Tuesday, July 15, 2014

BERKESANKAH TINDAKAN MALAYSIA TERHADAP ISAREL?

Sekurang-kurangnya apa yang dilakukan oleh Setiausaha Luar Britain, William Hague memberikan sedikit tekanan juga kepada kebiadaban Israel. Sky News melaporkan bahawa, ‘ Mr Hague said he had spoken to Palestinian President Mahmoud Abbas and Israeli Foreign Minister Avigdor Lieberman, expressing his "deepest concern about the number of civilian casualties……It is clear that we need urgent, concerted international action to secure a ceasefire, as was the case in 2012."
Dan seorang penyanyi terkenal Adam Levine telah mengarahkan agar Fox News milik Rupert Murdock ( Yahudi Israel) mengentikan memainkan lagunya’Maroon 5” sebagai tentangannya terhadap tindakan Israel terhadap rakyat Palestine. “Levine did not mince words in calling out the Rupert Murdoch-owned, conservative-leaning news network for playing his band’s music, tweeting, “Dear Fox News, don’t play our music on your evil [f---ing] channel ever again. Thank you.”

Sekurang-kurangnya mereka peka dan mereka bertindak.

Seingat aku, setiap kali Israel menyerang Palaestine, rakyat Malaysia akan turut bersama ‘murung’ seperti yang dialami oleh rakyat Palestine yang ditimpa malapetaka ciptaan Israel itu. Itu menunjukkan betapa ikrab dan eratnya hubungan antara Palestine dan Malaysia. Seperti kata peribahasa Melayu, ‘cubit peha kiri paha kanan terasa sakitnya’. Seolah-olah tangisan rakyat Palestine adalah juga merupakan tangisan rakyat Malaysia. Derita kelaparan rakyat Palestine seolah-olah dirasai juga oleh rakyat Malaysia beragama Islam.

Semenjak zaman berzaman Palestine terus menerus dianiayai oleh Israel. Setiap kali serangan Israel ke atas Palestine, pastinya mencetuskan kematian dan penderitaan yang bukan kepalang kepada rakyat Palestine. Dan serentak dengan itu, maka rakyat Malaysia juga melakukan apa yang terdaya demi untuk ‘menolong’ rakyat Palestine. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia beragama Islam mendoakan agar derita rakyat Palestine diringankan oleh Allah. Sekurang-kurangnya mendoakan, jikalau tidak pun memberikan sumbangan dalam bentuk kebendaan.

Terlintas juga di kepala aku tentang selama mana rakyat di negara ini termampu untuk memberikan pertolongan kepada rakyat Palestine ini. Sebagai rakyat yang lemah, mungkin kita akan terus menerus memberikan pertolongan sehingga ketika di mana pertolongan itu tidak diperlukan lagi. Persoalan yang lebih pentig lagi ialah apakah ‘berkesan’ dan ‘bererti’ pertolongan yang diberikan oleh rakyat di negara ini. Dan yang paling penting untuk difikirkan ialah apakah memberi kesan tindakan-tindakan yang kita lakukan terhadap Zionis Israel itu?

Banyak tindakan yang dilakukan sebelum ini dirasakan sebagai tindakan hanya untuk ‘memuaskan hawa nafsu’ dan ‘memujuk perasaan’ rakyat tanpa mendatangkan kesan yang positif terhadap tindakan Israel itu, sedangkan pihak Israel terus menerus membunuh rakyat Palestine tanpa rasa kasihan dan belas. Entah berapa tunjuk perasaan kita lakukan di negara ini bagi menunjukkan tentangan kita terhadap perbuatan Zionis itu. Apakah pihak Zionis ambil kisah tentang tindakan kita itu. Ada juga pihak yang menyeru kita memboikot sahaja barangan Israel. Juga hanya sebagai perbuatan untuk ‘memuaskan hati’. Syok sendiri. Pihak Israel terus menerus bermaharajalela dengan keganasannya.

