NASIHAT SIAPA AGAKNYA YANG DIDENGAR
OLEH TS KHALID?
Aku merasa begitu sedih melihatkan gelagat TS
Khalid akhir-akhir ini, terutama apabila berhadapan dengan kemelut politik di
Selangor yang cuba ditanganinya. Aku mempersoalkan juga tentang siapakah
gerangan agaknya yang menasihatkan TS Khalid supaya ‘berkelakuan’ sedemikian.
Dan apakah ‘penasihat-penasihat’ ini sedar bahawa ‘nasihat’ yang diberikan
mereka kepada TS Khalid itu adalah seperti peribahasa Melayu yang mengatakan,
‘sokong membawa rebah’. Sedarkah mereka bahawa falsafah perjuangan Pakatan
Rakyat adalah amat berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh BN. Dan tentulah
penyelesaian yang dibuat oleh Pakatan juga berbeza dengan cara pemimpin BN
menyelesaikan isu politik di Terengganu dan di Perak pada tahun 2009 dahulu.
TS Khalid dan para penasihat mungkin tersilap
agaknya. Apa tidaknya…..
Sebagaimana yang dikatakan oleh YB Khalid Samad
bahawa, “"He is not loyal to Pakatan Rakyat and the fact that (Deputy
Prime Minister Muhyiddin Yassin) is willing to give him unconditional support makes
things even more fishy…..So, even though they (PKR and DAP) are unhappy and try
to pressure PAS to make up its mind earlier, I believe the recent developments
will assist us in making the right decision," dan “…his party has given
enough rope for Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim to "hang
himself" (Malaysiakini – 13 Ogos 2014)
Itu memberikan gambaran
bahawa setiap langkah yang diambil oleh TS Khalid itu akan ‘menjerut’ lehernya.
Dalam keadaan sebegini, TS Khalid sememangnya tidak boleh berfikir secara waras
dan kebanyakan keputusannya adalah dipengaruhi oleh kumpulan penasihatnya. Dan
sekiranya begini jadinya, maka kumpulan penasihat TS Khalid yang patut
dipersalahkan. Mungkin.
TS Khalid tidak akan
percaya kepada sesiapa pun kini kecuali ‘tokoh’ yang boleh memberikan ‘nafas’
kepada beliau untuk terus bernafas dan menyambung hidup buat beberapa ketika.
TS Khalid seolah-olah telah bertekad untuk ‘go for broke’. Tekad perjuangannya
mungkin, ‘ apa nak jadi, jadilah…’ mungkin.
TS Khalid harus sedar
bahawa dalam keadaan yang macam mana sekalipun beliau telah kehilangan tali
tempat bergantung. ‘Talian hayat’nya hampir sudah tidak ada. Hanya boleh
‘bergantung’ kepada belas ikhsan DYMM Sultan Selangor. Selama mana? DYMM Sultan pastinya mengikut lunas-lunas prinsip negara
Raja Berperlembagaan di mana segala keputusan terletak di tangan rakyat. Dan
Rakyat yang menetukan segala-galanya. Pastinya Baginda Sultan akan patuh kepada
keputusan rakyat.
Yang menghairankan apakah
TS Khalid tidak menyedari keadaan yang sebegini?
TS Khalid hampir ‘hilang’
segala-galanya. Mungkin yang tinggal adalah sokongan lisan wakil rakyat UMNO
yang ada di DUN Selangor itu dan juga sokongan dari YAB Timbalan Perdana
Menteri. Sokongan dari PAS juga nampaknya
hanya menunggu saat dan ketika untuk menarik sokongan berkenaan, berdasarkan
beberapa kenyataan yang dibuat oleh kepimpinan PAS Pusat. Selain daripada itu
TS Khalid sudah tidak ada tempat lain untuk ‘menyangkutkan dagu’ lagi. Maknanya
sudah hialng tempat bergantung.
Dan untuk memburukkan lagi
keadaan TS Khalid telah bertindak memusuhi rakan-rakan seperjuangan, khususnya
rakan-rakan karib dalam PKR dan DAP. Nampaknya TS Khalid terus menerus
‘memusuhi’ rakan-rakan ini. Dan terakhir ialah dengan Dato’ Saifuddin Nasution,
setiausaha agung PKR.
Harus juga disedari oleh TS
Khalid bahawa kemelut Selangor yang melibatkan dirinya secara langsung adalah
merupakan pertama kali dalam sejarah keadaan sebegini berlaku seingat aku.
Tetapi kata Dato Kadir Jasin pula, “As for the Selangor political comedy, it is
merely a repeat of the Stephen Kalong Ningkan affairs in Sarawak in 1966, the
Harun Idris affairs in Selangor in 1976 and the Mohamed Nasir sacking (by PAS)
in Kelantan in 1977”
Sejarah politik negara
telah memperlihatkan pengunduran pemimpin-pemimpin politik secara terhormat
apabila sudah tidak mendapat sokongan rakyat. Dato’ Onn Jaafar mengundur diri
dari menjadi Presiden UMNO setelah cadangannya untuk membuka keahlian UMNO
kepada bukan Melayu ditolak. Tunku Abdul Rahman mengundur diri setelah beliau
rasakan bahawa beliau sudah tidak begitu mendapat sokongan daripada ahli UMNO
khususnya dan rakyat umumnya. Begitu juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang
berundur dari jawatan Perdana Menteri setelah tidak mendapat sokongan dari
kepimpinan UMNO.
