PAS MENGEMUKAKAN ALASAN DEMI ALASAN
Ketika kemelut politik di Selangor sedang berada
di kemuncaknya tidak berapa lama dulu, dan ketika kepimpinan PKR dan DAP
memerlukan sokongan PAS untuk menyokong Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar
Selangor menggantikan TS Khalid, TG Haji Hadi mengeluarkan kenyataan ‘seperti
halalintar membelah bumi’. Tuan Guru mempersoalkan mengapa TS Khalid Ibrahim
perlu ditukar dan lantas beliau terus menyatakan pendiriannya (walaupun secara
peribadi) menyokong TS Khalid Ibrahim. Sokongan seterusnya datangnya dari TG
Dato’ Nik Aziz dan Majlis Syura. Bermakna bahawa PAS tidak menyokong tindakan
Pakatan (DAP,PKR) untuk menyingkirkan TS Khalid Ibrahim. Bermakna juga bahawa
seolah-olah PAS tidak bersama Pakatan Rakyat lagi, walaupun sentiasa dilaungkan
bahawa PAS adalah rakan Pakatan Rakyat yang setia.
Ketika Dr. Wan Azizah sedang berusaha untuk
mendapatkan sokongan majoriti ADUN Selangor, PAS masih ‘menjauhkan diri’ dengan
alasan bahawa PAS sentiasa patuh kepada arahan kepimpinan tertinggi, yang mana
keputusan itu akan muncul hanya selepas mesyurat pada 17 Ogos 2014. PAS
nampaknya melengah-lengahkan keputusan dan pendirian mereka. Rakyat
mempersoalkan muslihat PAS ini.
Sementara itu PAS Selangor mengemukakan alasan
yang tersendiri mengapa mereka perlu menyokong TS Khalid Ibrahim dan meneruskan
‘tugas’ sebagai Exco. Alasan mereka sebagaimana yang diutarakan oleh YB
Sallehen Mukhyi dari PAS ialah untuk ‘menyelamatkan Pakatan Rakyat”. Katanya
lagi,’ "If four PAS excos boycott, four Umno excos will be
appointed by the palace. Even though, this is only until the coming state assembly
sitting (in November)…If the assembly is dissolved, then Umno would be the last
government (in power)," Dan katanya lagi sekiranya keadaan ini terjadi
maka lesaplah rizaf RM 3.2 billion yang ada dalam simpanan negeri Selangor itu.
Kenyataan beliau ini terus disangkal oleh pakar uundang-undang
Kenyataan beliau ini terus disangkal oleh pakar uundang-undang
Encik Abdul Aziz Bari. Katanya,"I don't know what minority government
PAS is talking about…..What we have under Khalid now is an illegal government
which under the constitution merits a sack by the sultan," Malaysiakini. Katanya lagi, "What
is the basis for Khalid to remain given the hard evidence at the hands of Wan
Azizah?"
Tindakan PAS
melambat-lambatkan membuat keputusan telah mendapat kritikan dari berbagai
pihak. Dan jelas menampakan kelemahan peimipin tertinggi PAS menangani krisis,
ataupun ada kemungkinan ‘menunggu udang disebalik batu’. TS Muhammad bin
Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor tanpa segan dan silu terus membuat
kenyataan yang berupa sindiran kepada PAS yang bertindak lambat menangani
keadaan. Katanya,
"They're late, the party is over,
the bride and groom have left….Making decisions so late. What does it mean? We
have to look at today's reality… don't have to wait till August 17… we have to
focus on what happens today," katanya kepada The Malaysian Insider.
Melihat keadaan yang ‘bergolak’ dalam
PAS kini, jelas telah menunjukkan sudah ada dua kumpulan yang bertelagah antara
golongan conservatif ( berfikiran lama) dan golongan liberal yang berfikiran
bersesuaian mengikut zaman. Jikalau dirujukkan kepada zaman tahun-tahun 1920an
dan 1930an dulu, pertelagahan sebegini adalah seperti perbalahan antara Kaum
Tua ( yang masih ‘berpaut’ dengan cara-cara lama dan kolot) dan Kaum Muda yang ingin melakukan
pembaharuan mengikut peredaran zaman.
Dalam PAS kini sudah ternampak keadaan
yang sedemikian. Walaupun dinafikan namun keengganan kepimpinan tertinggi PAS untuk mengiktiraf Dr Wan Azizah
sebagai Menteri Besar adalah merupakan peninggalan warisan saki baki Kaum Tua
yang menganggap bahawa ‘tempat wanita adalah didapur’.
