NASIB TS KHALID IBRAHIM DENGAN DS ABDULLAH BADAWI HAMPIR SAMA
Kemelut berkaitan dengan penggantian Menteri
Besar Selangor sebenarnya adalah suatu perangkap yang tidak diduga kewujudannya.Ramai
yang tidak sedar bahawa itu merupakan satu perangkap, menguji ketahanan dan
keikhlasan seseoarang pemimpin dalam menentukan arah tuju.
Ramai yang ‘terperangkap’. Namun ramai juga yang
dapat melepasi jaringan ini dan boleh dikira agak ‘waras’ dalam sepak terajang
politik negara. Yang harus dipuji tentunya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional
yang seolah-olah diam membisu tetapi sebenarnya memerhatikan keadaan itu dengan
penuh minat, dan merasakan bahawa lambat laut Pakatan Rakyat sedang menuju
kepada kehancuran memandangkan kemelut yang berlaku. Lantas pemimpin tertinggi
BN tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh ‘mengeruhkan’ keadaan. Maknanya
terus menerus membiarkan suasana sedemikian terus menerus berlalu dan hanya
menunggu di garisan penamat.
Persoalannya ialah apakah ‘keadaan’ yang ditunggu
oleh pemimpin BN itu akan tiba. Mungkin yang ditunggu tak tiba.
Mungkin Barisan Nasional meletakkan harapan yang
begiitu tinggi kepada TS Khalid Ibrahim agar terus menerus berdegil
mempertahankan jawatan Menteri Besar Selangor itu. Telah berlegar caka-cakap
dan khabar angin yang TS Khalid condong untuk ‘menyeberangi ke sebelah sana’.
Walau bagaimanapun tidak ada bukti yang menjurus ke arah itu. Lantas tidak
boleh dipercayai dan diyakini.
Sebagaimana yang diketahui umum bahawa TS Khalid
adalah antara tokoh yang agak awal menyertai Parti Keadilan Rakyat walaupun
tidak boleh dianggap sebagai pengasasnya. Namun kemasukan TS Khalid dalam PKR
telah menambah kekuatan PKR dalam usaha untuk merampas Puterajaya bersama
dengan sekutu lain dalam Pakatan Rakyat. Dan bersetujulah ramai orang sekiranya
kemasukan seorang tokoh korporat dalam PKR telah menambah kuat lagi parti
berkenaan. Lantas apabila Pakatan Rakyat menawan Selangor dari BN pada 2008,
tidak ada tokoh lain yang boleh menandingi ketokohan TS Khalid Ibrahim. PAS,
DAP dan PKR bersetuju untuk melantik TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar
Selangor.
Itu tahun 2008. Pada tahun 2014, TS Khalid
Ibrahim masih lagi menjadi Menteri Besar Selangor dan mula dirasakan oleh pihak
kepimpinan Pakatan Rakyat bahawa pentadbiran TS Khalid di negeri Selangor sudah
tidak begitu berkesan. Itu pandangan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat yang dapat
melihat dengan jelas apa yang telah berlaku di Selangor.
Ini tidak pula bermakna bahawa TS Khalid telah
melakukan jenayah yang melibatkan pembunuhan rakyat Selangor atau pun beliau
terlibat dalam rasuah membekalkan ratusan ekor lembu kepada penduduk di Kuala
selangor, ataupun beliau terlibat dalam kes skandal yang membabitkan beliau
melantik anak beliau untuk menerajui bebrapa syarikat besar milik kerajaan
negeri Selangor. Apa yang dikatakan oleh TG Nik Aziz dan TG Hadi Awang itu
benar belaka. TS Khalid tidak melakukan itu semua, malah beliau telah menaikkan
gaji dan elaun para exco kerajaan selangor dan memberikan bonus sebulan gaji
kepada kakitangan kerajaan negeri Selangor berbanding dengan apa yang dilakukan
oleh kerajaan pusat kepada kakitangan kerajaan.
Namun ibarat kata peribahasa Melayu, ‘bumi mana
yang tidak di timpa hujan’ dan ‘laut mana yang tidak bergelombang’. Maknanya
walaupun ternampak tentang kebaikan TS Khalid, tentunya pihak kepimpinan dalam
Pakatan Rakyat lebih nampak tentang ‘cacat’ yang ada dalam pentadbiran negeri
Selangor di bawah kepimpinan beliau. Tentulah tidak molek untuk didedahkan tentang
keburukan dan aib seseorang. Agama kita melarang sama sekali mendedahkan
keaiban orang lain dikhalayak ramai. Dan begitulah sikap yang diambil oleh para
pemimpin Pakatan Rakyat yang menghormati adab dan tatasusila.
