
rakyat. Malaysia pada tahun 2020 mahu melihat para menteri yang cekap dan berwibwa
dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dan bukan lagi menteri yang suka
berangan-angan dan mengajak rakyat memasang angan-angan bersama.
Rakyat
mahu melihat para menteri mengotakan janji yang dibuat. Jikalau seorang menteri
menjanjikan kereta terbang untuk Malaysia (semacam angan-angan Mat Jenin) maka
mereka mahu melihat terjelma kereta terbang walaupun rakyat yakin perkara
sedemikian tidak akan terjadi dan hanya merupakan angan-angan seorang Menteri.
Serupa
juga dengan janji yang diberikan untuk menyediakan rumah bagi rakyat, hanya
merupakan angan-angan untuk ‘menyedapkan’ hati rakyat. Dikatakan lah oleh
menteri berkenaan bahawa pada tahun-tahun sekian akan terbinalah berapa ribu
buah rumah untuk rakyat. Maka senanglah hati rakyat mendengar perkhabaran
sedemikian. Soalnya apakah betul akan terjelma keadaan sedemikian.
Mungkin
selepas ini ramai lagi Menteri yang mengikut jejak langkah Dr Mazlee ataupun
mungkin mereka akan digugurkan.
abuhassanadam
3 Januari 2020
You should see how my buddy Wesley Virgin's autobiography launches in this SHOCKING AND CONTROVERSIAL video.
ReplyDeleteWesley was in the military-and shortly after leaving-he unveiled hidden, "mind control" tactics that the government and others used to get whatever they want.
THESE are the EXACT same tactics lots of celebrities (notably those who "come out of nowhere") and elite business people used to become rich and successful.
You've heard that you use less than 10% of your brain.
Mostly, that's because the majority of your brain's power is UNTAPPED.
Perhaps this conversation has even taken place IN YOUR very own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head around seven years ago, while driving a non-registered, beat-up bucket of a vehicle with a suspended driver's license and with $3.20 on his banking card.
"I'm so frustrated with living paycheck to paycheck! Why can't I turn myself successful?"
You've been a part of those those types of conversations, right?
Your success story is waiting to be written. You need to start believing in YOURSELF.
WATCH WESLEY SPEAK NOW