PENGABAIAN GELANDANGAN – TINDAKAN
‘JAHILIAH’
Setiap kali aku membaca berita atau ‘cerita’
berkaitan dengan gelandangan (golongan peminta sedekah dan golongan tiada
tempat berteduh) aku terpegun dan termenung memikirkan sesuatu. Lantas aku
tidak berani langsung membuat sebarang komen dan menulis mengenai isu yang
berkaitan. Takut tersilap. Takut tersasar. Namun begitu benak aku terus
‘menenendang dan menerajang’ menyoal perkara-perkara yang tidak sepatutnya
menerpa benak aku. Takkanlah menjadi kesalahan bagi orang yang memberi sedekah kepada fakir miskin terutama pada bulan Ramadhan yang mulia ini, fikir aku. Dan apabila menteri yang membuat kenyataan sedemikian bermakna tentulah dipersetujui oleh Kabinet. Lagi pun tidak pula ternampak para pemimpin kita yang 'betul-betul' menentang rancangan berkenaan. Bermakna juga bahawa sebahagian besar anggota kabinet bersetuju apa yang dilakukan oleh YB Menteri Wilayah itu. Anggapan aku begitulah...
‘Apakah masih ada ‘manusia’ dalam kurun ke 21
yang berfikiran sedemikian? Maksud aku
‘manusia’ yang seolah-olah tidak ada perasaan belas kasihan terhadap manusia
lain yang dalam kesusahan. Bukan itu sahaja, ada juga terdapat ‘manusia’ yang
berkuasa yang cuba melarang dan bertindak dengan menggunakan undang-undang
golongan ‘manusia’ yang lain yang cuba menolong golongan ‘manusia’ yang
memerlukan. Fikiran aku ‘menerajang’ lebih jauh. Apakah sudah muncul semula
zaman jahiliah di negaraku yang tercinta –Malaysia?
Ungkapan aku agak kasar. Aku mohon maaf terlebih
dahulu kepada siapa yang termakan ‘cili’. Namun begitu ada asasnya juga mengapa
aku berkata demikian. Aku sedih disebabkan tindakan pihak tertentu di negara
kita sentiasa mencemarkan imej negara
Malaysia yang tercinta. Lepas satu isu ke suatu isu lain yang
seolah-olah mengheret imej buruk negara kita.
Kisah kehilangan MH 370 belum lagi luput dari
ingatan para pemerhat dunia tentang tindakan-tindakan yang kita lakukan yang
pada kebanyakan pemerhati dunia merasakan bahawa tindakan yang dijalankan itu
tidak sesuai, walaupun kita merasakan tindakan itu amat hebat. Dan kisah dan
kerenah Diplomat kita di New Zealand tidak kurang juga mendapat perhatian
dunia. Kita cuba menafikan yang kita tidak menyembunyikan berita berkenaan dan
kita juga menegaskan yang kita akan ‘memulangkan’ diplomat berkenaan ke New
Zealand untuk diadilkan di mahkamah di New Zealand. Dunia masih melihat dan
memerhati tentang ‘apakah kata-kata itu akan dikota’.
Kini muncul pula kisah tindakan pihak berjuasa
untuk ‘memerangi’ golongan peminta sedekah dan golongan yang tidak mempunyai
tempat berteduh yang berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur. Tindakan pihak
berkenaan berasaskan kepada rasional bahawa golonga ini menimbulkan kesan-kesan
negatif kepada bandar raya kita, terutamanya dari segi kebersihan. Kerajaan
mahu agar Kuala Lumpur kelihatan bersih dari golongan yang merempat sebegini.
Kita mahu masyarakat pelancung yang datang ke sini mengatakan bahawa Kuala
Lumpur adalah bandar yang bebas dari peminta sedekah. Dan kita mahu juga
masyarakat luar akan mengatakan bahawa masyarakat Malaysa adalah terdiri dari
golongan yang berada dengan pendapatan yang bertaraf dunia maju, tanpa ada
sebarang peminta sedekah dijalanan. Mungkin begitu harapan pihak berkuasa.