Rata-rata rakyat Malaysia terus menerus memperkatakan tentang tindakan ganas Israel. Aku terfikir juga. Apakah rakyat Islam dari negara-negara Islam lain ‘ambil pusing’ dengan keadaan yang berlaku di Palestine itu. Sekurang-kurangnya ada juga rakyat bukan Islam yang bersimpati dengan keadaan yang berlaku di Palestine  itu sebagaimana yang ditunjukkan oleh mereka ketika mengadakan tunjuk perasaan di London baru-baru ini.

Bagaimana pula dengan keadaan golongan kaya dari Timur Tengah, dari negara-negara teluk? Apakah mereka juga menghulurkan simpati dengan keadaan yang berlaku di Palestine itu. Aku khuatir keadaan sedemikian berlaku. Kebiasaannya pada musim Summer yang sebeginilah golongan kaya dari negara-negara Arab berpoya-poya menghabiskan wang mereka berpeleseran di kota London. Rakyat Malaysia yang sentiasa berdoa ( pada setiap waktu Terawikh) akan kesejahteraan rakayat Palestine akan terkejut dan terperanjat sekiranya mereka dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana golongan kaya dari negara-negara Teluk menghabiskan wang mereka di meja perjudian dan di kelab-kelab malam di kota London dan Paris.

Rakyat Malaysia dari seluruh ceruk rantau di seluruh Malaysia terus menerus ‘menangis’ mengenangkan nasib rakyat Palestine yang dihina Israel. Apakah memberi kesan segala tangisan itu?

Apakah OIC yang ditubuhkan pada tahun 1969 dulu memberikan sumbangan besar terhadap kesejahteraan rakyat Palestine? Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.
OIC kini mempunyai 55 anggota iaitu yang termasuk antara negara-negara seperti: Albania, Algeria, Azerbaijan, Bahrain, Brunei, Mesir, Indonesia, Iran, Jordan, Kuawait, Lebanon, MALAYSIA (PENGERUSI), Qatar, Arab Saudi, Syria, Turki, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Uzbekistan dan Yaman. Dan melihatkan kepada bilangannya tentulah pemimpin dari negara OIC dapat berbuat sesuatu untuk meringankan beban negara sekutu palestine ini.
Apakah tindakan mereka?
Dan apa pula tindakan yang difikirkan berkesan oleh kerajaan Malaysia demi untuk menyekat serangan Israel ini. Sekurang-kurangnya pandangan pemimpin Pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu elok juga diambil kira. Mereka mencadangkan agar Malaysia menghentikan hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel. Dalam satu kenyataan beliau menyatakan bahawa eksport dari Israel ke Malaysia dari 2008 hingga 2011 adalah berjumlah RM 2.3 billion. (Malaysiakini July 15, 2014). Sekiranya Malaysia betul-betul serious untuk menangani isu pengeboman Israel terhadap Palestine, tentulah ‘senjata’ begini boleh digunakan.
 YB Rafizi Ramli ada juga menyuarakan pandangannya terhadap langkah yang patut diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan tekanan Israel ini. “Pakatan Rakyat mendesak agar Malaysia tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sebagai membantah sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel yang menyerang Palestin. "TPPA ini penting untuk kedua-dua negara. Dengan ini diharap pentadbiran Presiden Barack Obama mendapat isyarat ini dan berhenti menyokong tindakan Israel," katanya. (Malaysiakini 15 Julai 2014).
Pihak kepimpinan negara seharusnya memikirkan langkah yang boleh dianggap berkesan menangani isu Israel-Palestine ini. Dan janganlah segala tindakan kita itu dianggap sebagai ‘melepaskan batuk di tangga’ sahaja. Janganlah juga tindakan kita itu ditertawakan, “seperti anjing menyalak bukit sahaja’.
abuhassanadam

15 Julai 2014

No comments:

Post a Comment