KENYATAAN TUN M MENGEMBIRAKAN RAKYAT
Kata Tun Mahathir, "I promised to step down after the Apec
summit. I will keep my promise…” Malaysiakini bertarikh 14 Februari 2020.
Kenyataan
ringkas sebegini tentunya dapat menenangkan perasaan rakyat negara ini dan
seterusnya mengembirakan banyak pihak walaupun ada pihak-pihak tertentu yang
merasakan kurang senang mendengar kenyataann sedemikian. Rakyat Malaysia merasa
gembira bukan disebabkan tidak suka kepada pentadbiran Tun Mahathir tetapi
sebenarnya dengan keadaan sedemikian telah menentukan satu tarikh bagi
perpindahan kuasa daripada Tun Mahathir kepada DS Anwar Ibrahim sebagaimana
yang telah dijanjikan sebelum pilihanraya ke 14 dulu.
Rakyat Malaysia pada umumnya gelisah
dengan perkembangan politik yang berbagai-bagai terutama yang membabitkan
‘kacau-bilau’ yang ditimbulkan oleh parti PAS yang kononnya akan mengemukakan
‘undi percaya’ kepada kepimpinan Tun Mahathir dan mahukan agar Tun Mahathir
meneruskan kepimpinan sehingga habis tempohnya. Tentulah agak luar biasa
saranan yang dikemukakan oleh para pemimpin parti berkenaan yang merupakan
parti pembangkang di parlimen yang menyokong Perdana Menteri yang memerintah.
Janggal disebabkan seolah-olah ada
‘udang disebalik batu’. Dan sebagaimana yang dijelaskan oleh kepimpinan mereka
menyatakan bahawa mereka melakukan sedemikian demi untuk menyuburkan demokrasi
dan ‘untuk menyelamatkan negara’. Tentulah agak pelik rasanya tujuan dan
matlamat mereka melakukan perkara sedemikian. Pertama sekali apakah bentuk
‘menyelamatkan negara’ yang perlu mereka lakukan. Dan apakah keadaan negara
kini sudah begitu teruk sehinggakan memerlukan ‘untuk diselamatkan’.
Ramai juga yang merasakan bahawa
tujuan kepimpinan PAS untuk mengusulkan ‘undi kepercayaan kepada Tun Mahathir
itu’ semacam sesuatu yang janggal dan luar biasa. Sebagaimana yang dinayatakan
oleh Tuan Haji Hadi bahawa, “Yang
penting ialah kita mahu selamatkan negara. Bukan sahaja orang Melayu orang
Islam, termasuk kaum lain.Adalah lebih baik kita memberi undi kepercayaan kepada
perdana menteri, Tun Mahathir yang sudah ada pengalaman memerintah paling
lama.Bukan tak ada masalah (bawah teraju Tun), ada masalah, tapi (Tun) dapat
mengatasi masalah, yang kita yakin.Kita minta supaya (Dr Mahathir) diberi
kepercayaan menjadi perdana menteri sehingga habis penggal. Itu cadangan
PAS.Dan kita ingin memberi cadangan yang paling munasabah’.
Yang jelasnya mengikut perikiraan
banyak orang tujuan disebalik mengemukakan undi kepercayaan kepada Tun Mahathir
ialah untuk menyekat kemaraan DS Anwar Ibrahim menggantikan Tun Mahathir
sebagai Perdana Menteri ke8. Dan ramai juga yang mempersoalkan tentang
mengapakah begitu sekali sikap kepimpinan PAS terhadap kemaraan DS Anwar
Ibrahim itu. Bukankah telah dipersetujui oleh kepimpinan Pakatan Harapan bahawa
Tun Mahathir hanya sebagai Perdana Menteri untuk jangka waktu tertentu sahaja
dan selepas itu diserahkan kepada DS Anwar Ibrahim. Hal sedemikian telah
dipersetujui oleh kepimpimpinan Pakatan Harapan. Dan yang menghairankan ialah
bagaimana kepimpinan PAS pula begitu sibuk mencampuri urusan Parti Pakatan
Harapan, walaupun tidak kelihatan ketara ‘kesibukan’ itu.
Kenyataan Tun Mahathir akan melenyapkan
berbagai tohmahan yang sedang berlegar dalam negara terutama apabila terdengar
ada ura-ura tersebarnya berita yang mengatakan bahawa ada usaha-usaha untuk
mengumpulkan tandatangan ahli-ahli Parlimen untuk menyatakan sokongan kepada
kepimpinan Tun Mahathir. Walaupun ada pihak yang cuba menafikan kewujudan
kegiatan sedemikian namun ‘jikalau tidak ada angin takkanlah pokok bergoyang’.
Dengan kenyataan Tun Mahathir ini akan melenyapkan tohmahan-tohmahan
sedemikian.
abuhassanadam
14 Februari 2020
In this manner my pal Wesley Virgin's tale launches with this SHOCKING and controversial VIDEO.
ReplyDeleteWesley was in the military-and soon after leaving-he discovered hidden, "MIND CONTROL" tactics that the CIA and others used to get whatever they want.
THESE are the exact same methods tons of famous people (especially those who "come out of nowhere") and top business people used to become rich and famous.
You probably know how you only use 10% of your brain.
Mostly, that's because the majority of your brainpower is UNTAPPED.
Perhaps that expression has even occurred INSIDE your very own mind... as it did in my good friend Wesley Virgin's mind 7 years ago, while driving an unregistered, beat-up trash bucket of a car without a license and $3.20 on his bank card.
"I'm absolutely fed up with going through life paycheck to paycheck! When will I become successful?"
You took part in those questions, right?
Your success story is waiting to start. You need to start believing in YOURSELF.
Watch Wesley Virgin's Video Now!
ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
ReplyDeleteWA : +85587781483