PAS SEPATUTNYA PERKUKUH PAKATAN RAKYAT
Sehingga kini kelihatan tindakan yang dilakukan
oleh DYMM Sultan Selangor itu amatlah wajar. Baginda masih tidak membuat
sebarang kenyataan berhubung dengan pelantikan Menteri Besar baru walaupun
bermacam-macam spekulasi dibuat oleh berbagai pihak. Beliau telah menunjukkan
ketokohan sebagai ‘pengadil’ yang adil dalam membuat keputusan yang amat
penting ini.
Mungkin ramai yang mempersoalkan mengapa baginda
masih mengekalkan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan menolak
permohonan Dr. Wan Azizah untuk mengadapnya. Ada asasnya. Beliau pada ketika
itu mengekalkan TS Khalid Ibrahim memandangkan yang TS Khalid masih mendapat
majoriti ADUN Selangor yang menyokong beliau ( mengikut penjelasan yang
disampaikan oleh TS Khalid kepadanya). Lantas DYMM terpaksa (mengikut
perlembagaan) terpaksa berbuat keputusan sedemikian. Dan baginda menolak
permohonan Dr Wan Azizah (pada ketika itu) disebabkan tidak cukup kuat asas Dr.
Wan Azizah mahu menggantikan TS Khalid sebagai Menteri Besar. Kini Dr Wan
Azizah telah mendapat cukup mandat untuk mengadap DYMM Sultan.
Untuk membuktikan yang DYMM telah bertindak adil
terhadap kemelut di Selangor ini ialah apabila baginda menolak hasrat TS Khalid
untuk berjumpa dengan baginda di luar negara ketika baginda sedang bercuti.
Dengan sendiri membayangkan bahawa DYMM Sultan sudah mengetahui bahawa TS
Khalid sudah hilang sokongan ADUN Selangor dan seharusnya meletakkan jawatan.
Namun adab dan tatasusila orang Melayu perlu dipatuhi juga. Tentulah baginda
tidak sampai hati untuk menitahkan agar TS Khalid meletakkan jawatan sebagai
Menteri Besar di Selangor. Tindakan DYMM amat wajar.
Kemudian timbul pula isu parti PAS mengemukakan
dua nama ia itu Dr Wan Azizah dan YB Azmin Ali untuk dikemukakan kepada baginda Sultan untuk dicalonkan
sebagai Menteri Besar. Tindakan sedemikian tentulah amat tidak kena kerana
dengan berbuat demikian telah meletakkan DYMM Baginda Sultan dalam dilemma. Itu
bermakna mengharapkan pihak DYMM untuk membuat keputusan untuk memilih samada
Dr Wan Azizah atau YB Azmin. Itu juga bermakna bahawa telah ‘mempelawa’ DYMM
untuk terlibat dalam politik sedangkan kedudukan Baginda adalah sebagai tonggak
negeri yang berperanan sebagai pelindung rakyat. Sebagaimana yang ditegaskan
oleh Dr. Aziz Bari,"PAS has also made
it clear that it will not nominate a candidate for the menteri besar position,
so why has Azmin's name entered the mix?...In
my opinion, the Sultan of Selangor has a reason to interfere in the state's
politics because PAS has opened the door for him," (Malaysian Insider – 23
August 2014)
Tindakan PAS itu tentunya bercanggah dengan
keputusan yang dibuat oleh PKR dan DAP yang mahukan hanya Dr Wan Azizah sahaja
sebagai calon tunggal untuk dikemukakan namanya kepada DYMM Sultan Selangor. Namun
disebabkan adanya cadangan baru dari PAS, Pakatan Rakyat telah mengadakan perbincangan
mengenai hal itu (atas dasar menghormati rakan seperjuangan dalam Pakatan
Rakyat). Dan keputusan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat hanyalah mengemukakan
satu nama sahaja kepada DYMM Sultan. Dan keputusan itu telah dipersetujui
secara sukarela oleh YB Azmin sendiri yang mahukan Dr Wan Azizah sebagai calon
tunggal untuk dikemukakan.
Kini hanya menunggu masa untuk pengesahan dan
pertimbangan DYMM Sultan Selangor.
Aku terbaca pula dengan tidak sengaja buku teks Sejarah
Tingkatan Lima untuk dipelajari oleh pelajar-pelajar di Malaysia yang
menjelaskan tentang konsep Raja Berperlembagaan. Dikatakan bahawa,’Malaysia
telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan
Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat”.
Kata buku teks itu lagi,” Dalam sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat
bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya”.Mengenai Keluhuran Perlembagaan
(Prinsip Rukun Negara yang ketiga) pula ditegaskan oleh buku teks
berkenaan,”…..keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketinggian
undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia
mengatasi Yang di-Pertuan Agung, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan
itu semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia
adalah tidak sah. Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan
Perlembagaa Persekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang
bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan
sendirinya’.
Amat jelas tentang perlembagaan negara kita. Oleh
itu mengapa ada pihak-pihak tertentu yang cuba mengelirukan rakyat dengan
berbagai-bagai andaian dan persepsi. Seolah-olah telah wujud begitu ramai ‘pakar
undang-undang’ di negara ini yang ‘menterjemahkan’ Perlembagaan Malaysia
mengikut selera masing-masing. Dan sekiranya keadaan sedemikian diamalkan terus
menerus maka dikhuatiri lambat laun negara kita akan menuju kehancuran.
Berbalik kepada persoalan tentang pelantikan
Menteri Besar Selangor, sebenarnya tidak ada masalah langsung bagi DYMM Sultan
untuk menyelesaikan isu ini. Apatah lagi apabila Pakatan Rakyat telah
mengemukakan hanya satu nama untuk dipertimbangkan oleh DYMM Sultan. Sebagaimana
yang dijelaskan oleh Dr Abdul Aziz Bari, seorang pakar perlembagaan bahawa, "All
the Sultan of Selangor needs to do is to hand over the appointment letter. It
is as simple as that," he said."With the appointment letter, the
state government will be able to resume its duties and carry out its responsibilities
normally." (Malaysian Insider – 23 August 2014)
Harapan
rakyat Selangor isu ini akan diselesaikan segera.
abuhassanadam
23
Ogos 2014
UG dalam PAS ada agenda tersembunyi.
ReplyDelete