KRITIKAN TUN M: OMBAK BOLEH BERTUKAR JADI GELOMBANG
Pemikiran ahli UMNO samada peringkat akar umbi atau
kepimpinan adalah seperti orang yang terlibat dengan bursa saham. Mereka amat mudah
‘tersentuh’ dengan berita-berita yang sensitif yang boleh menimbulkan ‘kocakan’.
Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir mengenai kritikannya
terhadap DS Najib sudah cukup untuk membuatkan ahli UMNO ‘berkocak’ di seluruh
negara dan tentunya mereka sudah tahu ‘which side of the bread is buttered’
memandangkan ada kemungkinan akan berlaku ‘the changing of the guard’. Apatah
lagi apabila pada ketika ini sedang berlaku persidangan di peringkat cawangan
dan bahagian UMNO di seluruh negara.
Tun Mahathir adalah seperti ‘Sang kelembai’ (
watak dalam cerita orang Melayu lama yang menggambarkan ‘Sang Kelembai’ sebagai
makhluk luar biasa yang mana apabila ‘menegur’ seseorang itu maka akan bertukar
menjadi batu). Begitulah agaknya dengan Tun Mahathir. Apabila beliau
mengeluarkan ‘suara’nya maka akan terjadilah ‘ripples’ atau ‘ombak-ombak kecil’
di seluruh negara dan sekiranya tidak dibendung, maka ‘ombak’ itu akan menjadi
taufan yang maha besar, yang boleh ‘menenggelamkan’ siapa sahaja.
Ahli UMNO samada di peringkat akar umbi atau
kepimpinan peringkat tertinggi sememangnya bijak dalam ‘ilmu tafsir’ ia itu
‘mentafsirkan’ sesuatu keadaan politik sepertimana yang berlaku kini apabila
Tun M tidak lagi berfikir panjang mengkritik
DS Mohd Najib. Ahli UMNO tahu membaca apa yang tersirat. Ahli UMNO mula merasakan
bahawa, ‘sekiranya tidak ada angin tentulah pokok tidak bergoyang’. Ataupun
orang Putih selalu berkata, ‘there is no smoke without fire’.
Walau bagaimana kuat sekali pun penafian dan
‘damage control’ yang dilakukan oleh penyokong kuat DS Najib, namun ahli UMNO
secara umumnya akan terus membuat penganalisaan dan terus menrus ‘mentafsir’
keadaan sedemikian. Apatah lagi dalam keadaan UMNO sedang mengadakan mesyuarat
di bahagian masing-masing dan tidak lama akan mengadakan Persidangan Agung
Tahunannya.
Mengikut kata Dato Zainuddin Mydin,’ “Ini adalah suatu strategi Mahathir yang akan
membangunkan gelombang baru dari kocak arus yang tidak kelihatan dipermukaan
dalam kehilangan keyakinan suatu bangsa yang merasa terumbang ambing dalam
kepimpinan yang tidak jelas dan tidak tegas untuk menjamin masa depan mereka di
negara sendiri,” Amat tajam kritikan demikian. ‘Letupan’nya juga mungkin
seperti hahalintar membelah bumi.
Mestilah
ada sesuatu ‘hasrat’ Tun M mengenenagahkan pendapatnya mengenai DS Najib itu.
Seingat aku tektik yang sama digunakan oleh Tun M juga apbila ‘merancang
menumbangkan’ Pak Lah dahulu ia itu ketika PAU hendak diadakan. Dan kali ini
‘giliran’ DS Najib pula untuk menerima ‘pukulannya’. Ataupun mungkin Dato
Zainuddin Maidin tersilap mengemukakan pandangan sedemikian. Mungkinlah secara
kebetulan sahaja. Mungkin..
Dato
Zainuddin Maidin menjangkakan kenyataan Tun M akan menjadi ledakkan yang bukan
kecil. Dan
mengikut nya, beliau telah meramalkan “Ini adalah suatu strategi Mahathir yang
akan membangunkan gelombang baru dari kocak arus yang tidak kelihatan
dipermukaan dalam kehilangan keyakinan suatu bangsa yang merasa terumbang
ambing dalam kepimpinan yang tidak jelas dan tidak tegas untuk menjamin masa
depan mereka di negara sendiri,…..gelombang akan menjadi ribut taufan yang akan
melanda perhimpunan Agung UMNO yang dijangkakan oleh Najib akan tenang kerana
imej luar negaranya yang semakin semarak dan keadaan ekonomi yang tergambar
sebagai semakin utuh kukuh,”
Apakah betul anggapan saudara ZAM sedemikian?
Ataupun itu mungkin secara ramalan sahaja. Jikalau betullah begitu, maka
dipersoalkan pula apakah hasrat sebenar Tun M berbuat demikian seolah-olah
‘dengki’ pula dengan kejayaan yang dicapai oleh DS Najib. Ataupun mungkinkah
Tun Mahathir sudah memulakan perancangannya untuk ‘mengemukakan’ Mukhriz
sebagai calon Perdana Menteri yang akan datang.
Membaca
artikel yang ditulis oleh Tun Mahathir dan Saudara ZAM, akan menyebabkan ahli
UMNO seluruh negara ‘mencari-cari’ apakah mesej terselindung yang terungkap
dari kata-kata Tun Mahathir itu. Terlalu banyak mesej yang terselindung.
Seolah-olah ternampak bahawa Tun M bukan sahaja mengkritik DS najib tetapi
seluruh ahli UMNO dan perwakilan UMNO yang sentiasa menjadi ‘kaki ampu’ dan
‘kaki bodek’ yang tidak langsung berani menyatakan pandangan dan pendapat walaupun
apa yang dikatakan oleh pemimpin atasan itu tidak betul.
Aku petik
lagi tulisan Saudara Zam dalam Free Malaysia Today,” Beliau berpendapat,
pesanan Mahathir cukup jelas mencabar seluruh ahli UMNO terutama pemimpin-pemimpin
supaya berhenti dari mengampu dan membodek. “Cukuplah sekadar sanggup
mengatakan di belakang tetapi kalian harus berani tampil kehadapan untuk
menegur Najib secara terbuka di Perhimpunan Agung UMNO kelak dan juga sekarang
ini di peringkat Bahagian. “Saya telah mengambil tanggungjawab ini dan sanggup
menerima apa juga akibatnya kerana saya sendiri amat kecewa kerana semua
nasihat peribadinya dan juga yang mewakili orang ramai yang tidak diberikan
perhatian sewajarnya oleh Najib,”
Polemik
ini tidak akan terhenti di sini saja dan aku yakin akan berterusan walaupun
cuba ‘diempang’ dan ‘disekat’. Pengalaman lampau telah memperlihatkan bagaimana
‘cengkaman’ Tun Mahathir terhadap mangsanya. Ia akan terus mencengkam dan
mencengkam sehingga mangsanya lemah dan tidak berdaya.
Tun
Mahathir melengkapkan kritikannya dengan mengatakan,” Bukanlah
saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.
abuhassanadam
20 Ogos
2014
No comments:
Post a Comment