RAKYAT
MENUNGGU ‘KEHADIRAN’ ANWAR
Orang Melayu khususnya dan rakyat
Malaysia umumnya amat berbudi bahasa apabila berhadapan dengan keadaan untuk
memilih ‘ditelan mati emak dan diluah mati bapak’. Maksud aku apabila rakyat
berhadapan dengan keadaan di mana Tun Mahathir seolah-olah tidak mahu
‘berundur’ dari jawatanya untuk diserahkan kepada DS Anwar Ibrahim. Rakyat
Malaysia menunggu penuh kesabaran peralihan kuasa sedemikian. DS Anwar Ibrahim
juga menunggu dengan penuh kesabaran walaupun ada terdengar suara-suara sumbang
yang mengatakan yang belliau tidak sabar menanti ‘kata dikotakan’ sebagaimana
yang telah diputuskan dalam persidangan Pakatan Harapan sebelum PRU 14 yang
lalu.
Rakyat Malaysia semacam tidak ‘
sampai hati’ menyuarakan pandangan agar Tun Mahathir berundur terutama selepas
beberapa kali Pakatan Harapan tewas dalam pilihan raya. Walaupun tidak
seharusnya kekalahan itu diletakkan sepenuhnya ke atas bahu Tun Mahathir namun
sebagai Perdana Menteri dan Presiden Pakatan Harapan sepatutnya lah tanggungjawab
berkenaan dipikul oleh beliau. Namun rakyat umumnya tidak sampai hati
meletakkan kesalahan itu kepada beliau, walaupun ada suara-suara yang
samar-samar merasakan yang beliau sepatutnya bertanggungjawab sebagaimana yang
pernah berlaku kepada DS Abdullah Badawi suatu ketika dahulu.
Rakyat Malaysia terus menerus
mendiamkan diri sambil mendoakan akan berlaku perubahan dan peralihan kuasa
segera daripada Tun Mahathir kepada DS Anwar Ibrahim. Rakyat terbanyak tahu
bahawa tentulah ada sebilangan kecil rakyat Malaysia yang tidak mahu melihat
perubahan tampuk pemerintahan ini berlaku. Ada juga sebilangan kecil rakyat
yang amat tidak ‘berkenan’ DS Anwar menjadi Perdana Menteri dengan mencadangkan
agar Tun Mahathir terus menerus memegang tampuk pemerintahan negara sehingga
penggal berakhir. Yang anihnya ada juga yang mencadangkan sedemikian dengan
melupakan janji-janji dan persetujuan yang telah dibuat menjelangnya PRU ke 14
dahulu. Kumpulan ini seolah-olah mahu melupakan terus janji-janji yang telah
termeterai.
Kumpulan yang menentang perjanjian
sedemikian sebenarnya tidak faham keadaan sebenarnya bahawa rakyat sememangnya
menunggu dan menanti dengan penuh sabar kehadiran DS Anwar Ibrahim untuk
memimpin negara ini. Ini tidak pula bermakna bahawa rakyat tidak suka kepada
kepimpinan Tun Mahathir. Rakyat sudah berlaku amat adil dengan ‘membenarkan’
Tun Mahathir memimpin negara ini buat sementara menunggu giliran DS Anwar
Ibrahim. Dan mungkin juga Tun Mahathir memahami keadaan sedemikian yang mana
rakyat memang sebenarnya menunggu kepimpinan DS Anwar Ibrahim.
Alasannya begini. Dalam usaha
Pakatan Harapan untuk memenangi PRU14 dulu, Tun Mahathir sanggup ‘merendah
diri’ berjumpa dan berbincang dengan DS Anwar ketika beliau masih dipenjarakan.
Tun Mahathir amat sedar tentang pengaruh kuat DS Anwar ke atas rakyat Malaysia.
Rakyat sedar tentang peranan ‘penyudah’ Tun Mahathir dalam menyempurnakan
kemenangan Pakatan Harapan kemudiannya, namun rakyat juga sedar bahawa perana
DS Anwar juga tidak kurang pentingnya dalam memenangkan Pakatan Harapan. Slogan
‘REFORMASI’ yang sentiasa dilaung-laungkan dalam suasana berkempen dulu banyak
membantu kemenangan Pakatan Harapan. Dan tidak keterlaluan sekirannya dikatakan
bahawa rakyat Malaysia sememangnya mahu melihat ‘air tangan’ DS Anwar Ibrahim
sebagai pemimpin negara ini.
Tak usahlah ada suara-suara sumbang
yang mahu menganggu gugat peralihan kuasa ini kerana rakyat Malaysia dari semua
banagsa sudah bersatu hati meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada DS
Anwar Ibrahim apatah lagi setelah didengar oleh mereka ‘suara hati’ Tun
Mahathir yang bertekad untuk menyerahkan negara ini kepada beliau dan tidak ada
nama-nama lain untuk dipertanggung-jawabkan. Dan tak payahlah ada lagi
‘tokoh-tokoh’ yang bermimpi untuk menduduki ‘takhta’ berkenaan.
Walau apa pun perencanaan kita namun
ketentuan dari Allah juga yang menentukan segala-galanya.
abuhassanadam
15 Februari
2020
Do you realize there's a 12 word phrase you can tell your partner... that will induce intense emotions of love and impulsive attraction to you buried within his heart?
ReplyDeleteThat's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's impulse to love, admire and protect you with all his heart...
12 Words That Trigger A Man's Desire Response
This impulse is so built-in to a man's genetics that it will make him try better than ever before to love and admire you.
Matter-of-fact, fueling this all-powerful impulse is so important to getting the best ever relationship with your man that once you send your man one of these "Secret Signals"...
...You'll immediately notice him open his heart and soul for you in such a way he's never experienced before and he will see you as the only woman in the world who has ever truly appealed to him.
ayo daftar di agen365*com :D
ReplyDeleteWA : +85587781483