APAKAH ADA ‘TANGAN’ YAHUDI YANG
MELAGAKAN KITA DI MALAYSIA
Apakah rakyat Malaysia tidak terfikir bahawa di
negara kita Malaysia pun ada ‘tangan-tangan Yahudi’ yang merancang dan
melaga-lagakan bangsa kita supaya berpecah supaya senang ditakluki oleh kuasa
asing yang berminat untuk menguasai negara kita. Mungkin kita tidak terfikir
kerana kita amat selesa kini dengan keadaan negara kita yang kononnya dalam
keadaan aman dan damai. Namun dalam suasana ‘aman dan damai’ itu sedarkan kita
bahawa seolah-olah ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba melaksanakan dasar
‘pecah dan perintah’ ke atas rakyat negara ini, supaya matlamat akhirnya ialah
kehancuran kepada negara.
Seingat aku, tidak pernah lagi berlaku dalam
sejarah Malaysia wujudnya ‘batu api’ yang sentiasa cuba ‘memanaskan’ isu
hubungan kaum antara Melayu dan bukan Melayu dan antara Islam dengan bukan
Islam seperti yang berlaku kini. Tidak pernah. Akhir-akhir ini ternampak dengan
jelas elemen yang cuba mengadu domba, mengapikan perbalahan antara Melayu dan
bukan Melayu ini. Seolah-olah usaha sedemikian nampaknya berterusan, lepas
satu, satu.
Walaupun ada wujud perasaan ketidakpuasan antara
satu kaum dengan kaum lain itu, namun tidak dinyatakan dengan jelas berbanding
dengan sekarang. Sentiasa tersimpan demi untuk menjaga hati dan perasaan kaum
lain yang mungkin terguris dengan kenyataan yang sensitif. Beberapa tahun
kebelakangan ini, hal untuk menjaga hati dan perasaan orang lain (kaum lain)
semacam tidak dipedulikan. Masing-masing mementingkan diri sendiri.
Ada terdapat dua tiga kerat golongan NGO yang
sentiasa mendabik dada, seolah-olah merekalah jaguh yang mewakili kaum Melayu,
yang akan sentiasa mempertahankan orang Melayu dan beragama Islam sehingga ke
titisan darah terakhir (konon!!). Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh
mereka langsung tidak menggambarkan rasa hormat mereka kepada kaum-kaum lain
yang ada di negara ini yang juga merupakan rakyat Malaysia sejati mengikut
perlembagaan Malaysia.
Sememangnya ditegaskan oleh Perlembagaan Malaysia
mengenai hak keistemewaan orang Melayu kerana syarat demikian menjadi tukaran
dengan pemberian kerakyatan kepada kaum bukan Melayu yang ingin bermastautin di
Tanah Melayu. Itu merupakan perjanjian kemerdekaan. Dan dipersetujui oleh
Raja-Raja Melayu. Dan diterima dengan senang hati oleh golongan bukan Melayu (
yang tahu tentang sejarah Malaysia).
Selepas 50 tahun merdeka, senarionya tentulah
berubah dan keadaan bangsa Malaysia juga berubah. Peristiwa 13 Mei 1969,
walaupun pahit untuk dikenangkan, tetapi telah memberikan berbagai pengajaran
dan ingatan kepada rakyat Malaysia. Peristiwa itu telah menjadi ‘sempadan’ bagi
bangsa Malaysia untuk terus maju berlandaskan perpaduan yang kukuh dan utuh.
Sepatutnya Peristiwa 13 Mei 1969 diwar-warkan sebagai peristiwa yang telah
mengubah ‘landskap’ hubungan antara kaum di Malaysia. Kewujudan sebuah bangsa
Malaysia yang kukuh. Sepatutnya begitu.
Sememangnya terbukti bahawa bangsa Malaysia telah
dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni selepas 1969. Tidak terdapat
sebarang pergaduhan kaum ( yang mirip seperti persitiwa 13 Mei 1969). Semua
kaum merasa selesa dan selamat berada dalam negara bertuah ini. Semua kaum
terasa tentang kenikmatan tinggal di sebuah negara berbilang kaum seperti
Malaysia. Tidak ada kaum yang merasa terhina dan tersisih. Malah dapat
dikatakan bahawa tidak ada kaum yang merasa ‘menyesal’ hidup dan tinggal di
Malaysia. Dan begitulah harapan bangsa Malaysia.
