PEMIMPIN MUDA SEPERTI ANAK KERBAU BARU TUMBUH
TANDUK
Kemelut politik di Selangor akhirnya akan
mendedahkan adanya hikmah yang terselindung. Seorang sahabat sebelum ini telah
membertahu aku tentang Surah Al-Imran ayat 200 yang lebih kurang berbunyi,”
Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran
dan mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran
kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah serta
bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya”
Nampaknya kemelut politik di Selangor tidak akan
selesai dalam masa terdekat. Keadaan berlaku sedemikian disebabkan semacam
tidak ada keikhlasan di setengah pihak yang bertelagah untuk menyelsaikan isu
ini dengan jayanya. Tambah merumitkan keadaan,terdapat pula pihak luar yang
septutnya tdak mencampuri urusan politik dalaman Pakatan Rakyat telah cuba pula
‘menangguk di air keruh’. Walaupun sememangnya keadaan ‘keruh’ sedemikian yang
diharapkan oleh pihak berkenaan. Ibarat kata orang tua-tua, ‘pucuk dicita ulam
mendatang’.
Rakyat memerhatikan dengan penuh minat keadaan
kemelut di Selangor ini. Dan kemelut ini juga merupakan ujian yang paling getir
terhadap kelangsungan ‘hayat’ politik Pakatan Rakyat bukan sahaja di Selangor
tetapi bagi seluruh Malaysia. Menguji ketahanan pemimpin-pemimpin Pakatan
Rakyat (terutama golongan muda) dalam menangani isu yang amat rumit ini.
Keadaan telah menjadi begitu rumit yang menampakkan bahawa ia bukan lagi isu
penggantian Menteri Besar Selangor tetapi tentang ‘survival’ Pakatan Rakyat itu
sendiri.
Sudah nampak bibit-bibit pertentangan (pendapat)
antara pemimpin-pemimpin (tua dan muda) dalam perkongsian Pakatan Rakyat itu
sendiri. Pemimpin-pemimpin seolah-olah tidak segan silu mengeluarkan pandangan
dan pendapat masing-masing walaupun pandangan pribadi itu nanti akan membawa
kepada keadaan yang tidak ‘enak’ kepada kelangsungan pakatan. Kadang-kadang apa
yang disuarakan oleh setengah pemimpin itu menyentuh isu yang sensitif dan
mengecilkan hati pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat.
Dengan sebab itulah DS Anwar Ibrahim telah
memberitahu pemimpin-pemimpin muda (terutamanya) agar berhati-hati mengeluarkan
kenyataan supaya tdak menambah keruhnya keadaan yang sudah sememangnya ‘keruh’.
"Because of that I
avoided answering some of the allegations made by the younger politicians
(budak-budak bawah). They sometimes go overboard a little and my advice to them
is keep check and focus on the facts and the common party fight. There is no
need to turn offensive," Kata DS Anwar. (Malaysiakini 8 Ogos 2014)
Tetapi persoalannya kini
ialah sudah banyak ‘kata-kata’ yang sudah terlajak yang amat sukar untuk
diundur. Kita sentuh lagi kata orang tua-tua yang mengatakan,’ terlajak perahu
boleh diundur dan terlajak kata buruk padahnya’. Yang paling tidak menyenangkan
rakyat (Melayu dan bukan Melayu) yang cintakan kewujudan bangsa Malaysia yang
tulin ialah kenyataan saudara Zuhdi Marzuki melalui WhatsApp yang membayangkan
tentang kemungkinan kerjasama PAS dan UMNO.
Aku semacam setuju dengan
pandangan YB Khalid Samad yang mengatakan bahawa, ‘"The image of PAS has
been tarnished and non-Muslims will lose faith in PAS,"(Malaysiakini 5
Ogos 2014). Ini yang dikatakan bahawa isu yang wujud dalam kemelut Selangor
kini bukan lagi mengenai penggantian MB Selangor, malah telah menjadi isu yang
‘bersimpang sior’. Kenyataan saudara Zuhdi Marzuki seolah-olah akan ‘terpahat’
di hati golongan bukan Melayu yang merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat
(PAS) dalam PRU 13 yang lalu. Apakah ‘hati’ golongan ini tidak terguris apabila
membaca kenyataan sedemikian. Dan bayangkan langkah-langkah yang perlu
dilakukan oleh kepimpinan PAS untuk ‘memulihkan’ keyakinan sedemikian. Tidak
mudah untuk memulihkan keadaan sedemikian seperti mana keadaan sediakala.
Untuk menambahkah lagi
rumit dan meruncingnya keadaan ialah apabila Saudara Zuhdi mendakwa bahawa
kenyataan WhatsApp nya itu merupakan pandangan dan pendapat kepimpinan
tertinggi PAS juga. Dan YB Khalid Samad menafikan bahawa kenyataan beliau itu
dikongsi oleh kepimpinan tertinggi lain dalam PAS. "I don't know why he's
giving the impression that this suggestions were coming from central committee
members," kata YB Khalid Samad.
Apabila dilihat dari satu
sudut yang lain, kemelut politik di Selangor adalah amat baik bagi Pakatan
Rakyat untuk menempuh ‘gelombang’ yang lebih besar sekiranya dizinkan menduduki
Puteraja pada PRU 14 yang akan menjelang. Sekurang-kurangnya kepimpinan Pakatan
Rakyat sudah boleh menduga apakah bentuk cabaran dan masalah yang akan dihadapi
oleh Pakatan Rakyat sekiranya rakyat memberikan mandat untuk memerintah negara
ini nanti.
Kepimpinan Pakatan Rakyat
seharusnya bersuara dalam suatu nada yang boleh ditafsirkan sebagai ‘suara
Pakatan Rakyat’. Dan sekiranya ada pandangan dan pendapat yang berbeza, yang
sememnagnya digalakkan dalam sebuah masyarakat yang mengamalkan sistem
demokrasi, perlulah disuarakan dalam suatu forum yang tertutup dan bukannya
untuk didedahkan kepada umum. Ini amat penting untuk mengelakkan sesuatu isu
dieksploitasikan. Keadaan sebeginilah yang telah merumitkan keadaan kini yang menyebabkan
terlalu sukar untuk diselesaikan.
Pemimpin dari golongan tua
(samada dari PAS, PKR atau DAP) yang sudah mahir tentang sepak terajang politik
amat faham tentang hakikat ini. Lantas mereka nampaknya semacam ‘mendiamkan
diri’ dan memerhatikan kemelut ini menungkah arusnya, kecuali seorang dua
pemimpin veteran yang semacam kurang faham tentang prinsip kesetiakawanan dalam
berpolitik.
Kemelut Selangor telah
menunjukkan banyak pengajaran untuk dipelajari terutamanya oleh pemimpin muda
yang baru saja ‘tumbuh tanduk’. Dengan pengalaman yang dilalui, mungkin menjadi
pengajaran dan teladan keapada bakal pemimpin muda negara untuk menerajui
negara ini dengan berkesan suatu hari nanti.
Insyallah …...
Abuhassanadam
9 Ogos 2014
No comments:
Post a Comment