Wednesday, August 6, 2014

KESAN KEGANASAN ISRAEL:
RESTORAN MAKANAN SEGERANYA DI MALAYSIA LUMPUH

Peter Drucker dalam bukunya,“ The new Realities’ 1989 menyatakan, “…..With everyone being able to receive information directly from  a satellite in the home – and on dishes already so small that no secret police can hope to find them - control of information by government  is no longer possible. Indeed informations is transnational; like money, information has no ‘fatherland’. Because information knows no national boundaries, it will also form new ‘transnational’ communities of people who, maybe without ever seeing each other in the flesh, are in communion because they are in communication”.

Itulah rupa ‘dunia’ maklumat yang Boleh digambarkan oleh Peter Drucker dalam tahun 1989. ‘The New Realities’ katanya. Tetapi pengarang ini tidak dapat menjangkau keadaan dua puluh tahun selepas tarikh beliau menuliskan buku ini. Tidak tergambar oleh beliau bahawa pada awal kurun ke21, akan wujud berbagai alat perhubungan baru seperti Tweeter, Whatsapp, Facebook, Blogs dll. Dan kemunculan ‘benda Allah’ inilah yang telah sedikit sebanyak ‘memperok-perandakan’ masyarakat dunia kini.

Antara kesan yang yang amat jelas yang telah dicetuskan oleh ‘benda Allah’ yang aku sebutkan di atas ialah tentang ‘lumpuhnya’ perniagaan makanan segera yang ada kaitannya dengan Israel atau Yahudi (Zionis) di Malaysia. Difahamkan bahawa tidak terfikir oleh perniagaan makanan segera ini bahawa perniagaan mereka boleh dilumpuhkan oleh Tweeter, Whatsapp, Facebook atau Blogs. Bukan tidak pernah mereka menghadapi ancaman ‘boikot’ sebelum ini. Banyak kali. Tetapi tidak begitu berkesan. Perniagaan mereka masih berdiri dengan megahnya sehinggalah muncul keadaan terkini yang menyebabkan mereka hampir lumpuh dan ‘meminta nyawa’ dari golongan yang tidak tahu dari mana asal usulnya.

Bagi aku ini merupakan satu perkembangan baru yang menerobos alam pemikiran rakyat Malaysia, khususnya golongan yang dulu dianggap tidak berdaya, lemah dan boleh ditindas oleh golongan yang sentiasa mendabik dada merasakan bahawa mereka merupakan golongan yang kuat. Kesedaran baru ini telah timbul bahawa rupanya  ada ‘senjata sulit’ yang boleh digunakan oleh golongan lemah terhadap golongan yang dianggap berkuasa. Kemunculan ‘benda Allah’ ini telah memberikan ‘nafas baru’ kepada rakyat Malaysia ( yang tidak mengira kaum dan keturunan dan fahaman politik) untuk menentukan arah tuju ataupun kehendak mereka.

Israel atau Yahudi (Zionis) mendabik dada, mengatakan bahawa mereka adalah satu bangsa yang kuat yang boleh memusnahkan rakyat Palestine yang lemah. Betul. Itu dulu. Sekiranya masyarakat dunia boleh bersatu dan berusaha untuk memerangi regim Yahudi ini, maka hanya boleh dikalahkan dengan satu perkataan sahaja, ia itu ‘BOIKOT’ melalui ‘benda Allah’ yang disebutkan di atas. Bagi aku ‘Benda Allah’ itu adalah kurniaan Allah untuk digunakan oleh golongan lemah terhadap golongan yang sentiasa mendabik dada merasakan diri mereka kuat.

Apa yang sedang berlaku di Malaysia kini merupakan satu ‘breakthrough’. Tindakan memulaukan perniagaan makanan segera (Yahudi) adalah satu ‘kejumpaan’ seperti mana Christopher Colombus menjumpai benua Amerika.

Sehubungan dengan itu aku amat setuju dengan kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Saudara Mohd Asri Mat Daud yang mengemukakan beberapa cadangan. Antaranya,

·  Agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bagi mewajibkan umat Islam memulau semua barangan dan produk keluaran syarikat Yahudi Zionis.

·      Kerajaan Malaysia perlu memutuskan segera hubungan dagang dengan Yahudi Israel walau dalam apa jua bentuk sekalipun. Ini termasuklah menghentikan segera penualan minyak sawit kepada Israel.

·   Menuntut kerajaan Malaysia jangan hanya sekadar menyalurkan sumbangan kepada rakyat Gaza, sedangkan dalam masa yang sama melantik APCO sebagai penasihat kerajaan.

Sehingga kini, rakyat Malaysia yang dianggap ‘lemah dan tidak berdaya’ telah menunjukkan ‘kekuatan’ mereka dengan menjalankan kempen memulaukan makanan segera tajaan syarikat Zionis Israel. Mereka berjaya. Maknanya mereka mengkotakan apa yang mereka katakan. Golongan yang mencintai rakyat Palestin beragama Islam bukan sahaja mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Merdeka menentang Israel tetapi mereka melakukan berbagai usaha untuk menyatakan tentangan mereka.

Kini sudah sampai giliran pihak kerajaan pula untuk menunjukkan tindakan secara konkrit menentang Zionis Israel itu. Sekurang-kurangnya mengambil langkah-langkah tertentu sebagaiman yang disarankan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan itu.

abuhassanadam

6 Ogos 2014

No comments:

Post a Comment