Namun beberapa tahun kebelakangan ini, ramai yang
merasakan bahawa suasana yang sedemikian agak berubah, apatah lagi apabila
sudah ada kumpulan-kumpulan tertentu yang sudah tidak segan silu menyatakan
sesuatu yang mungkin ‘mengecil dan melukakan’ hati kaum-kaum lain di negara
ini.
Aku terpanggil untuk mempersoalkan mengapa
terjadi sedemikian? Apakah ada pihak-pihak tertentu yang ‘membiayai’ kumpulan
NGO ini yang tugasnya semata-mata untuk menimbulkan perbalahan antara kaum di
negara supaya dengan demikian mereka akan dapat ‘menangguk di air keruh’. Aku
tidak ada jawapannya.
Melihatkan gelagat dan tindakan beberpa kumpulan
samseng yang agak bermaharajalela di negara ini, aku yakin dan pasti bahawa
tentu ada ‘tangan’ yang ‘menggerakkan’ aktiviti yang sedemikian rupa.
‘Serangan’ ke atas Dewan Undangan Pulau Pinang misalnya adalah merupakan
tindakan yang amat biadap. Bayangkan tempat mulia, merangka dasar dan
undang-undang negeri berani dicerobohi. Tentu sekali hal yang sebegini tidak
akan berlaku sekiranya tidak ada pihak-pihak tertentu yang mendalangi perbuatan
sedemikian dan melindungi perbuatan sedemikian. Mungkin ada agaknya.
Beberapa peristiwa ‘luar biasa’ yang berlaku di
negara ini yang tidak pernah berlaku pada zaman-zaman sebelumnya telah membuat
aku terfikir bahawa apakah ada kemungkinan pihak Yahudi yang telah berjaya
menyusup masuk dan mempengaruhi tindakan segelintir rakyat di Malaysia. Apakah
begitu? Aku terpaksa beranggapan sedemikian disebabkan tindakan licik kaum
Yahudi di mana-mana saja di dunia ini sehinggakan mereka berjaya dengan apa
yang mereka kehendakki. Apakah Malaysia juga tidak terlepas dari perencanaan
kaum Yahudi untuk menghancur-luluhkan bangsa Malaysia dan seterusnya meranapkan
negara Malaysia itu sendiri.
Sejarah telah membuktikan bahawa
terkeluarnya Singapura dari Malaysia adalah sedikti sebanyak ekoran dari
peranan yang dimainkan oleh Alex Josey (Yahudi) yang bertugas di bawah Lee
KuanYew. JTA ( The Global Jewish News Source) bertarikh 8
Disember 1986 berjodol “ Flap over Herzog’s Visit to W. Germany’ ada
menyatakan, ‘The Straits Times, an English-language daily in Singapore, reported
that Mustapha Ali also charged that Singapore policy was influenced by a Jew,
Alex Josey, the biographer of Singapore Prime Minister Lee Kuan Yew, whom he
formerly served as press spokesman”
Sekiranya kaum Yahudi berperanan untuk menentukan
pemilihan pemimpin-pemimpin dunia yang disukai oleh mereka, dan menjahanamkan
puak-puak Islam yang tidak ‘direstui’ oleh mereka, maka apakah ada
kekecualiannya kepada negara kita sekiranya mereka mahu berbuat demikian.
Kadang-kadang aku terfikir bahawa apakah ada ‘tangan ghaib Yahudi’ yang cuba
mengadu domba kaum-kaum di Malaysia yang sedang menikmati hidup secara aman dan
damai ini.
Mungkin pihak NGO di Malaysia yang sedang
dipergunakan untuk tujuan itu tidak sedar bahawa mereka sedang diperlatkan oleh
golongan Yahudi. Dan eloklah pihak-pihak yang tertentu berhati-hati dengan
tindakan halus pihak Yahudi ini. Kita mengharapkan janganlah ada ‘pisang yang
berbuah dua kali’. Kita kini menangisi tentang nasib rakyat Palestin di Gaza.
Takut kalau-kalau kita juga akan menangis, menerima nasib yang agak sama
seperti rakyat Palestin.
Tanah milik Palestin semakin ‘mengecut’. Kita
bimbang juga kalau-kalau tanah Melayu
milik kita juga akan mengecut satu hari nanti.
Takut jadi Pak Kaduk, menang sorak kampung
tergadai.
Takut jadi Mat Jenin yang mati dalam angan-angan.
Takut jadi Lebai Malang yang kelaparan disebabkan
kebodohan.
abuhassanadam
31 Julai 2014
Serangan keatas dewan undgan negeri penang...sebab provakasi yang mlampau puak dapig yg xpandai jaga mulut...
ReplyDelete