Dan tindakan pihak berkuasa di negara ini
menangani isu golongan sebegini agak
berbeza dengan tindakan negara-negara maju menangani masalah yang sama. Di
England terdapat pertubuhan yang dinamakan CRISIS (The national charity for
single homeless people) yang mana matlamat pertubuhan ini adalah ‘
- · to ending homelessness by delivering life-changing services and campaigning for change”.
- · to do more for more homeless people in more places across the UK and help to change their lives for good.
- · to change the way society thinks and acts towards homeless people.
‘CRISIS’ memerlukan tenaga sukarelawan untuk
menjalankan projek dan bantuan untuk golongan yang memerlukan. ‘CRISIS” tidak
mampu untuk mengubah cara kehidupan golongan yang merempat ini sekiranya tidak
mendapat bantuan dan kerjasama daripada 10,000 rakyat Britain yang sanggup
menawarkan tenaga sukarela menjayakan projek berkenaan yang melibatkan
berbagai-bagai aspek.
Berbanding dengan tindakan yang dilakukan oleh YB
Menteri Wilayah Persekutuan yang melarang pihak NGO (Dapur Jalanan) memberi dan
menyediakan makanan untuk golongan yang merempat ini. Sepatutnya kerajaan
melakukan tindakan sebagaimana yang dilakukan oleh ‘CRISIS” di Britain yang
mempelawa dengan tangan terbuka golongan sukarelawan, tetapi sebaliknya kita
menegah golongan sukarelawan yang memberikan jasa bakti kepada golongan yang
amat memerlukan. Alangkah jauh bezanya tindakan kita berbanding dengan tindakan
kerajaan di sebuah negara maju.
YB Nurul Izzah amat terkejut dengan tindakan YB
Menteri Wilayah berkenaan yang lantas mengatakan bahawa tindakan itu sebagai
tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Dan kenyataan beliau agak pedas. “Even if he (Tengku Adnan)
can’t live like a homeless person for three days to understand the difficulties
of the marginalised, at least attend one session with one of the NGOs who have
a soup kitchen. We should have more empathy as leaders,"Malaysiakini 3
Julai 2014
Sudah sampailah masa dan
ketikanya, pihak kerajaan bertindak dengan tegas terhadap golongan ini. Bukan
‘menyiksa’ mereka tetapi memberikan bantuan dan pertolongan. Pihak Kementerian
Wanita, Masyarakat dan Keluarga seharusnya menjalankan tugas dalam eritikata
sebenar-benarnya agar masalah golongan yang malang ini dapat dibela. Dan pihak
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga sepatutnya bertindak bukan sekadar
menyediakan alasan ‘menegak benang basah’ sekiranya berhadapan dengan krisis
golongan yang memerlukan.
Para pegawai kerajaan yang bertanggungjawab harus 'belajar' daripada tindakan para sukarelawan yang terlibat dengan pasukan Dapur Jalanan yang melaksanakan 'tugas' mereka dengan penuh dedikasi tanpa sebarang bayaran. Mereka melaksanakan 'tugas' mereka dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran dan balasan. Contohilah kegigihan para sukarelawan ini dan bukan menyusahkan mereka melaksanakan tanggungjawab mereka kepada masyarakat gelandangan. Syabas kepada semua sukarelawan!!......
Para pegawai kerajaan yang bertanggungjawab harus 'belajar' daripada tindakan para sukarelawan yang terlibat dengan pasukan Dapur Jalanan yang melaksanakan 'tugas' mereka dengan penuh dedikasi tanpa sebarang bayaran. Mereka melaksanakan 'tugas' mereka dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran dan balasan. Contohilah kegigihan para sukarelawan ini dan bukan menyusahkan mereka melaksanakan tanggungjawab mereka kepada masyarakat gelandangan. Syabas kepada semua sukarelawan!!......
Rakyat melihat dengan penuh bangga dan simpati.
abuhassanadam
5 Julai 2014
No comments:
Post a Comment