MH 17 – YANG DITUNGGU TAK TIBA
Pernah seseorang berkata bahawa, ‘if tears could
build a stairway, and memories a lane, I’d walk right up to heaven and bring
you home again’.
Begitulah agaknya perasaan yang terpendam di
kalbu jutaan manusia yang menangisi kehilangan nyawa ekoran daripada peristiwa
malang MH 17. Mahu rasanya aku mencatatkan nama seorang demi seorang mangsa
kemalangan demikian dan menyatakan rasa sedih dan simpati aku kepada saudara
mara mereka yang terlibat, walau dari bangsa dan agama apa sekali pun. Namun
disebabkan ruangan ini terlalu terhad, cukup sekadarkan aku melahirkannya ‘from
the bottom of may heart my most heartful sympathies for your loss. My thoughts
is with you and your family during this difficult time’, Bagi yang memeluk agama
Islam, aku mengharapkan kesabaran yang sesungguhnya menghadapi ketentuan Allah
ini.
Tidak mudah menghadapi saat yang sebegini.
Peribahasa Melayu mengatakan,’ betapa berat mata memandang lagi berat bahu yang
memikulnya’. Tepat sekali. Tidak ada bahasa dan kata yang boleh menggambar
kesedihan yang dialami dan dideritai oleh kaum keluarga yang terlibat. Mungkin
sudah kering air mata menangisi ‘pemergian’ yang tidak disangka-sangka itu. Dan
kita yang melihat hanya memberikan simpati dan mendoakan agar roh mereka di
tempatkan dikalangan orang yang beriman. Islam meyakinkan kita bahawa Dia lebih
sayang kepada mereka yang ‘dijemput’Nya lebih awal daripada sepatutnya.
Tentulah tidak dapat dibayangkan kesedihan yang
dialami kaum keluarga yang menunggu, terutama mengaharapkan kepulangan keluarga
terdekat yang sudah lama berpisah. Tentulah siang malam membayangkan suasana ‘pertemuan’
yang akan berlaku di lapangan terbang setibanya ‘yang tersayang’ dari luar
negara. Entah berapa jenis makanan dan lauk pauk yang telah tersedia untuk
menyambut ketibaan ‘ yang tersayang’ yang sudah agak lama tidak menikmati
makanan kampung hasil ‘air tangan’ ibu.
Setiap keluarga menunggu-nunggu kepulangan ‘yang
tersayang’.Sentiasa menunggu saat tibanya MH 17 untuk membawa pulang ‘yang
tersayang’. Malangnya yang ditunggu tak tiba. Tidak dapat dibayangkan hancur
luluhnya hati siapa pun yang mengalami keadaan sedemikian. Sekali lagi kita
mendoakan kesabaran mereka dalam menghadapi dugaan yang sebegini.
Rakyat Malaysia, terutama yang mana kaum keluarga
mereka terlibat dalam kemalangan amat memngharapkan sesuatu yang berkesan
dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia dalam usaha membawa jenazah pulang ke
tanah air. Dan jaminan ini telah pun diberikan oleh DS Najib bahawa jenazah
akan dibawa pulang sebelum menjelangnya Aidilfitri. Jaminan ini tentu sekali
melegakan kaum keluarga yang menunggu dan menanti. Usaha bersungguh kerajaan
Malaysia itu telah kelihatan apabila Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Liow
Tiong Lai telah pun pergi ke Kiev, ibu negara Ukraine untuk membantu pasukan
penyelamat di kawasan malapetaka MH 17
sebagaimana yang dipetik oleh Bernama "We have already despatched the team last night to Kiev. I
will leave Kuala Lumpur tonight to ensure we have access to the place (crash
site)”
Persoalannya ialah apakah
pasukan penyelamat Malaysia itu dapat menjalankan tugas mereka dengan berkesan
memandangkan ‘huru-hara’ yang sememangnya wujud di kawasan malapetaka itu.
Apabila melihatkan bahawa pasukan penyelemat itu pergi ke Kiev ia itu Ukraine,
ramai juga yang bertanya tentang kewajaran pasukan penyelamat pergi ke Ukraine
sedangkan yang ‘mengawal’ kawasan malapetaka adalah pasuakn pemisah yang
mendapat sokongan dan bantuan ketenteraan dari Russia.
Berdasarkan laporan dari
CNN ataupun BBC World telah menampakkan bahawa pihak golongan pemisah begitu ‘hostile’
sekali terhadap ‘orang luar’ yang cuba membantu dalam usaha menyelamat,
sehinggakan mereka tidak langsung memberikan kerjasama yang sepatutnya kepada
mana-mana pihak yang menjalankan tugas menyelamat. Dalam hal ini tentulah
terfikir di fikiran bahawa apakah
pasukan Malaysia akan menerima nasib yang sama seperti apa yang dialami oleh
‘orang luar’ yang berada di situ.
Sebagaimana yang diketahui
umum bahawa ada tiga pihak yang berkepentingan ‘menjaga’ kawasan malapetaka.
Ukraine, Puak Pemisah dan juga Russia. Sehingga kini belum ada lagi pihak yang
mahu mengaku bertanggungjawab menembak MH 17 yang malang ini. Sehinggakan kotak
hitam milik pesawat berkenaan juga belum lagi dijumpai atau pun (mungkin!) telah
disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu. Untuk menambahkan lagi kebimbangan
para keluarga di sini ialah bahawa mayat-mayat yang dijumpai (196 kesemuanya
dan masih terdapat 102 mayat lagi yang belum dijumpai) telah dibawa ke suatu
tempat yang tidak diketahui destinasinya ( sehingga 20 Julai 2014).
Persoalan yang dihadapi oleh
kerajaan Malaysia ialah apakah dapat pihak tertentu memberikan keyakinan yang
boleh memberikan laluan yang berkesan bagi kita menguruskan jenazah rakyat
Malaysia khususnya dan jenazah-jenazah dari negara lain. Perlu diingat juga
bahawa tanggungjawab yang mesti dipikul oleh kerajaan Malaysia adalah terlalu
berat. Disebabkan MH 17 adalah milik Malaysia, maka adalah menjadi
tanggungjawab Malaysia untuk menerajui operasi mencari mayat dan hal-hal lain
yang bersangkutan dengan malapetaka ini. Kita tidak boleh menyerahkan kepada
Amerika Syarikat atau Belanda atupun negara-negara lain. Mereka hanya boleh
membantu dan yang berada di medan hadapan dalam usaha menyelamat adalah
Malaysia.
Rakyat hanya mampu
mendoakan kejayaan pasukan penyelamat kita dan membawa pulang jenazah sebelum
Aidilfitri sebagaimana yang dijanjikan oleh DS Najib. Kita sama-sama mendoakan.
abuhassanadam
21 Julai 2014
No comments:
Post a Comment