Saturday, February 22, 2020

JIKALAU BUKAN ANWAR SIAPA LAGI?


JIKALAU BUKAN ANWAR SIAPA LAGI?

            Kita tidak tahu apakah yang diperkatakan oleh kedua pemimpin negara itu, Tun Mahathir dan DS Anwar Ibrahim ketika ‘berdua-duan’ dalam bilik Tun Mahathir beberpa hari yang lalu. Tidak mungkin semua yang diperkatakan oleh mereka, perlu diketahui oleh semua pemimpin lain dan para wartawan. Dan tidak perlulah diketahui oleh orang lain ‘bisikan’ yang disampaikan ke telinga masing-masing. Dan ini termasuklah tarikh pemindahan kuasa dari Tun M kepada DS Anwar.

            Mungkin sudah termaktub dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak tentang tarikh berkenaan dan cuma tidak didedahkan sahaja kepada umum atas alasan dan sebab-sebab yang mereka sahaja yang mengetahuinya. Tentulah ada sebab-sebabnya mengapa tidak perlu didedahkan dan tentulah masyarakat umum tidak perlu mengetahui sebab-sebabnya. Apakah yang diketahui dan diramalkan oleh mereka tentulah tidak dapat dijangkau oleh pemikiran manusia biasa –masyarakat umum.

            Ada juga segelintir yang masih tidak dapat menerima keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan yang berlangsung semalam. Ada yang merasakan perpindahan kuasa itu sepatutnya berlaku pada bulan Mei 2020 dan ada juga yang mahukan agar Tun M meneruskan kepimpinan beliau sehingga habis penggal. Demi untuk ‘menjaga hati’ masing-masing maka perpindahan kuasa itu akan dilakukan selepas persidangan APEC.

            Timbul pula persoalan baru. Apakah Tun Mahathir akan mengkota apa yang diperkatakannya? Apakah sebenarnya maksud ‘selepas APEC’ itu. Bagi setengah pihak ada yang mengatakan kenyataan beliau itu terlalu kabur untuk diterima. Mungkin awal tahun 2021. Mungkin juga 2022. Rakyat seeloknya letakkan kepercayaan kepada apa yang diucapkan oleh Tun M itu sebagaimana kepercayaan yang telah diberikan oleh DS Anwar sendiri. Bukankah DS Anwar sendiri yang mencadangkan agar Tun M sendiri yang meletakkan tarikhnya. Lagi pun tidak seharusnya seorang pemimpin agung seperti Tun M sanggup ‘mengecewakan’ rakyat Malaysia dengan tidak menepati janji yang telah dibuat.

            Sebenarnya sebilangan besar rakyat Malaysia seolah-olah sudah  tidak sabar-sabar mahu melihat DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke8. Ini tidak pula bermakna mereka menentang kepimpinan Tun Mahathir. Perangai manusia biasa tentunya mahu melihat sesuatu yang baru, mahu melihat corak kepimpinan yang akan dipersembahkan oleh Perdana Menteri yang baru, apatah lagi kepada para pejuang Reformasi (Otai Reformasi) seolah sudah tidak sabar-sabar melihat perubahan kuasa itu berlaku. Mahu melihat idolah yang dipuja mereka selama ini ‘menaiki takhta.

            Sekiranya diperhalusi dan difikirkan secara mendalam, tidak ada seorang pemimpin di negara ini kini yang boleh menandingi kehebatan DS Anwar Ibrahim. Mungkin ramai para pejuang muda kini yang tidak tahu dan ‘tidak bersama’ beliau dalam perjuangan membina bangsa Malaysia yang tercinta ini. Mungkin ramai anak muda kini yang mengenali DS Anwar Ibrahim ketika beliau bermastautin di Sungai Buluh dan tidak tahu dan mengenali perjuangan beliau sebagai seorang pemimpin belia global yang pernah mengharumkan nama Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mungkin ramai yang tidak dapat mengiktiraf ketokohan beliau disebabkan tidak peka dengan perjuangan yang beliau lakukan.

             Tun Mahathir tentu lebih tahu dan lebih kenan siapa dia Anwar Ibrahim semenjak dari zama belia renajanya. Bukankah Tun Mahathir yang mempelawa dan ‘membesarkan’ beliau dalam UMNO sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun-tahun penghujung 1990an dahulu. Mungkin rakyat juga tidak tahu tentang keakraban dan persahabatan yang luar biasa antara kedua pemimpin ini.

            Atas asas-asas itulah jikalau bukan DS Anwar siapalah agaknya yang layak dijadikan Perdana Menteri kelapan.

abuhassanadam
22 February 2020


1 comment:

  1. Easy "water hack" burns 2 lbs OVERNIGHT

    Well over 160,000 women and men are using a simple and SECRET "water hack" to lose 2lbs every night while they sleep.

    It is simple and it works every time.

    Here are the easy steps for this hack:

    1) Take a glass and fill it up half full

    2) And then do this weight loss HACK

    and you'll become 2lbs thinner the next day!

    ReplyDelete