KEMELUT POLITIK 2
KEMENANGAN MEREKA ATAS TIKET
MENENTANG KLEPTOKRAT
Harus
jangan dilupakan bahawa kemenangan Parti
BERSATU bersama dengan PKR, DAP
dan AMANAH dalam PRU 14 dulu adalah atas tiket menentang kleptokrasi atau
penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintahan BN yang lepas. Lantas rakyat
dengan tidak teragak-agak untuk memberikan sokongan kepada calon-calon Pakatan
Harapan dengan harapan mereka akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk
memulihkan keadaan negara yang semacam sudah tidak dapat dipulihkan semula.
Rupanya betul kata Tun Mahathir yang
rakyat mudah lupa. Dan Tun Mahathir sendiri juga mudah lupa. Bukankah telah
dipersetujui dan diperakukan bahawa Saudara Anwar Ibrahim akan menggantikan
beliau sebagai Perdana Menteri 8 apabila sampai waktu dan ketika. Kini beliau
telah ‘berubah angn’ dengan menyatakan sokongan kepada TS Muhyiddin Yassin.
Bukankah TS Muhyiddin Yassin juga
yang bersungguh-sungguh benar menentang penyelwengan yang dilakukan oleh
pemimpin Barisan Nasional pada suatu ketika dahulu sehinggakan beliau juga
dipecat oleh DS Mohd Najib dan kemudiannya beliau bersama kepimpinan baru
membentuk BERSATU. Rakyat memberikan sokongan kepada tokoh-tokoh ini disebabkan
kelihatan hasrat mereka mahu betul-betul membenteras penyelewengan dalam
pentadbiran kerajaan. Nampaknya harapan rakyat itu tetap meleset.
Dengan tidak ada segan dan silu, TS
Muhyiddin mempelawa semula ‘rakan-rakan lama’ yang sudah kelihatan jelas
terlibat dalam berbagai bentuk penyelwengan dan sedang menghadapi pertuduhan.
Walaupun disarankan oleh Tun Mahathir agar berhati-hati dalam memilih ‘rakan
kongsi’ yang baru, nampaknya TS Muhyiddin ‘tidak mempedulikan’ saranan demikian
demi untuk ‘menyelamatkan’ diri yang berkemungkinan akan ‘tenggelam’
ditenggelami oleh ‘ombak’ badai bikinan Saudara Anwar Ibrahim.
Dan tentunya prinsip diketepikan
terlebih dahulu untuk menyelamatkan diri. Hasrat rakyat harus dikesampingkan
demi untuk mendapatkan sokongan untuk menyelamatkan diri. Itulah antara
ciri-ciri kepimpinan yang terdapat di Malaysia kini. Hanya ‘menanam tebu
dibibir mulut’ demi untuk ‘menggulai hati dan perasaan rakyat. Malangnya rakyat
tidak pula menaruh dendam terhadap sikap yang ditunjukkan oleh para pemimpin
sedemikian.
Itu dulu. Mungkin dalam tahun-tahun
sebelum 2020. Mungkin landscap politik di Malaysia akan berubah selepas tahun
2020. Para pemimpin harus berhati-hati menghadapai masyarakat Malaysia
pos-2020. Rakyat sudah agak muak dengan kerenah yang ditunjukkan oleh ‘orang
politik’ yang bersepah di Malaysia kini.
abuhassanadam
29 Februari 2020
This is how my pal Wesley Virgin's autobiography launches in this shocking and controversial VIDEO.
ReplyDeleteYou see, Wesley was in the army-and soon after leaving-he revealed hidden, "MIND CONTROL" secrets that the CIA and others used to get everything they want.
THESE are the same tactics lots of famous people (notably those who "became famous out of nowhere") and elite business people used to become wealthy and famous.
You probably know how you only use 10% of your brain.
That's because the majority of your BRAINPOWER is UNTAPPED.
Perhaps that thought has even taken place IN YOUR very own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head about seven years ago, while driving an unregistered, beat-up trash bucket of a car without a license and with $3.20 on his debit card.
"I'm so frustrated with living payroll to payroll! Why can't I become successful?"
You took part in those conversations, isn't it right?
Your very own success story is waiting to be written. All you need is to believe in YOURSELF.
WATCH WESLEY SPEAK NOW
admin numpang promo ya.. :)
ReplyDeletecuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indoneisa WA : +85587781483