‘MELUR’ DAN ‘MAKAN’ DI LONDON
Setiap
kali aku berkunjung dan bercuti di London pastinya aku akan singgah di restoran
“MAKAN’ dan ‘MELUR’ dua restoran anak Melayu (tulin) dari Kedah yang telah
berjaya ‘mengharumkan’ nama Melayu dengan menjalankan perniagaan kedai makan di
tengah kota London. Restoran ‘MAKAN’ terletak di 270 Portobello Road, W10 5TY
London sedangkan Restoran MELUR di 175A, Edgware Road London W2.
Aku
bangga dengan kehadiran dua restoran Melayu ini walaupun ada restoran-restoran
Melayu lain yang bertapak di London ini. Aku berbangga dengan kehadiran mereka
disebabkan aku tahu dan sentiasa mengikti perkembangan perniagaan mereka
terutamanya ‘langkah demi langkah’ yang dilakukan oleh pengusaha Resoran MAKAN
yang bernama Azhar dan lebih dikenali dengan panggilan ‘Art’ dan isterinya bernama Ani.
Perniagaan
Azhar dan Ani bermula secara kecil-kecilan di Kantin Malaysia Hall (lama) pada awal tahun-tahun 1990an yang pada ketika
itu di Bryanston Square. Seingat aku ketika aku memulakan tugas aku sebagai
Pengarah di Malaysian Student Department (MSD) pada tahun 1995 maka Azhar dan
Anilah yang menjalankan perniagaan di situ. Dan sehingga penghujung tahun 1998,
maka Azhar lah yang menjalankan perniagaan di situ.
Mungkin
ramai yang tidak tahu bagaimana Restoran MAKAN yang diselenggarakan oleh Azhar
pada hari ini telah menjadi sebuah restoran antarabangsa yang boleh dibanggakan
kewujudannya. Tidak banyak perbezaan antara Restoran MAKAN dan
restoran-restoran lain yang ada di kota London ini, apatah lagi apabila
melihatkan pengunjung restoran MAKAN bukan sahaja dikunjungi oleh pelawat dari
Malaysia tetapi dikunjungi juga oleh pelawat dari seluruh dunia dan makanan
yang dijual juga tidak terhad kepada makanan Melayu.
Aku
ingin menyingkap sejenak peranan dan sumbangan Azhar dan Ani dalam membantu
pelajar Malaysia yang dalam kesusahan ketika berada di rantau orang. Selama
empat tahun (1995-1998) Azharlah yang bertanggungjawab menyediakan makanan
untuk pelajar-pelajar ketika ‘More” selepas sembahayang terawih di Malaysia
Hall hasil sumbangan kewangan daripada penderma-penderma dari Malaysia dan dari
London sendiri. Mereka tidak jemu-jemu menyediakan makanan kepada anak-anak
pelajar samada pada bulan Ramadhan ataupun untuk menyediakan makanan pada hari
raya.
Berkat
ketabahan Azhar dan Ani menjalankan perniagaan kantin yang bermula dengan
secara kecil-kecilan telah berkembang maju menjadi suatu perniagaan yang boleh
dibanggakan oleh orang Melayu. Walaupun ada restoran Melayu yang pada mulanya
maju dan berjaya tetapi akhirnya terpaksa ‘bungkus’ namun sehingga kini
Restoran MAKAN terus berkembang maju dari setahun ke setahun.
Aku
mendoakan ‘Art dan Ani terus berjaya.
abuhassanadam
9 Januari 2020
If you're looking to lose pounds then you absolutely have to start following this brand new custom keto plan.
ReplyDeleteTo create this service, licenced nutritionists, fitness trainers, and chefs have joined together to develop keto meal plans that are useful, convenient, money-efficient, and delightful.
Since their first launch in early 2019, hundreds of clients have already remodeled their body and health with the benefits a smart keto plan can give.
Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover eight scientifically-proven ones provided by the keto plan.