Penulis ingin memetik
kata-kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang mengingatkan PAS hari ini
bahawa Islam tidak melihat pada jantina, tetapi sama ada seseorang itu dapat
melaksanakan tugasnya atau tidak.Katanya, jika benar PAS menolak Wan Azizah
kerana jantinanya dan
parti itu mendasarkannya kepada Islam, maka tegasnya, PAS perlu sedar bahawa Islam tidak melihat pada jantina.Sebaliknya, kata beliau, Islam melihat kepada aspek amanah dan sama ada seseorang itu dapat menjalankan tugasnya atau tidak.Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang memberitahu Malaysiakini bahawa beliau yakin Wan Azizah dapat menunaikan tugasnya dengan berkesan jika beliau menjadi menteri besar.
parti itu mendasarkannya kepada Islam, maka tegasnya, PAS perlu sedar bahawa Islam tidak melihat pada jantina.Sebaliknya, kata beliau, Islam melihat kepada aspek amanah dan sama ada seseorang itu dapat menjalankan tugasnya atau tidak.Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang memberitahu Malaysiakini bahawa beliau yakin Wan Azizah dapat menunaikan tugasnya dengan berkesan jika beliau menjadi menteri besar.
Yang anihnya alasan yang
dikemukakan oleh PAS ini sentiasa berubah-ubah. Dulu dikatakan bahawa mereka
merasakan tidak perlu ada perubahan Menteri Besar disebabkan ‘tidak terdapat
kesalahan yang besar’ kepada TS Khalid Ibrahim. Kini dikatakan pula bahawa Dr.
Wan Azizah tidak sesuai dijadikan Menteri Besar Selangor tanpa memberikan
alasan yang konkrit.
Rakyat terutamanya ahli PAS
pastinya ‘bingong’ melihat gelagat yang ditunjukkan oleh kepimpinan tertinggi
parti PAS. Mujurlah muncul peimpin-pemimpin yang dianggap rasional yang
mengeluarkan kenyataan dan tindakan yang boleh meyakinkan rakyat. Tindakan YB Saari Sungib
dan ADUN Morib YB Hasnul Baharuddin adalah tepat dan bersesuaian. Dan tindakan
mereka itu mendapat sokongan dan pujian daripada Dr. Zulkifly Ahmad, salah
seorang dari kepimpinan tertinggi PAS Pusat.
Yang amat memberangsangkan
tentulah kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Husam Musa mengenai kedudukan TS
Khalid. Melalui kenyataan yang agak keras beliau menasihatkan TS Khalid agar
berundur kerana dengan cara itu sajalah yang boleh memelihara maruah yang masih
tertinggal. "Resigning is the most respectable thing to do and is not the end
of a political career," katanya seperti yang dipetik oleh Malaysiakini.
Mungkin golongan prgressif
dalam PAS sudah tidak sabar menunggu 17 Ogos 2014, lantas mereka bersuara untuk
menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya perihatin dan bersama rakyat
menangani kemelut yang sedang berlaku kini. Dan mereka tidak mahu menjadi
‘bystander’ sambil melihat ‘si Luncai terjun dengan labu-labunya’ sambil
berteriak, “ biarkan-biarkan……”
abuhassanadam
16 Ogos 2014
PAS cannot be trusted before, cannot be trusted now or in the future.
ReplyDeleteSaudara Ileekh,
DeleteKita mengharapkan pemimpin muda dan progresif dalam PAS akan berusaha untuk membetulkan keadaan itu demi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia.
Pak Abu
PAS harap durian jatuh .........jangan jangan di TIMPA tangga .... daccing
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePada 17 Ogos (esok) kepimpinan tinggi PAS akan memutuskan pendirian politik sama mendukung Dr. Wan Azizah atau menolaknya yang akan membawa pelbagai implikasi. Tampaknya besar kemungkinan yang keputusan akan berpihak mendukung Dr. Wan Azizah jika ahli-ahli dalam JK itu yang bersikap cerdik, terbuka, rasional dan merupakan golongan 'muda' tidak berubah sikapnya pada saat menghitung sokongan dan bantahan. Mereka yang terdiri drp Hj. Nizar, Mujahid Yusof Rawa, Dr. Dzulkifli, Kamaruddin, Khalid Samad, Dr. Hatta, Syed Azman, Mat Sabu, Salahuddin, dan Husam adalah 10 ahli daripada 15 ahli JK Pusat PAS. Ini merupakan 66%.Golongan ini tak mudah di'klentong' dek Hadi Awang dan rakan-rakan lain yang sealiran berfikiran konservatif dan tiada sikap berwaspada/terumbang-ambing vis-a-vis komitmen terhadap perjuangan bersama dengan PKR dan DAP yang sangat anti anutan "Ketuanan Melayu' atau kroni kapitalisme ala UMNO. Sungguh liat dan sulit nak tendang si serabut/kalut Khalid Ibrahim kerana adanya tangan ghaib dari UMNO dan raja dan juga dari Hadi Awang yang mengelirukan keadaan
ReplyDeleteSaudara Matahari Bulan,
ReplyDeleteSumbangan anda dalam memberikan input yang berguna kepada blog ini amat saya hargai. Teruskan usaha murni anda itu utnuk manfaat semua.
Pak Abu