Yang anihnya kesemua mereka
yang disebutkan tidak ‘membantah’ keputusan parti mereka. Begitu juga dengan
beberapa orang menteri besar di negeri-negeri di bawah pemerintahan BN yang
diminta mengundurkan diri oleh pucuk pimpinan parti. Mereka patuh dan akur
kepada arahan parti. Seingat aku, Inilah kali pertama (mungkin) dalam sejarah
Malaysia seorang lantikan parti terus menerus menentang dan ingkar arahan parti
yang melantik beliau ke jawatan itu. Bukan setakat ingkar tetapi terus menerus
bermusuhan (dari segi politik sahaja agaknya)
Yang tentu menyedihkan lagi ialah ‘maruah’ dan ‘harga diri’ TS
Khalid sedikit sebanyak akan tercalar juga apabila beliau seolah-olah
‘berdegil’ dan terus ‘berpaut’ kepada ‘dahan yang rapuh’ itu.
Sepatutnya TS Khalid memikirkan juga tentang ‘sisa-sisa’ hidup yang perlu
dilaluinya sebagai warga emas.
Tentu ramai juga yang menyoal tentang mengapa TS Khalid begitu
bersungguh benar mempertahankan jawatan MBnya sedangkan jawatan MB itu bukan
merupakan jawatan ‘turun temurun’ seperti yang di suarakan oleh TS Muhammad bin
Muhammad Taib yang juga pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan yang pernah
‘disuruh’ berhenti dari jawatan berkenaan. Dato’ Abu Hassan Omar yang pernah
juga ‘diarah’ meletakkan jawatan MB Selangor pada suatu ketika dahulu tidak
ingkar apabila diarahkan berbuat demikian oleh UMNO. Dan kesemua mereka ini
patuh kepada rahan parti masing-masing. Persoalannya mengapa TS Khalid Ibrahim
menampakkan kesungguhan mempertahankan jawatan berkenaan. Apakah ‘ada udang
disebalik batu?’ dan peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘jiakalu tidak berada
ada tidak akan tempua bersarang rendah’. Apakah begitu keadaannya yang
menyelubungi isu perletakan jawatan TS Khalid ini?
TS Khalid harus terus memenungkan secara mendalam akan hakikat
ini.
abuhassanadam
14 Ogos 2014
"Sesiapa yang hendak lihat bagaimana seseorang penghutang yang berserabut/kalut lalu bertindak bagaikan orang tak siuman, sosok Khalid Ibrahim adalah contoh sempurna. Khalid Ibrahim masih mempunyai agama lalu nak ambil nyawa sendiri agak sulit, kalu si penghutang mega seperti dia, orang tu mungkin dah bunuh diri kerana tak tahan tekanan hebat stres nak langsaikan alamak RM 59.6 juta ooooi!
ReplyDeleteLalu dia rela dipergunakan oleh UMNO konon percaya itu caranya terbaik tak kisahlah jika tindak-tanduknya menjadi bahan lawak mega. Hoi, soalan pokok apa jadahnya Khalid Ibrahim sanggup mengambil hutang begitu banyak membeli saham lalu harga saham yang berada di luar pertimbangan akal entreprenurnya merudum, lalu untuk objektif apa dia berani berhutang besar? Nak jadi adikaya?
Lagi kau Khalid nak kejarkan ilusi hidup kaya raya tapi lupa bahawa lagi dekat kau kejarkan kekayaan pada usia 6 dekad kau akan rasa cepatnya yang hayat kau akan dipanggil dek Tuhan. Khalid adalah contoh antara ribuan insan yang tersilap kira mengejar cita-cita kejayaan palsu lalu hilang stabilitinya dan kasi ramai orang benggong dengan tingkah laku sewel yang kini segalanya yang dia buat adalah daripada restu suci dari Sultan, Hadi Awang, Haron Din, Nik Aziz dan Mustapa Ali. Khalid kau adalah manusia edan, serabut dan kalut bagi Selangor! Satu lawak mega untuk tontonan rakyat Malaysia yang diarahkan oleh UMNO”
Saudara tuhan,
DeleteTerima kasih atas pandangan saudara.
Pak Abu
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKamisah,
DeleteSemacam menonton sebuah drama pulak. Memang semua orang sedang menunggu dengan penuh debaran....
Pak Abu
Salam.
ReplyDeletePermainan catur masih belum lg berakhir .... Ramai yg sedang membisikkan ke telinga TSKI percaturan seterusnya. Percayalah TSKI tidak akan berani terus berdegil sekiranya tiada sokongan atau perancangan oleh mereka yang memegang kuasa. TSKI hanyalah aktor yang mengikut skrip drama. Wallahualam.
Saudara Ucin,
ReplyDeleteSaya semacam 'termakan' dengan kenyataan saudara. Terima kasih.
Pak Abu
Salam tuan, Saya anak jati negeri Selangor. Memang pengundi PR dari dulu. Saya harap DSAI menamakan org lain selain DSWA. kalau tidak harapan menggunung rakyat akan runtuh bagaikan debu-debu. Sekian, terima kasih.
ReplyDelete