PERISTIWA 13 MEI TIDAK AKAN BERLAKU LAGI.......
Aku semacam tidak percaya kenyataan TS Muhyiddin
Yasin mengenai kemungkinan Peristiwa13 Mei akan tercetus lagi. Aku terfikir
takkanlah kenyataan sedemikian boleh terkeluar dari mulut seorang Timbalan
Perdana Menteri. Ataupun berkemungkinan
kenyataan beliau itu adalah ‘misquoted’ atau disalah tafsir oleh piha media
tentang kenyataan beliau itu. Walaubagaimana pun apa salahnya bagi seseorang
Timbalan Perdana Menteri memberikan peringatan kepada rakyat tentang bahaya
sedemikian.
Tetapi persoalan yang agak memeningkan kepala aku
(mungkin kepala aku seorang agaknya) ialah apakah mudah benar bagi masyarakat
Malaysia yang kononnya telah mencapai suatu peradaban yang tinggi, boleh
mencetuskan perbalahan kaum. Sejarah telah menunjukkan bahawa selepas peristiwa
tahun 1969 itu tidak pernah wujud lagi perbalahan kaum yang sedemikian rupa.
Maknanya sudah 45 tahun kita rakyat Malaysia sudah boleh hidup dalam keadaan aman
dan damai, walaupun terdapat perbalahan-perbalahan kecil di sana sini. Itu
biasalah….
TS Muhyiddin menggunakan rasional dan memberi amaran tentang keumngkinan
berlakunya peristiwa pahit itu memandangkan “perbalahan kaum ketika ini sudah
menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain……..Sebab itu timbul
pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan
dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya
tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969).
Dalam sesebuah negara demokrasi
seperti Malaysia ini kritik mengkeritik antara satu sama lain (ataupun antara
satu kaum dengan kaum lain) adalah merupakan perkara biasa, apatah lagi dengan
kemunculan media baru yang sudah tidak dapat dikawal dan dibendung ini. Aku
tidak mempunyai statistik tertentu tetapi apa yang aku perhatikan yang menjadi
bahan keritik media baru ialah mengenai rasuah dan penyelewengan yang dilakukan
oleh pemimpin-pemimpin UMNO (BN) dan para pegawai kerajaan.
Walaupun seribu alasan
diberikan oleh pihak kepimpinan negara mengenai sesuatu ‘penipuan’ yang
dijalankan, namun pihak yang terlibat tidak boleh ‘melangsaikan’ persepsi
rakyat tentang sesuatu isu itu. Misalnya
walaupun diberikan berbagai hujah untuk ‘menghalalkan’ pemberian kontrek untuk
membangunkan beberapa UITM baru-baru ini, rakyat tetap mempersoalakan
kewajarannya.
Sebenarnya perpaduan kaum
semakin kukuh kini berbanding dengan zaman sebelumnya. Yang melakukan kritikan
yang berbagai-bagai melalui media sosial bukannya kaum bukan Melayu semata-mata
tetapi kebanyakannya adalah terdiri dari cerdik pandai Melayu yang sudah tidak
boleh ditipu dan dikelentong. Adalah salah sekiranya diandaikan bahawa yang
menentang kepimpinan Melayu dalam UMNO itu hanya terdiri dari kaum bukan Melayu
sahaja. Ramai juga orang Melayu yang menentang UMNO selagi UMNO tidak
diperbetulkan.
Telah berlaku beberapa
perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih. Dengan jelas telah memperlihatkan
kepada kita bahawa perpaduan di Malaysia sudah semakin mantap. Kerjasama yang
ditunjukkan oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia patut dipuji. Dan di peringkat
bawahan kerjasama ini amat erat dan tidak menampakkan langsung kemungkinan
seperti yang disuarakan oleh TS Muhyiddin Yassin itu.
Aku berani mengatakan bahawa
peristiwa seperti mana yang tedapat pada 13 Mei 1969 itu tidak berlaku dan
tidak akan berlaku.Sudah begitu banyak provokasi yang dilakukan oleh
pihak-pihak tertentu untuk menaikkan kemarahan kaum lain, namun ‘jawapan’ yang
diberikan oleh kaum lain adalah jawapan beradab sesuai dengan masyarakat yang
hidup dalam Kurun ke21.
Mengapa tidak berlaku keadaan
yang tidak dingini apabila dilakukan provokasi sedemikian? Sebab kaum bukan
Melayu merasakan bahawa yang melakukan perbuatan biadap yang sedemikian bukan
dilakukan oleh majority orang Melayu. Orang bukan Melayu tahu dan sedar bahawa
majority Melayu yang ada di Malaysia adalah terdiri golongan yang mahukan
kedamaian. Dan hanya segelintir Melayu yang menjadi ‘tentera upahan’ sahaja
yang berperangai sedemikian. Lantas tidak berlaku perkara-perkara yang tidak
dingini.
Oleh itu apa yang dirisau dan
dibimbangi oleh TS Muhyiddin itu tidak akan berlaku. Yang pasti pihak kerajaan
seharusnya melaksanakan undang-undang dengan seikhlas-ikhlasnya supaya jangan
ternampak langsung unsur pilih kasih dari pihak kerajaan. Kegiatan biadap yang
dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sepatutnya ditangani dengan tegas oleh
pihak polis supaya jangan timbul perasangka yang bukan-bukan dari rakyat.
Berindak dengan adil kepada semua kaum. Tak kiralah kaum Melayu, Cina, India,
Kadazan dll seharusnya diberikan layanan yang sama. Pasti tidak akan timbul
keraguan terhadap kerajaan yang memerintah.
Kini
timbul kisah seorang diplomat yang bertugas di New Zealand melakukan perkara
yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar diplomat
yang pastinya mencemarkan namanya dan nama Malaysia ( sekiranya betul
pertuduhan terhadap diplomat berkenaan). Jikalau diperhatikan melalui facebook
dan tweeter majoriti yang memberikan pandangan merasakan Diplomat ini mesti di
hadapkan di mahkamah di New Zealand. Dan kebanyakan yang memberikan komen
sedemikian adalah terdiri dari golongan bukan Melayu. Seolah-olah ‘bergembira’
melihat kesusahan yang dialami oleh orang Melayu.
Bukan
begitu. Orang Melayu yang rasional cara berfikirnya juga pasti merasakan bahawa
Diplomat berkenaan harus diadili dengan seadil-adilnya. Bukan cuba ‘menutup
bangkai gajah dengan nyiru’
Peribahasa
Melayu ada mengatakan, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Dikatakan sedemikian
kerana peranan Diplomat adalah membawa ‘bendera’ negara. Tercalarnya Diplomat
itu bererti ‘terkoyak’lah bendera Malaysia.
13
Mei pastinya tidak akan berlaku, Insyallah. Yang pentingnya pihak kepimpinan
negara harus menyelami hati budi rakyat terbanyak dan jangan ‘take for granted’
budi baik rakyat Malaysia ini samada dari keturunan Melayu, Cina, India, Iban
dll. Sebenarnya rakyat Malaysia sudah bersatu. Cuma ada anasir-anasir yang cuba
memecah-belahkan rakyat Malaysia.
Tak
tahu ler aku, betui ke tak betui apa yang aku tulis. Maaf ler kalau
tersilap………..
abuhassanadam
7
Julai 2014
No comments:
Post a Comment