PAPAN BATU
Terpanggil
aku untuk menulis mengenai ‘Papan Batu’ walaupun tidak ada perkara yang
menariknya mengenai topik ‘Papan Batu’ ini. Namun sekurang-kurangnya dapat
memberikan penjelasan tentang keadaan persekolahan pada tahun-tahun 1950an (pada
zaman pemerintahan British di Malaya) yang ada kaitannya dengan peggunan ‘Papan
Batu’.
Sekurang-kurangnya
anak zaman ini dapat membayangkan penggunaan papan batu oleh murid-murid Darjah
Satu dan Dua di sekolah-sekolah pada zaman itu. Terjentik aku menulis keadaan
ini bersesuaian dengan keadaan awal tahun dimana anak-anak kecil mula memasuki
alam persekolahan. Dan keadaan yang dialami oleh anak-anak kini tentulah
berbeza dengan keadaan yang dialami oleh anak-anak ketika bersekolah pada zaman
British.
Tahun
1951 aku berada dalam Darjah Satu di Malay Boys School Padang Rengas. Nama
sekolah pada ketika itu ditulis dalam Bahasa Inggeris walaupun ia merupakan
Sekolah Melayu Padang Rengas. Aku tak dapat menjelaskan mengapa ditulis
sedemikian. Mungkin ia merupakan arahan daripada pentadbiran British pada
ketika itu supaya menggunakan bahasa Inggeris walaupun ia merupakan sekolah
Melayu tulin.
Tidak
ada persediaan yang rapi untuk memasuki Darjah Satu pada ketika itu berbanding
dengan persediaan yang perlu disediakan oleh ibu bapa kini. Bukan tidak ada
arahan yang diberikan oleh sekolah untuk diikuti oleh ibu bapa ketika itu
tetapi kebanyakan ibu bapa tidak mempedulikan arahan sebegitu dan besar
kemungkinannya kerana tidak mampu menyediakannya. Misalnya pelajar-pelajar
diarahkan memakai baju putih dan seluar biru sebagai pakaian seragam sekolah
tetapi kebanyakan pelajar memakai pakaian yang tidak seragam. Dan ada yang
datang ke sekolah pakai sarong dan baju Melayu Teluk Belanga. Ramai juga yang
tidak memamakai pakaian seragam sekolah.
Emak
bapak aku sejak dari mula aku dan adik aku bersekolah sentiasa patuh arahan
Cikgu. Baju putih, seluar biru, kasut putih dibersih dengan berkapur pada
setiap minggu. Awal ke sekolah mesti mandi pagi dan gosok gigi berbeza dengan
kebanyakan rakan aku pada ketika itu yang tidak mandi pagi dan jauh sekali
menggosok gigi ketika ke sekolah.
Hanya
Papan Batu yang digunakan oleh murid-murid untuk latihan menulis. Pada ketika
itu belum ada lagi buku tulis yang boleh digunakan oleh murid-murid Darjah Satu.
Murid-murid Darjah Satu dan Darjah Dua hanya dibenarkan menggunakan Papan Batu.
Berwarna hitam dan berbingkai kayu yang boleh digunakan sebagai tempat menulis
dengan menggunakan alat tulis khusus untuk Papan Batu sahaja.
Pendek
kata Papan Batu hanya sebagai tempat latihan menulis dan bukan sebagai tempat
untuk melakukan rujukan tentang apa yang dipelajari di sekolah kerana apa yang
ditulis di atas Papan Batu akan terpadam
dengan senangnya. Jadi pembelajaran pada ketika itu bergantung kepada kekuatan
tenaga ingatan seseorang murid.
Darjah
Satu dan Darjah Dua masih menggunakan Papan Batu. Hanya apabila berada dalam
Darjah Tiga baru boleh menggunakan buku dan pensil. Kemahiran menulis dengan
pensil bermula dari Darjah Tiga sehingga Darjah Empat apabila murid-murid
dibenarkan menggunakan pen dengan dakwat celup.
abuhassanadam
6 Januari 2020
Did you know there is a 12 word phrase you can communicate to your man... that will induce intense emotions of love and instinctual attraction for you buried inside his chest?
ReplyDeleteBecause deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, look after and protect you with his entire heart...
12 Words Will Trigger A Man's Desire Instinct
This instinct is so hardwired into a man's genetics that it will make him work better than ever before to take care of you.
Matter-of-fact, fueling this influential instinct is so essential to having the best possible relationship with your man that as soon as you send your man one of the "Secret Signals"...
...You'll immediately notice him open his heart and mind for you in such a way he's never experienced before and he'll distinguish you as the only woman in the world who has ever truly understood him.