Setakat ini tidak lagi ternampak kekasaran bahasa
yang dilemparkan kepada TS Khalid oleh kepimpinan Pakatan Rakyat. Walaupun
berbagai ‘cadangan dan tindakan’ diutarakan oleh pemimpin ‘yang agak mentah’ yang
sepatutnya dikenakan kepada TS Khalid, namun kepimpinan tertinggi Pakatan
Rakyat masih ‘berdiam diri’ dan memerhatikan ‘lengguk dan lentuk tarian’ yang
sedang ditarikan oleh pihak-pihak tertentu. Mungkin akan bertindak juga apabila
sampai masanya.
TS Khalid tidak perlu rasa gundah gulana kerana
apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat kini telah pun berlaku kepada Barisan
Nasional apabila parti berkenaan ‘tidak begitu gumbira’ dengan persembahan DS
Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara ini. Apakah kesalahan besar Pak Lah yang
menyebabkan beliau terpaksa diganti? Rakyat umum amat gembira dengan
pentadbiran Pak Lah. Dalam hal keagamaan, tidak ada Perdana Menteri dulu dan
sekarang yang boleh menandingi kewibawaan Pak Lah. Tetapi mengapa beliau perlu
ditukar oleh kepimpinan Barisan Nasional? Maka berbagai usaha dilakukan oleh
pihak-pihak tertentu untuk menggantikan Pak Lah dengan pemimpin lain yang
dirasakan boleh memajukan negara Malaysia. Maka terlantiklah DS Mohd Najib
sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Dan Barisan Nasional telah melakukan beberapa
pertukaran kepimpinan negeri sekiranya dirasakan Menteri Besar berkaitan tidak
memberikan sumbangan yang berkesan kepada negeri dan negara. Dan yang terbaru
ialah pertukaran Menteri Besar Terengganu. Walaupun telah timbul juga ‘kemelut’
tetapi telah dapat ‘dipadamkan’ dengan segera. Itulah ‘kehebatan’ Barisan
Nasional.
Mungkinlah dengan
sebab sedemikian maka kepimpinan tertinggi UMNO (BN) tidak begitu
memberikan komen yang banyak terhadap apa yang berlaku di Selangor kini.
Lagipun pemimpin UMNO terpaksa berhati-hati dengan kenyataan dan tindakan
mereka kerana mereka khuatir juga tentang ‘peluru berpandu’ yang masih
tersimpan dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat belum lagi membuat
kenyataan yang jitu dan jelas dan apa yang disyarakan oleh TG Haji Hadi dan TG
Nik Aziz itu hanya pandangan peribadi masing-masing.
Yang pentingnya ialah TS Khalid Ibrahim harus
memikirkan tentang tindakan yang harus dilakukannya demi untuk menyelamatkan
keadaan ini. Beliau harus merenung kembali siapakah kawan dan siapakah lawannya
sebelum ini. Golongan yang ketawa sememangnya ramai tetapi yang menangis hanya
seorang dua sahaja.
Dan yang penting, TS Khalid harus sentiasa
mengingati peribahasa Melayu bahawa, ‘ biar titik tetapi jangan tumpah’.
abuhassanadam
2 Ogos 2014
Abdullah Badawi ditendang oleh inisiatif agresif Mahathir, wira dunia ketiga sebaik saja BN hilang 2/3 majoriti Parlimen dan 5 negeri diambil oleh PR pada 2008. Kalu pun Khalid Ibrahim berjaya dtendang akhirnya adalah kerana akar umbi PKR (dia kalah jawatan Timbalan PKR) dan Majlis Kepimpinan Tertinggi PR. Jadi tiada persamaan jatuhnya Pak Lah dan TSKI. Pak Lah tak degil atau liat untk berundur tidak seperti TSKI yang minta bantuan Sultan, UMNO dan PAS. Nasib baik TSKI tak kata tugasnya sebagai MB adalah demi amanah dari Allah subhanallah. TSKI tak faham untuk berundur secara hormat meskipun dah diberi isyarat jelas lagi terhorat sejak bulan Mac lalu tapi masih mahu bertahan kerana termakan dengan perangkap halus UMNO yang mahu bunuh kedua-dua musuhnya iaitu PAS dan PR sekaligus yang mana PR jadi benggong buat semetara dan Hadi Awang dan Nik Aziz jatuh bodoh!
ReplyDelete