Friday, February 14, 2020

KENYATAAN TUN M MENGEMBIRAKAN RAKYAT


KENYATAAN TUN M MENGEMBIRAKAN RAKYAT

Kata Tun Mahathir, "I promised to step down after the Apec summit. I will keep my promise…” Malaysiakini bertarikh 14 Februari 2020.

Kenyataan ringkas sebegini tentunya dapat menenangkan perasaan rakyat negara ini dan seterusnya mengembirakan banyak pihak walaupun ada pihak-pihak tertentu yang merasakan kurang senang mendengar kenyataann sedemikian. Rakyat Malaysia merasa gembira bukan disebabkan tidak suka kepada pentadbiran Tun Mahathir tetapi sebenarnya dengan keadaan sedemikian telah menentukan satu tarikh bagi perpindahan kuasa daripada Tun Mahathir kepada DS Anwar Ibrahim sebagaimana yang telah dijanjikan sebelum pilihanraya ke 14 dulu.

            Rakyat Malaysia pada umumnya gelisah dengan perkembangan politik yang berbagai-bagai terutama yang membabitkan ‘kacau-bilau’ yang ditimbulkan oleh parti PAS yang kononnya akan mengemukakan ‘undi percaya’ kepada kepimpinan Tun Mahathir dan mahukan agar Tun Mahathir meneruskan kepimpinan sehingga habis tempohnya. Tentulah agak luar biasa saranan yang dikemukakan oleh para pemimpin parti berkenaan yang merupakan parti pembangkang di parlimen yang menyokong Perdana Menteri yang memerintah.

            Janggal disebabkan seolah-olah ada ‘udang disebalik batu’. Dan sebagaimana yang dijelaskan oleh kepimpinan mereka menyatakan bahawa mereka melakukan sedemikian demi untuk menyuburkan demokrasi dan ‘untuk menyelamatkan negara’. Tentulah agak pelik rasanya tujuan dan matlamat mereka melakukan perkara sedemikian. Pertama sekali apakah bentuk ‘menyelamatkan negara’ yang perlu mereka lakukan. Dan apakah keadaan negara kini sudah begitu teruk sehinggakan memerlukan ‘untuk diselamatkan’.

            Ramai juga yang merasakan bahawa tujuan kepimpinan PAS untuk mengusulkan ‘undi kepercayaan kepada Tun Mahathir itu’ semacam sesuatu yang janggal dan luar biasa. Sebagaimana yang dinayatakan oleh Tuan Haji Hadi bahawa, “Yang penting ialah kita mahu selamatkan negara. Bukan sahaja orang Melayu orang Islam, termasuk kaum lain.Adalah lebih baik kita memberi undi kepercayaan kepada perdana menteri, Tun Mahathir yang sudah ada pengalaman memerintah paling lama.Bukan tak ada masalah (bawah teraju Tun), ada masalah, tapi (Tun) dapat mengatasi masalah, yang kita yakin.Kita minta supaya (Dr Mahathir) diberi kepercayaan menjadi perdana menteri sehingga habis penggal. Itu cadangan PAS.Dan kita ingin memberi cadangan yang paling munasabah’.

         Yang jelasnya mengikut perikiraan banyak orang tujuan disebalik mengemukakan undi kepercayaan kepada Tun Mahathir ialah untuk menyekat kemaraan DS Anwar Ibrahim menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke8. Dan ramai juga yang mempersoalkan tentang mengapakah begitu sekali sikap kepimpinan PAS terhadap kemaraan DS Anwar Ibrahim itu. Bukankah telah dipersetujui oleh kepimpinan Pakatan Harapan bahawa Tun Mahathir hanya sebagai Perdana Menteri untuk jangka waktu tertentu sahaja dan selepas itu diserahkan kepada DS Anwar Ibrahim. Hal sedemikian telah dipersetujui oleh kepimpimpinan Pakatan Harapan. Dan yang menghairankan ialah bagaimana kepimpinan PAS pula begitu sibuk mencampuri urusan Parti Pakatan Harapan, walaupun tidak kelihatan ketara ‘kesibukan’ itu.

         Kenyataan Tun Mahathir akan melenyapkan berbagai tohmahan yang sedang berlegar dalam negara terutama apabila terdengar ada ura-ura tersebarnya berita yang mengatakan bahawa ada usaha-usaha untuk mengumpulkan tandatangan ahli-ahli Parlimen untuk menyatakan sokongan kepada kepimpinan Tun Mahathir. Walaupun ada pihak yang cuba menafikan kewujudan kegiatan sedemikian namun ‘jikalau tidak ada angin takkanlah pokok bergoyang’. Dengan kenyataan Tun Mahathir ini akan melenyapkan tohmahan-tohmahan sedemikian.

abuhassanadam
14 Februari 2020   




2 comments:

  1. In this manner my pal Wesley Virgin's tale launches with this SHOCKING and controversial VIDEO.

    Wesley was in the military-and soon after leaving-he discovered hidden, "MIND CONTROL" tactics that the CIA and others used to get whatever they want.

    THESE are the exact same methods tons of famous people (especially those who "come out of nowhere") and top business people used to become rich and famous.

    You probably know how you only use 10% of your brain.

    Mostly, that's because the majority of your brainpower is UNTAPPED.

    Perhaps that expression has even occurred INSIDE your very own mind... as it did in my good friend Wesley Virgin's mind 7 years ago, while driving an unregistered, beat-up trash bucket of a car without a license and $3.20 on his bank card.

    "I'm absolutely fed up with going through life paycheck to paycheck! When will I become successful?"

    You took part in those questions, right?

    Your success story is waiting to start. You need to start believing in YOURSELF.

    Watch Wesley Virgin's Video Now!

    ReplyDelete
  2. ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete