APAKAH SLOGAN 'HALAL DARAHNYA' MENJADI KEBANGGAAN ORANG ISLAM?
Selama
mana lagi isu ‘Islam-bukan Islam’ dan ‘Melayu bukan Melayu’ ini hendak
‘ditamatkan’ di negara kita ini. Sehingga kini, tahun 2020 rakyat Malaysia
masih ‘bertekak’ ‘bertelagah’ membincangkan isu ‘Melayu bukan Melayu’ dan
‘Islam-bukan Islam’ sedangkan negara lain khususnya negara jiran dengan agak
senyap dan ‘tangkas’ terus menerus bergerak maju menyesuaikan diri dengan
kedudukan dalam suasana global.
Jangan
ditanyakan tentang Singapura yang telah begitu jauh meninggalkan kita di
belakang dari segi pencapaian dalam segenap lapangan. Kita renung saja ke
negara Vietnam yang terkenal dengan kemiskinannya pada suatu ketika dahulu dan
kini sedang rancak perkembangan ekonomi mereka sedangkan kita masih ditakuk lama.
Dan seolah-olah kita berbangga dengan ‘pencapaian’ kita memperagakan tentang
isu ‘Melayu bukan Melayu’ dan ‘Islam bukan Islam’
Bukankah
Islam itu menganjurkan persahabatan dan persefahaman berbai-baik antara sesama
manusia? Yang menghairankan mengapakah segelintir pemimpin Islam yang
berfahaman sempit sentiasa menganjurkan permusuhan antara penganut agama Islam
dan bukan Islam dengan slogan-slogan semata-mata untuk memuaskan hati nurani
yang mendengarnya. Malangnya ramai pula yang terus menerima ‘ajaran-ajaran’
sedemikian dan yang sentiasa disanjung dan dipuja.
Sejujurnya
dapat aku katakan bahawa sekiranya hendak diukur pencapaian antara orang Melayu
dan bukan Melayu dari segi apapun di Malaysia, dapat dikatakan bahawa orang
Melayu masih ketinggalan walaupun telah berpuluh tahun negara ini mencapai
kemerdekaan. Aku rasa hakikat ini amat disedari oleh pemimpin Melayu yang
sentiasa mendabik dada memperjuangkan kemajuan orang Melayu dan kesannya orang
Melayu masih berada ditakuk lama. Orang bukan Melayu sentiasa dipersalahkan
yang menyebabkan keadaan terjadi sedemikian sedangkan orang lain (bukan saja
orang Cina tetapi orang India juga maju kehadapan di Malaysia) terus maju
meletakkan diri mereka sejajar dengan perkembangan dunia.
Bukan
tidak ada sejarah orang Islam yang patut dibanggakan tetapi mungkin disebabkan
kecetekan ilmu para ustaz dan pengkuliah agama yang bertaburan di surau-surau
di Malaysia kini maka fakta sejarah yang menunjukkan kehebatan Islam
seolah-oleh ‘tenggelam’ disebabkan kejahilan setengah pemimpin agama yang jahil
dan tidak mahu memperdalami ilmu agama Isam ke arah kemajuan. Maka kesannya
lahirlah kumpulan masyarakat Melayu yang masih berfikiran kunu dan berada
ditakuk lama.
Aku
ingin mengambil petikan berjodol,
Cordoba, Pusat
Peradaban Islam di Eropa
Andalusia
yang saat ini masih tercatat sebagai salah satu provinsi yang ada di Spanyol,
menyisakan jejak-jejak kejayaan Islam pada masa lalu di Eropa. Salah satu kota
yang pernah menjadi pusat kejayaan islam di Eropa adalah kota Cordoba atau
Kordoba. Kota yang terletak di Andalusia, Spanyol Selatan ini merupakan tempat
tinggal para raja atau khalifah Daulah Umayyah II, yang berkuasa pada waktu
itu.
Secara umum,
kebanyakan penduduk Cordoba atau wilayah Andalusia adalah orang-orang arab
terhormat dari kawasan Timur yang berhasil menaklukan Andalusia pada waktu itu.
Pada masa pembentukan Daulah Umayyah II di Spanyol, yang dilakukan oleh
Abdul al-Rahman I (al-Dakhil), pada tahun 756 M. Cordoba dijadikan sebagai
pusat pemerintahannya, dengan mempersiapkan diri untuk melawan para pemberontak
yang merupakan kelompok dan suku setempat.
Pasca sukses menumpas para pemberontak yang ingin menghancurkan
pemerintahannya, Abdul al-Rahman I kemudian membangun Masjid Agung di
Cordoba, yang saat ini terkenal dengan sebutan La-Mezquita.
Agama
Islam tidak ‘lekeh’ dan orang Islam juga tidak lekeh tetapi mungkin disebabkan
‘diperlekehkan’ oleh segelintir pengembang Islam itu sendiri menyebabkan orang
Islam itu nampak lekeh. Segelintir umat Islam di negara ini lebih suka dan
meminati slogan seperti ‘halal darahnya’ daripada menekankan tentang kemajuan
Islam pada Kurun ke 8 yang telah berjaya hampir menakluki seluruh Eropah pada
ketika itu. Dan yang pentingnya penduduk Balkan berjaya ditawan oleh Islam
dengan cara yang paling ‘halus’ melalui budaya dan bukan dengan slogan ‘halal darahnya’.
Pada
zaman pemerintahan British di Tanah Melayu dulu, tidak semua yang dilakukan
oleh British itu buruk belaka. Aku harap pandangan aku silap dan sempit. Aku
tunjukkan contohnya. Penjajah British banyak melakukan keburukan dari baiknya. Namun
dari segi pendidikan ada juga usaha British yang bertujuan untuk memajukan anak
negeri. Sebagai contoh di Kuala Kangsar, bandar diraja. Pada sekitar tahun
1940an dan 1950an ada beberapa sekolah Inggeris didirikan di sekitar Kuala
Kangsar. Clifford School, Government English Girsl School (GEGS) (kini
dinamakan Sekolah Raja Perempuan Kalsom), Public school. Dan yang ternama ialah
Malay College yang khusus untuk anak golongan bangsawan.
Walaupun
didirikan sekolah-sekolah Inggeris berkenaan, namun pada ketika itu guru-guru
agama juga seolah-olah begitu bergiat di kampung-kampung menyampaikan ajaran
Islam, semacam ‘menghalang’ anak-anak Melayu daripada memasuki sekolah Inggeris
yang kononnya akan memeluk agama Kristian akhirnya. Oleh itu sekolah-sekolah
Inggeris yang didirikan pada ketika itu ‘dibanjiri’ oleh anak-anak pekedai Cina
dan anak India ladang getah yang berada disekitar Kuala Kangsar pada ketika itu
sedangkan anak Melayu hanya beberapa ‘kerat’ sahaja yang ‘berani’ ke sekolah
Inggeris.
Salah
siapa?
abuhassanadam
23 Februari 2020
Water Hack Burns 2lb of Fat OVERNIGHT
ReplyDeleteWell over 160,000 men and women are losing weight with a easy and secret "liquid hack" to lose 1-2 lbs each and every night as they sleep.
It is proven and it works all the time.
Just follow these easy step:
1) Take a clear glass and fill it up half the way
2) Then learn this awesome HACK
and you'll be 1-2 lbs skinnier the very next day!